Hiburan By: SGMS Faida August 23, 2018 @ 7:05pm

Bantu Suami Sakit Buah Pinggang, Konsert Dayangku Intan 23 September Depan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert tak lama lagi.

Tujuan konsert berkenaan adalah untuk menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, serta rawatan susulan yang menelan belanja ratusan ribu ringgit.

Kata Dayang, konsert Dana Prihatin Untukmu itu dijadualkan berlangsung pada 23 September depan Di Dewan Perdana Felda, di sini.

“ Selain simpanan peribadi dan bantuan teman rapat, kos pembiayaan dan rawatan susulan juga akan ditampung oleh hasil jualan meja konsert terbabit.

“Bukan sedikit jumlah yang diperlukan dan saya berharap konsert ini akan mendapat sambutan ramai, sekali gus mampu meringankan beban yang ditanggung.

“Konsert itu nanti akan turut menampilkan penyanyi jemputan, selain persembahan saya sendiri yang mengambil masa kira-kira 40 minit. Saya hanya akan menyanyikan lagu sendiri pada konsert itu, sama ada yang popular ataupun kurang dikenali,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Suaminya Rosman berdepan masalah kegagalan pada kedua-dua buah pinggangnya dan sehingga kini masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 52 tahun ini bakal mendermakan buah pinggangnya demi suami tercinta.

Kata pelantun Kita Insan Biasa ini, konsert pertama yang dijayakan selepas tiga dekad berada dalam dunia seni anjuran Kit Entertainment itu akan memaparkan perjalanan kisah hidupnya yang menjaga suami dan anak yang sakit, pada masa menjadi penyanyi.

“Orang mungkin tidak tahu bagaimana kehidupan seharian saya sebagai isteri dan juga penyanyi. 

“ Setiap hari, saya akan bergilir-gilir membawa suami untuk mendapatkan rawatan dialisis dan terapi untuk anak yang ada masalah hati. Saya merakamkan semua pengalaman itu dan ia akan ditayangkan pada konsert terbabit nanti,” ujarnya.

Maklumat lanjut mengenai konsert amal itu boleh didapati dengan menghubungi talian 019-2006786 (Kit Rushuhaimin) menerusi aplikasi WhatsApp.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Sebak Pemergian Bapa, Syafiq Farhain Kongsi Pesanan Allahyarham Saleem

Sebak…Syafiq begitu terasa apabila kehilangan orang yang tersayang.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Luar Biasa…Kutipan Munafik 2 Berjaya Cecah RM 1 Juta Di Indonesia!

Atas sambutan yang luar biasa, Penerbit Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam memaklumkan jumlah panggung juga ditambah atas permintaan pemilik pawagam.

Events Fri, 28 Sep 2018

#daiTV3 : Saksikan Pentas Akhir Da’i Musim Ke-6 Malam Ini!

Tahniah diucapkan kepada pemenang Da’i Musim Ke-6

Hiburan Mon, 3 Sep 2018
Hiburan Wed, 3 Oct 2018
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Pertama Kali Jadi Duta Periuk, Siti Nurhaliza Pecah Rekod Peribadi

Wanita mana yang tak happy bila dihadiahkan periuk berkualiti kan? Tahniah Dato Seri Siti Nurhaliza!

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Anak Jackie Chan Merempat Bawah Jambatan?

“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Ng.

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Hebat! Paling Muda, Paling Kaya

Pendapatan lumayan itu menjadikan Kylie, 20, berada di tangga pertama untuk selebriti yang menerima bayaran tertinggi di Instagram. Memang hebat penangan anak bongsu keluarga Kardashian ini!

Hiburan Mon, 14 May 2018

Persiapan Menyambut Ramadhan Nabil Tahun Ini Luar Biasa!

Jadi, saya bertanggungjawab sepenuhnya kerana sudah berjanji. Saya anggap ini sebagai saham akhirat…Syabas Nabil!

| Live TV