Hiburan By: SGMS Faida March 30, 2019 @ 4:20pm

‘27 Tahun Tak Balik Kampung Halaman Demi Cari Wang’- Perkongsian Tukang Cuci Ini Buat Netizen Sebak

“ Saya datang ke Malaysia sejak 27 tahun lalu dan tidak pernah pulang semula ke sana kerana mencari rezeki di sini,” demikian luahan lelaki bernama Abu Bakar.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Humans Of Kuala Lumpur, kisah mengenai lelaki berusia 70 itu yang bekerja sebagai tukang cuci di Klang Parade menarik perhatian netizen. Rata-rata memuji kesanggupan Abu Bakar yang gigih mencari wang untuk menyara keluarganya di Bangladesh.

“ Saya amat merindui keluarga tetapi apa yang saya lakukan sekarang semua hanya untuk mereka. Segalanya untuk masa depan mereka.

“ Saya datang ke Malaysia selepas terdengar di sini banyak menawarkan pekerjaan. Saya lakukan kerja yang adakala orang lain tidak sanggup untuk melakukannya, saya buat tujuh hari seminggu, 365 hari setahun sepanjang tempoh 27 tahun ini,” luahnya.

Lebih istimewa tentang lelaki ini, dia tidak pernah mengambil cuti sepanjang 27 tahun bekerja di sini.

“ Keperluaan saya di sini sangat minimal. Saya menghantar pulang hampir keseluruhan gaji ke kampung untuk digunakan keluarga di sana.

“ Saya bangun, mandi, makan, pergi ke tempat kerja, pulang dan bercakap dengan keluarga menerusi telefon, rehat dan begitulah aktiviti saya untuk hari seterusnya,” katanya yang bersyukur dikurniakan rakan-rakan yang baik di sini.

Abu Bakar juga dijangka akan pulang ke tanah airnya pada hujung tahun ini dan tidak akan kembali lagi ke Malaysia.

” Disember ini saya akan pulang ke pangkuan keluarga semula. Saya gembira melihat kejayaan anak-anak pada hari ini. Ini juga merupakan kali pertama saya berjumpa dengan dua cucu kesayangan saya,” ujarnya.

Lebih membanggakan, anak-anak  Abu Bakar kini bergelar hakim, doktor dan jurutera. Kami di XtRA mendoakan agar pakcik Abu Bakar terus sihat dan dapat pulang ke Bangladesh untuk bertemu dengan keluarganya. Insha Allah! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

许冠杰与谭咏麟世纪合体! 12月唱进大马

今年年底将迎来全球乐坛盛事,香港两大歌神许冠杰与谭咏麟合体展开巡演,宣布将在今年12月22日来马开唱!

Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Stacy Tunggu ‘Jodoh’ Terbaik?

Kerja tetap kerja…

Hiburan Fri, 17 Nov 2017

Rolls Royce Itu Hanya Kereta Pinjam Sahaja Bukan Hadiah

Dah keluar kenyataan ya yang itu bukan hadiah kahwin tapi pinjam sahaja kereta rolls royce untuk perkahwinan ini

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

Kena Sindir Di Instagram…Baby Shima Tak Takut!

Saya tak tahu sama ada itu ikhlas atau terpaksa…

Hiburan Wed, 13 Jun 2018

萧敬腾8秒「超快der」体力受得了吗?

萧敬腾新专辑「欲望反光」将于22日发行,同名歌曲由吴青峰一手包办词曲,MV则邀国际级摄影大师林炳存执导,采一镜到底拍摄。

Hiburan Tue, 24 Jul 2018

Kini Fathia Sudah Hilang Sabar?

Nampaknya, pelakon Fathia Latiff sudah hilang sabar dan mula membuka mulut menerusi laman Twitternya…

TECH Tue, 18 Dec 2018

Lazada Saw 1.3 Billion Visits During 11.11 and 12.12 Sales

That’s a crazy amount of people visiting the website and app!

Events Wed, 4 Dec 2019

| Live TV