Hiburan By: SGMS Enal April 26, 2019 @ 12:53am

‘Apa Faedah Bawa Artis KPOP Datang Sini?’- Datuk Awie Tempelak Tindakan Menteri?

“Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita.

“Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan untuk bawa Kpop masuk ke sini?” kata Datuk Awie apabila diminta mengulas kritikannya terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kritikan keras penyanyi kumpulan Wings itu dilaman sosialnya, Awie Pamalo turut viral dengan mendapat perkongsian netizen serta menerima sokongan daripada pelbagai pihak.

Awie, 51, berkata, pada era mereka, isu besar yang dibangkitkan ialah rambut panjang tetapi kini pihak berwajib seakan tutup mata terhadap peraturan itu.

“Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada. Budaya apa sebenarnya yang nak dibawa masuk?

“Kita yang duduk di depan menonton persembahan mereka tak faham sepatah haram nyanyian mereka.

“Apa pengajaran yang kita dapat daripada Kpop?” katanya dalam nada tegas.

Awie turut mempertikaikan relevan persembahan itu dengan kempen Tahun Melawat Malaysia, sedangkan yang menyanyi ialah artis Korea.

“Orang luar yang datang tentu pelik apabila tengok artis Korea yang menyanyi.

“Agaknya artis Malaysia bodoh sangat sehingga tak tahu apa-apa sedangkan kita ada pelbagai genre dalam Malaysia.

“Kalau tak suka dengar rock, boleh ambil artis pop, balada, nasyid dan apa sahaja genre lain. Ini tidak, kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” katanya.

Dia turut mempertikai kenyataan kerajaan berkenaan ekonomi negara yang dikatakan teruk tetapi sanggup berbelanja besar untuk perkara tidak berfaedah.

“Cuba bagi duit itu kepada anak bangsa kita. Artis Malaysia yang semakin berusia nak dibiarkan mati begitu saja.

“Berilah peluang kepada artis lama contohnya kumpulan Wings atau Search yang masih relevan dalam industri seni tanahair,” katanya.

Menurut Awie, Wings pernah mengadakan persembahan sempena Hari Belia dengan kerajaan terdahulu dan terpaksa bersaing dengan kumpulan Kpop.

“Apabila Wings masuk, kami berjaya kumpul dua juta penonton. Di atas pentas itu juga saya kritik kerajaan kerana buang duit merata-rata.

“Kita masih relevan tapi mereka mahu matikan. Bangga sangat dengan Kpop dan tiada langsung tunjukkan semangat nasionalisme, budaya atau berbangga dengan bangsa sendiri.

“Bangsa lain ditatang dan dilambung. Cubalah buat sesuatu yang boleh bantu industri. Tolong tingkatkan industri kita,” katanya.

Awie berkata, Malaysia mempunyai penyanyi dan pemuzik bertaraf dunia namun malangnya tiada platform ke arah itu kerana tiada bantuan daripada kerajaan.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) meminta Syed Saddiq dan Perbadanan Stadium Malaysia mempertimbangkan semula cadangan membawa masuk kumpulan BTS ke Malaysia.

Presidennya, Zed Zaidi berkata, idea itu tidak membawa apa-apa kebaikan kepada industri hiburan negara ini.

“Seniman berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) menumpukan perhatian kepada artis, penyanyi, pelakon, pelawak, pemuzik serta warga Industri Kreatif keseluruhannya agar berjaya menjana pendapatan yang mampu membantu meningkatkan KDNK negara dan secara tak langsung para pemain industri ini mendapat pekerjaan dalam negara sendiri.

“Kami juga berharap agar Kerajaan Pakatan Harapan dapat menumpukan perhatian terhadap masalah membabitkan harta intelek barisan pelakon dan perumahan yang sekian lama tidak dapat diselesaikan.

“Apa yang penting sekarang adalah mewujudkan akta industri kreatif agar para penggiat industri ini lebih terjamin di masa hadapan,” katanya.- Harian Metro.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 31 May 2018

山脚下男孩成军25周年915开唱「自嘲男孩变大叔」

成军25周年的山脚下男孩,终决定在9月15日举办山脚下男孩25周年《都有你在》演唱会!盼歌迷能带着小孩一起来集体回忆经典曲目,并且还会演唱全新曲目,一起「吸粉」新生代!

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Lepas Kosmetik, Siti Nurhaliza Lancar Air Minuman!

Sebelum dilancarkan di pasaran Siti sendiri mencubanya.

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih […]

Hiburan Tue, 15 May 2018

Gelagat Sajat Bila Shopping Dalam…?

Kalau nak tahu bagaimana Sajat shopping? Jangan lupa saksikan episod kali ni okay.

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Jurnal Minggu 1 : #daiTV3 Bawa Kelainan?

Jurnal #daiTV3 cipta kelainan. Nak tahu apakah agaknya kelainan yang akan dibawakan kepada bakal pendakwah kita? Sila baca artikel ini.

Hiburan Thu, 2 Aug 2018

Tony Eusoff Akui Banyak Belajar Selepas Bebas Dari Penjara

Mengakui kehidupannya sebelum ini bagaikan neraka, Tony Eusoff terus bangkit tanpa menangisi keslapan lalu.

Hiburan Thu, 26 Apr 2018

Selamat Lahirkan Anak, Tahniah Jep Dan Sari Yanti!

Menerusi akaun itu, pasangan ini mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

“Hubungan Saya Dan Zul Baik” – Zahirah McWilson

Zahirah McWilson mengakui bahawa hubungannya dengan Zul Ariffin masih berjalan dengan baik walaupun khabar angin mengenai isu hashtag tersebut telahpun menjadi viral

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

Apa Kes Boy Iman Peluk Erat Bini Orang?

Gambar kontroversi itu sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan dimana agaknya letaknya “halal gap” diantara mereka, apatah lagi kedua-duanya merupakan suami dan isteri orang

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

“Puas Tangan Nak Menepis…” -Datuk A. Aida

18 kali tepis, mungkin 19 kali terima!

| Live TV