Hiburan By: Attiqah Mohd April 4, 2019 @ 7:09pm

Anak Dipenjarakan 4 Tahun, Erma Fatima Luah Perasaan Di Instagram

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima hari ini memuat naik status mengenai hubungannya dengan anaknya, Mohd Affian yang baru sahaja dibebaskan selepas 4 tahun dipenjarakan. 

Erma memuat naik status di laman instagramnya menceritakan sepanjang anaknya berada di penjara, beliau tidak pernah sekali pun menjenguk anaknya kerana perasaan sedih dan kecewa. 

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Ini ANAK AKU yg ke 3. Dari umur dia satu hari aku pelihara dia. Aku berikan yg terbaik semampu aku. Sekolah..agama..kasih sayang…meskipun byk kekurangan aku. Berbagai dugaan aku terpaksa lalui untuk besarkn dia. Dan satu hari atas percaturan org tertentu anak aku kembali ke pangkuan ayah kandungnya. Hanya Allah yg tahu betapa hancurnya hati aku ketika itu. Dan Mei 2016 aku mendapat berita dia d tangkap polis dan d penjarakan. Sekali pun aku tak pernah jengok dia di penjara kerana aku kecewa..sedih..hancur hati ini…hanya keluarga lain yg pergi menziarahi dia. Semua d dlm keluarga aku menyangka aku dah buang dia dari hidup aku. Dan hari ini dia keluar dari penjara. Anak2 aku yg lain jemput dia di penjara dan bawak pulang ke rumah.Semua takut aku tk terima dia. Apa pun aku masih ibu dia walaupun aku tidak melahirkannya..walaupun dia tinggalkan aku..hancurkan hati aku TAPI aku tetap ibu dia. Ye ANAK AKU kini bekas seorang BANDUAN. Atas izinnya aku ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua. Bila aku minta izin dia tanya aku..”mama tak malu ke bg tahu org anak mama bekas banduan?”. Aku cakap aku tak pernah malu memiliki anak yg d kurniakan Allah seperti apa pun dia kerana itulah dugaan paling besar dlm hidup aku yg aku terpaksa tempuh. Aku berkongsi semua ini bukan kerana aku mahukan simpati… aku mahu berkongsi dengan semua anak2 muda d luar sana tentang realiti hidup..aku mahu keluarga yg memiliki anak2 seperti ini juga mendapat sedikit kekuatan dr cerita aku ini. Itu saja..Nanti aku akn cerita lagi kenapa dan mengapa dia masuk penjara. #hadiahisrakmikrajbuatku #anakakubekasbanduan

A post shared by Ermafatima (@ermafatima) on

Walaubagaimanapun, Erma meluahkan perasaan bahawa beliau tidak malu mempunyai anak bekas banduan malah menerima anaknya dengan hati yang terbuka. 

Erma turut meluahkan niatnya berkongsi kisah anaknya sebagai realiti kehidupan. Namun, Erma tidak mendedahkan sebab anaknya dipenjarakan dan berjanji akan berkongsi kisah tersebut kemudiannya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 18 Oct 2019

5 Perkara Menarik Yang Korang Patut Try Di Skytropolis Funland!

Buat korang yang tidak tahu mana nak pergi weekend ni, Skytropolis Funland Genting Highland ada jawapannya!

LIFESTYLE Thu, 20 Dec 2018

Jangkitan Penyakit Di Kolam Renang, Ibu Bapa Perlu Waspada

Kalau air kolam tu bau klorinnya kuat sangat pun hati hati ye. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing

Hiburan Sun, 2 Feb 2020

Selepas 12 Tahun Menyulam Cinta, Isyana Sarasvati Nikahi Doktor

Sama cantik, sama padan bagai pinang di belah dua.

Hiburan Wed, 11 Apr 2018
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#SFMM33 : Siti Sarah Makin Power Dalam Lagu Semakin

Korang dah tengok belum Sarah perform masa SFMM33 baru-baru ni? Kalau belum jangan lupa layari Youtube TV3 official Malaysia okay!

Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Trending Tue, 16 Jun 2020
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Dilabel Perempuan Jahat, Fatin Afeefa Minta Wanita Tersebut Dedahkan Diri

Bagi membuktikan perkara yang sebenar, Fatin turut mencabar wanita tersebut agar mendedahkan dirinya kepada umum. Kerana, dengan hanya berbuat demikian sahaja dapat mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar atau sebaliknya

| Live TV