Events By: SGMS Faida April 9, 2019 @ 2:19am

Barisan Artis Lagenda Bakal Buat Persembahan, Jom Ke KL Jamm 27-28 April Ini!

Music Unlimited International akan menganjurkan Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm dari 26 April hingga 28 April 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia.

KL Jamm bukan hanya mengenai konsert, tetapi juga merupakan satu acara perdagangan yang julung kalinya diadakan di Malaysia bagi merangsang pertumbuhan perniagaan muzik digital di rantau Asia Pasifik.

Pesta ini mengumpulkan artis serantau dan tempatan, individu profesional di dalam industri muzik, peminat dan industri berkaitan di rantau Asia Pasifik.

KL Jamm terdiri daripada beberapa komponen termasuk Forum, Pameran dan Konsert Secara Langsung.

Komponen ini direka khas bagi menggalakkan dan meningkatkan kerjasama di kalangan komuniti kreatif dan perniagaan untuk mewujudkan sistem eko muzik yang bersepadu.

“MUSICXPO” merupakan satu segmen khas pameran perdagangan. Pavilion Kebangsaan, Label Muzik, Platform Muzik Atas Talian, Syarikat Teknologi, Institut Muzik, Barisan Jenama, Syarikat Pengurusan Bakat, Studio Filem dan banyak lagi dapat mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka ketika pameran berlangsung.

Ekspo tiga hari itu dibahagikan kepada dua bahagian di mana pada 26 April, ekspo itu dibuka untuk pelawat yang terbabit bagi sektor perniagaan dan perdagangan sahaja, manakala pada 27 April dan 28 April, ekspo itu dibuka khas kepada orang ramai.

Komponen Forum, berjudul “FORUMUZIK”, menyediakan platform bagi para peserta untuk berkongsi pengalaman, isu dan perkongsian kejayaan bertujuan bagi menjana perubahan landskap industri muzik sambil memanfaatkan semangat kerjasama untuk mengadaptasi amalan industri yang unggul bagi manfaat industri muzik serantau.

Pada masa yang sama, pentas APEX (Asia Pacific Music Exchange) adalah merupakan salah satu platform di MusicXpo diadakan bertujuan bagi mempamerkan bakat baru dari rantau Asia Pasifik dan berkongsi muzik mereka dengan peminat yang hadir.

Dato’ Norman Abdul Halim, Pengarah Festival KL Jamm, berkata “KL Jamm bertindak sebagai platform di mana artis dan peminat boleh menikmati muzik secara langsung, juga barisan ahli-ahli profesional industri boleh berkolaborasi antara satu sama lain dalam usaha besar mereka bagi menghasilkan jenama muzik mereka yang dapat menyatukan semua lapisan masyarakat. “

” Sebagai tahun pertama perasmian Pesta Muzik KL Jamm, kami berharap, usaha kali ini mendapat sokongan dari pelbagai pihak yang ingin menyaksikan industri muzik serantau berjaya.

“ Saya percaya bahawa industri muzik di Asia masih hidup dan usaha sama sangat diperlukan bagi mengumpulkan seluruh artis hingga penerbit untuk merekodkan label mereka kepada syarikat berteknologi tinggi, semua usaha ini diadakan dan dikumpulkan di bawah satu bumbung yang juga menggabungkan pengetahuan, kepakaran, sumber dan kenalan dari negara serantau.

“ Kami berusaha untuk memimpin dan mengembangkan ekosistem muzik Asia Pasifik, yang terdiri daripada industri muzik teras dan industri muzik berkaitan, ke skala global, ” kata Adam Ham, Ketua Pegawai Eksekutif Global Creative and Media Agency (GCMA), penganjur bersama KL Jamm Festival Muzik.

Sebagai salah satu daripada 40 pasaran muzik utama di dunia, dengan lapisan bakat baru yang pelbagai, masyarakat pelbagai bahasa dan kepelbagaian budaya, Malaysia berada pada kedudukan yang sangat baik untuk memainkan peranan yang strategik dan penting dalam mewujudkan hab muzik secara langsung di rantau Asia Tenggara dan pelancaran Festival Muzik Antarabangsa KL Jamm di 2019 adalah tepat pada masanya.

KL Jamm yang dianjurkan Music Unlimited International Sdn.Bhd ini, bakal menggabungkan pelbagai genre muzik seperti rock, hip hop, jazz dan juga pop. 

Jualan tapak dan lencana pass untuk MusicXpo dan Forumuzik kini dijual. Bagi yang berminat, boleh merujuk pertanyaan anda ke [email protected].

Untuk maklumat lanjut mengenai festival ini, sila layari www.kljamm.com atau platform media sosialnya, KL Jamm, di Facebook, Instagram, TouTube dan Twitter.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Mar 2018

Altimet dapat “Air” dari Bruce Lee

Bruce Lee tersohor dengan mutiara kata berbunyi ‘Like Water” yang bermaksud sifat air apabila mengalir akan mengikut sebarang bentuk bekas.

Automobile Thu, 29 Aug 2019

Join THIS Airport Contest And Stand A Chance To Win Your Dream Car, Only On E!News

Stand a chance to win your DREAM CAR at the Malaysia Airport, join the contest now!

Trending Hari Ini Thu, 4 Jun 2020
Hiburan Sun, 28 Jul 2019

Raysha Rizrose Bosan Jadi Baik?

Bawak banyak bersabar Raysha

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu. Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat […]

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Maria Nafi Menyewa Banglo Beratus Ringgit

Pengacara terkenal rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan menyewa banglo tujuh tingkat dengan harga RM120,000 sebulan.

Contest Tue, 13 Aug 2019
Hiburan Mon, 26 Feb 2018

Fazley Yaakob Naik Angin!

Judul tersebut mendapat kecaman serta kritikan dari seorang penggiat seni kulinari melalui media sosial sehingga tular diperkatakan netizen khususnya di kalangan pencinta masakan.

LIFESTYLE Tue, 9 Apr 2019

Experienced Somatic Coach René Roseburg to Help Enlighten The Sanchaya Guests

The Sanchaya invites guests to find their way in spirit and in life.

| Live TV