Betul! Fasha Sandha Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat
Hubungan mesra yang terjalin antara pelakon cantik, Fasha Sandha dan Aidil Aziz nampaknya bukan lagi rahsia. Malah, kedua-duanya dilihat sangat bahagia menjalani kehidupan masing-masing. Aidil juga sering dilihat menemani Fasha ke majlis-majlis besar seperti Anugerah Bintang Popular 31 (ABPBH31) baru-baru ini dengan busana sama berwarna hitam. Sepadan gitu!
Terbaru, khabar angin mengatakan pasangan ini akhirnya bakal mengikat tali pertunangan pada pertengahan November ini. Dan, seolah-olah memberi hint kepada peminatnya, Fasha sekali lagi memuat naik gambar Bride to Be beliau menerusi instagram miliknya semalam.
Adakah ini seolah-olah mengiyakan gosip yang kini sudah tersebar luas itu? Al-maklumlah, selalunya orang yang nak kahwin je akan muat naik gambar dengan selempang tertera Bride To Be betul tak?
Dalam perkembangan lain, kad undangan milik pelakon ini juga sudah mula diedarkan. Dan, majlis tersebut akan diadakan secara tertutup dan akan hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat kedua belah pihak sahaja.
Difahamkan, pasangan ini juga akan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.
Apapun, sama-samalah kita doakan agar segala urusan Fasha dipermudahkan. Patutlah, makin berseri-seri je bakal pengantin ni sekarang?
Tarikh pelancaran single tersebut dipilih bukan kerana tarikh tersebut adalah tarikh kelahirannya tetapi, lagu balada berkenaan disifatkan terlalu istimewa kerana ianya ditujukan kepada penyokong kuat kerjaya seni beliau
Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.
Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”