Hiburan By: Del14 December 15, 2019 @ 6:57pm

10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Aedy Kama!

Mesti ramai yang dah tak sabarkan nak tengok malam final Mentor Milenia 2019, malam ini kan? Seperti yang diketahui umum ada 4 finalis yang akan ke pentas akhir.

Team Xtra sempat menemubual salah seorang finalis iaitu Aedy Kama dari team Mentor Black usai raptai dan sesi ‘sound check‘ petang semalam, dan ini adalah 10 perkara yang anda tidak tahu tentang Aedy:

1) Aedy suka sangat dengan Siti Nordiana dan kalau boleh nak berduet dengan penyanyi yang lebih mesra dipanggil Nana itu.  Ceritanya, dahulu Aedy peminat tegar arwah Achik Spin dan Nana sehinggakan bila arwah meninggal dunia, Aedy nak sangat jadi pengganti Achik Spin tetapi masa itu masih di alam persekolahan. Bila Aedy dapat tahu yang adik Achik jadi pengganti, dia jadi cemburu! Padahal bukan boleh menyanyi dengan Nana pun masa tu…

2) Asal dari Pantai Dalam, kiranya budak Kuala Lumpur lah Aedy ni, tapi…jalan kat KL pun tak hafal!

3) Aedy belum ada ‘girlfriend‘, kawan tu ramai…peminat pun ada tapi soal hati ni lain. Jadi, Aedy masih belum berpunya. Jangan risau, masih ada harapan nak hantar borang jadi pasangan Aedy.

4) Aedy sebenarnya dah ada ‘band‘ sendiri apabila dia dipelawa untuk menyertai kugiran yang di beri nama Music Sound Rhapsody selaku penyanyi. Ada 6 orang ahli dalam kugiran tersebut dan mereka rata-ratanya dalam lingkungan 30an, kecuali pemain dram yang lebih muda dari Aedy. 

5) Aedy ada diploma dalam pengajian vokal dan ingin menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah di dalam bidang muzik.

6) Cepat gelabah terutama sekali bila ditemubual, tetapi berkat ajaran Mentor Black, Aedy sudah mampu mengatasi perangai gelabahnya itu dan bertenang bila diunjurkan pertanyaaan.

7) Ada bantal busuk sejak usia 11 tahun! Itupun menurutnya, bantal busuk tersebut milik kakaknya yang dia ‘curi’ sebab bantalnya dah hancur. 

8) Anak bongsu dari 3 beradik. Aedy mempunyai seorang abang dan kakak. 

9) Kuat kentut! Sering ditegur rakan sebilik kerana sering mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Aedy salahkan keturunannya pulak!

10) Ingin bekerjasama dengan Haqiem Rusli satu hari nanti kerana Aedy berpendapat Haqiem adalah salah seorang komposer yang  ‘top‘ dan amat berbakat. Lagu-lagu yang diciptanya sering mendapat tempat di hati peminat. 

Apabila ditanya apa yang Aedy hendak lakukan jika menang Mentor Milenia 2019, Aedy berkata dia ingin membawa ibu bapanya menunaikan umrah.

“Apa-apa pun saya akan utamakan ibu bapa saya dulu. Saya berhajat untuk membawa mereka ke Mekah untuk menunaikan umrah. Kalau saya tak ada rezeki untuk menjadi juara malam ini pun itu memang hajat saya dan harapan saya, saya dapat tunaikan satu hari nanti.  Lepas tu baru saya akan fikirkan apa saya mahu untuk diri sendiri,” kata Aedy. 

Aedy yang ditemui semasa raptai malam akhir Mentor Milenia berkata dia sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik malam ini. 

“Saya dah berlatih bersungguh-sungguh untuk malam final. Kalau ada rezeki saya jadi juara, Alhamdullillah. Persembahan saya mungkin akan kelihatan ‘simple’ tapi saya cuba ketengahkan penjiwaan dalam nyanyian saya nanti. Bak kata Tok Nas, kita mesti mampu bercerita dalam nyanyian, InshaAllah,” ujar Aedy. 

Juara Mentor Milenia 2019 akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah trofi dan 2 buah motor jenama Benelli RFS 150i.

Manakala tempat kedua akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 berserta sebuah trofi, tempat ketiga pula akan memenangi wang tunai berjumlah  RM20,000 berserta trofi dan tempat keempat pula membawa pulang wang tunai RM10,000 dan sebuah trofi. 

Jangan lupa saksikan Mentor Milenia 2019 malam akhir hari ini, Ahad, jam 9 malam di TV3 atau secara penstriman langsung di tonton.com.my. 

Undi protege favourite anda di xtra.com.my/MentorMilenia

Kredit Foto: Zek

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Catriona Ross ‘Bercerai’ Dua Kali?

“Lebih baik saya berkurung di rumah saja,” tambah pelakon kelahiran Kelantan ini.

LIFESTYLE Thu, 10 Jan 2019

Every Man Needs At Least One Set of Suit

As per Barney Stinson’s words, “Suit up!”

Events Fri, 12 Jan 2018

HERE’S THE COMPLETE LIST OF WINNERS FROM GOLDEN DISK AWARDS 2018

Golden Disk Awards 2018 is here again for a whole new year, and we have the complete list of winners! Let us check out who are the winners for this year, shall we?

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Selepas Filem Hanya Kawan, Jojie Aminuddin Berlakon Teater Komedi

Wah…lama kita tak tengok Kak Jojie berlakon kan? Good Luck!

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Hiburan Thu, 10 May 2018

Eyra Hazali Takut Popular?

Jujurnya, saya tidak mampu menyembunyikan rasa takut dengan populariti segera yang diraih kini. Saya juga bimbang jika ada pihak yang akan terus meletakkan harapan menggunung selepas ini…

Hiburan Wed, 16 Jan 2019

Dulu Lain Sekarang Lain, Netizen Terkejut Tengok Gambar Lama Sharifah Husna

Makin cantik kan si dia ni? Semoga terus sukses Husna!

Trending Tue, 23 Jun 2020

Sekolah Boleh Ubahsuai Keperluan Asalkan Patuh SOP

Buat pihak sekolah dan guru-guru.

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Being Compared to Kaer Intimidates Megat Mentor 7

Hoping for the best in his singing!

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Tiga Tahun Menanti, Hafiz Teruja Ke Pentas Final AJL 34!

Antara lagu ‘favourite’ tahun ini!

| Live TV