Hiburan By: SGMS Faida June 29, 2018 @ 5:41am

Al- Fatihah…Pak Pandir Meninggal Dunia

Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam
Ada tangan garu
Ada kaki goyang

Masih ingat dengan lirik lagu ini? Lagu yang penuh dengan pengajaran. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Yang Remeh Temeh sekitar awal 1990-an, Pak Pandir atau nama sebenar Azmi Ali meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke bahagian kecemasan kerana mengalami masalah tekanan darah rendah, buah pinggang dan paru-paru berair, Selasa lalu.

Malah, Allahyarham sempat berkongsi status keadaan kesihatannya termasuk wad diduduki kepada peminat di laman sosial Facebook bagi memudahkan mereka yang ingin melawatnya di situ.

“Kepada semua peminat, kawan-kawan, keluarga dan sesiapa yang mengenali saya dan tertanya-tanya benarkah saya dimasukkan ke wad sekali lagi, ya! betul, kerana masalah tekanan darah rendah, buah pinggang, kandungan air di paru-paru.

“Keadaan saya tidak stabil. Saya sekarang berada di Hospital Kajang, katil nombor 24, wad 2, tingkat 1. Doakan yg terbaik utk saya,” tulisnya semalam.

Allahyarham juga pernah mengalami batuk yang agak teruk sejak November tahun lalu dan menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang ia berkaitan dengan penyakit tibi.

Selepas menjalani beberapa ujian berkaitan, doktor mengesahkan ia sebenarnya berkaitan dengan kesihatan jantungnya yang mulai bengkak.

Bermula daripada situ juga, kakinya mulai bengkak sikit demi sikit malah Allahyarham sering mengalami masalah semput ketika melakukan aktiviti harian.

Disebabkan masalah kesihatan, Allahyarham tidak sempat mempromosi album terbaru yang sudah siap mengandungi enam buah lagu puisi.

Pak Pandir yang aktif sebagai pemuzik jalanan sekitar Putrajaya dan menetap di Kajang meninggalkan seorang isteri, Rosmi Salmiah dan tujuh anak serta tiga cucu.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Annur Kantan Permai, Kajang pada jam 9.30 pagi dan kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan.

Kredit gambar: Facebook Ikhtiman Ismail

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 15 Jan 2020

Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Semoga cepat sembuh ye Ayie!

Events Sat, 20 Oct 2018

Learn Some Basic Barista Skills for FREE This Weekend

It’ll be an aromatic way to spend the weekend.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Isteri Jamal Abdillah Pernah Dihalau Peminat!

Jamal mengambil masa hampir 4 bulan  untuk memahami isterinya disebabkan perbezaan usia mereka yang jauh.

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat Ippo Hafiz

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Jadi Rebutan, Hun Haqeem Redha Tak Cukup Tidur

Jangan sampai jatuh sakit ok?

Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Mon, 18 Nov 2019

Teruja Galas Tanggungjawab Baharu, Tahniah Izzmad Harun!

Selain Fasha dan Izzmad, tujuh AJK turut dilantik iaitu Salman al-Farisi, Aliff AF8, Keena Mentor, Nor Azifah, Ayati Tasrip dan pelakon baharu, Sivakumar.

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

| Live TV