Hiburan By: Del14 October 18, 2019 @ 9:55pm

Apa status perkahwinan saya? Ini pengakuan Hunny Madu

Setelah lama bermain tarik-tali dengan pihak media, akhirnya penyanyi dan hos terkenal, Hunny Madu (35 tahun) mengesahkan penceraiannya dengan suami, Khairul Azhar Abdul Wahid.  Mereka telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2010. 

Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana  Mohd Hatim, akhirnya membuat pengakuan secara terbuka melalui Instagram TV (IGTV) beberapa jam yang lalu dan meminta maaf kerana selama ini telah merahsiakan perkara ini daripada umum.  (Posting IGTV ini telah pun diturunkan)

I am happily divorced. Saya seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata dan Alhamdullillah, saya baik-baik sahaja. Masih bekerja sebagai emcee dan mungkin akan kembali menyanyi.  Kesihatan Adam juga baik selepas pembedahannya. 

Baca: Doakan Anak Hunny Madu Sembuh…

“Bekas suami jatuhkan talak Oktober tahun lepas dan saya telah keluar dari rumah dan kami tinggal berasingan sejak itu tetapi hanya selepas pembedahan anak lelaki kami, Adam, pada bulan Julai, kami menandatangani dokumen penceraian.  Kesihatan Adam adalah prioriti kami pada waktu itu,” jelas Hunny.

Meluahkan rasa kurang senangnya apabila kerap membaca dan melihat berita artis bercerai-berai sejak akhir-akhir ini, Hunny berazam untuk merahsiakan penceraiannya dari dihidu pihak media. 

“Masa hari penceraian, semuanya tenang.  Kami selesaikan tanpa kehadiran pihak media dan saya lebih suka begitu kerana jika satu hari nanti, jika Eva membuat carian tentang saya dan ayahnya, dia tak akan jumpa gambar-gambar penceraian di mahkamah dan sebagainya, kerana benda-benda itu akan berada di alam maya buat selamanya.” kata Hunny lagi.

Hunny mendedahkan bahawa kegagalan dalam komunikasi dengan bekas suami mungkin salah satu sebab jodohnya tidak panjang kerana hari demi hari hubungan mereka semakin renggang cuma masih tinggal sebumbung dan dia tidak mahu hidup sebegitu sehingga ke hari tua.

“Saya tidak mahu bila umur saya 55 atau 60 tahun, saya masih hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Tidak bercuti bersama-sama, tak buat aktiviti bersama-sama… masing-masing hidup dalam dunia kami sendiri. Sudah bertahun-tahun sebenarnya saya rasa tidak bahagia dan saya kerap bayangkan di hari tua, kami hidup dalam dunia yang berlainan walaupun duduk serumah tetapi tak berkomunikasi antara satu sama lain.

“Perkahwinan ibu bapa saya  bahagia dan mereka sangat rapat..dan itu yang saya idamkan untuk diri saya sendiri. Mungkin satu hari nanti saya akan jumpa orang yang sesuai dengan saya, yang lebih baik untuk saya. 

Hunny dan bekas suami telah berkahwin pada 2010 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Eva Medina (7 tahun) dan Adam Musa (2 tahun pada 28 November nanti)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Thu, 17 Jan 2019
Hiburan Fri, 10 Aug 2018

Azhar Sulaiman ‘Tegur’ Pelakon Suka Memilih

Jangan rasa industri seni di Malaysia macam di Hollywood walhal tidak. Ramai yang berada dalam bidang ini suka berangan.

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Rai Ulang Tahun Ke 30, Neelofa Anjur Majlis Keagamaan

Alhamdulillah… Selamat Hari Jadi Neelofa!

Events Tue, 14 Aug 2018

Berhenti Berlakon Tidak Sekali! – Tony Eusoff

Terbaharu, Tony Eusoff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Viu yang bakal disiarkan di saluran ntv7 berjudul, Jibril. 

Events Thu, 16 Apr 2020
Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Events Mon, 7 Oct 2019

Resorts World Genting Celebrates Christmas Eve With Al McKay’s Earth, Wind & Fire Experience

Return to the magic of the 1970s with Al McKay’s Earth, Wind Fire Experience!

Hiburan Mon, 13 May 2019

林志炫自夸声音不像53岁!还让粉丝叫他「男神」

暌违3年再次登上云顶云星剧场开唱的林志炫自夸声音不像53岁,还让粉丝叫他「男神」。

Hiburan Wed, 27 Feb 2019

“I Gave Him Another Chance, But…” – Bella Astillah on Husband Aliff Aziz’s Infedility

Someone spotted Aliff Aziz and co-actor Oktavia Manrose getting steamy in a club, and sent 3 recordings to wifey Bella Astillah!

| Live TV