Gaya Hidup By: Bibi Ramli April 5, 2018 @ 5:49pm

10 Orang Ini Berjaya Buktikan Kecacatan Bukan Penghalang Untuk Capai Impian Mereka

Ramai orang selalu merungut tentang bentuk badan mereka yang tak ideal, padahal ada juga ramai orang yang kurang upaya. Walau bagaimanapun, sesetengah orang yang tak bernasib baik ini berjaya membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil.

Jom tengok 10 daripada insan-insan istimewa ini yang telah memberi inspirasi kepada orang ramai.

1. Amy Purdy

 

A post shared by Amy Purdy (@amypurdygurl) on

Snowboarder ini telah menghidap meningitis bakteria ketika berumur 19 tahun, dan akibatnya, kakinya terpaksa dipotong dari bawah lutut. Dia juga hilang kedua-dua buah pinggang dan limpa. 2 tahun kemudian, Amy menerima buah pinggang yang diderma oleh bapanya. Dan 3 bulan seterusnya, dia telah kembali ke cerun ais dengan kaki prostetik. Dia berjaya menangi pingat gangsa di Paralympics 2014 dan pingat perak di Paralympics 2018 untuk acara snowboarding.

2. Aaron Fotheringham

Dia terpaksa memakai kerusi roda sejak dia berumur 8 tahun. Setelah melihat abangnya yang menunggang basikal BMX di taman skate, Aaron mula praktis aksi yang sama dengan memakai kerusi roda yang diubahsuai khas. Ketika dia berumur 14 tahun, dia menjadi orang pertama yang berjaya persembahkan backflip dengan menggunakan kerusi roda. Wah! Pada umur 18 tahun pula, Aaron berjaya cuba double backflip.

3. Evelyn Glennie

Foto: Nomo/wikipedia

Dia adalah seorang ahli perkusi yang pakar tapi dia telah pekak sejak berumur 12 tahun. Dia berkata dia berjaya mengajar diri sendiri untuk mendengar dengan menggunakan anggota badannya yang lain selain telinga. Untuk sumbangannya kepada dunia muzik, dia dianugerahkan Dame Commander of the Most Excellent Order of the British Empire (DBE) pada tahun 2007. Cuba tengok persembahannya! Luar biasa!

Credit video: TED Talks

4. Zack Ruhl

Foto: Facebook Zack Ruhl

Dia dilahirkan tanpa tulang peha dan menghidapi penyakit tulang rapuh, jadi doktornya terpaksa memotong kakinya. Pada hari ini, dia adalah seorang trainer Crossfit dan boleh membuat bench press sebanyak 190kg dan melakukan tekan tubi sewaktu duduk di dalam kerusi rodanya.

5. Marla Runyan

Foto: Thomas Boyd/The Register-Guard

Walaupun dia buta, Marla bukan saja telah menang 4 pingat emas di Summer Paralympics 1992 dalam acara lompat jauh, dan lumba lari 100m, 200m dan 400m. Dia juga telah menangi acara untuk orang yang bukan kurang upaya dan membawa pulang pingat emas di dalam acara lumba 1,500m.

6. Spencer West

Foto: Facebook Spencer West

Dia kehilangan kedua-dua belah kakinya disebabkan oleh masalah genetic ketika dia berumur 5 tahun. Mendaki Gunung Kilimanjaro ialah sesuatu yang ramai orang rasa mustahil. Tapi puncak tertinggi di Afrika itu tak menakutkan Spencer langsung. Ketika berumur 31, dia bukan sekadar mendaki; dia berjaya memanjat gunung itu dengan hanya menggunakan tangan!

7. Bethany Hamilton

Foto: Faebook Bethany Hamilton

Pada tahun 2003, semasa meluncur air bersama kawan baik, bapa dan abangnya, Bethany telah digigit oleh ikan jerung dan kehilangan seluruh tangan kirinya. Scarynya! Setibanya dia di hospital, dia telah kehilangan 60% darah, dan mengalami kejutan pendarahan. Namun begitu, minatnya dalam sukan luncur air memang mendalam kerana sebulan selepas kejadian ngeri itu, dia kembali aktif. Pada hari ini, dia adalah seorang peluncur air yang profesional.

8. Angel Giuffria

Foto: angelgiuffria/imgur

Pelakon The Hunger Games ini dilahirkan dengan satu lengan saja. Orang lain akan menganggap ini adalah satu kelemahan, tapi keazaman Angel dalam hidup telah menjadikannya sebagai seorang pelakon yang berjaya. Baru-baru ini, ketika menghadiri persidangan filem, muzik dan media interaktif, dia mengejutkan ramai orang yang sedang mengecas handphone mereka apabila dia meminta izin untuk mengecas tangan prostetiknya.

9. Jessica Cox

Foto: Facebook Jessica Cox

Sebanyak mana anda boleh capai dalam hidup jika anda tidak mempunyai kedua-dua belah tangan? Jawapannya ialah hampir apa saja jika anda mempunyai kemahuan yang kuat. Itulah moto Jessica, juruterbang berlesen pertama di dunia yang kudung tangan. Dia juga pemegang tali pinggang hitam dalam Persatuan Taekwondo Amerika pertama yang kudung tangan. Selain itu, Jessica juga ialah scuba diver yang sah, penulis dan penceramah motivasi, dan pernah bersaing dalam sebuah acara di El Tour de Tucson.

10. Qian Hongyan

Foto: Facebook Qian Hongyan

Dia kehilangan kedua-dua belah kakinya ketika berumur 4 tahun akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2000. Berasal dari daerah Yunnan di China, keluarganya memang tak mampu untuk mendapatkan anggota badan tiruan. Tapi setelah mendapat perhatian oleh pihak media di negaranya, Hongyan telah mendapat anggota badan tiruan secara percuma, dan dia menyertai kelab renang untuk orang kurang upaya. Kerja kerasnya membuah hasil apabila dia menjadi juara kebangsaan di dalam Pertandingan Renang Paralimpik pada tahun 2009. Dia juga memenangi pingat emas dalam acara 100m gaya kuak dada di Yunnan Provincial Paralympic Games pada tahun 2015.

Menurut pencapaian 10 individu ini, terbuktilah peribahasa “Jika ada kemahuan, di situ ada jalan”. Jadi janganlah complain tentang hidup anda sangat. Ternyata ada orang yang lagi mempunyai hidup yang tak sempurna tapi lebih berjaya.

Sumber: Brightside

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 13 Feb 2018

7 Jenis Makanan Tingkat Keghairahan Agar Suami Tak Cari Lain

Pasif di ranjang atau kurang keghairahan melakukan hubungan seks, sering dikaitkan dengan wanita lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Keadaan ini biasanya didorong kesibukan harian dipejabat serta komitmen dirumah.

Gaya Hidup Fri, 2 Feb 2018

4 Sayuran Ini Bagus Untuk Kurus

Umum mengetahui pengambilan sayur-sayuran bagus untuk kesihatan badan. Malah, makan sayuran juga boleh membantu dalam diet seharian serta membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

Gaya Hidup Sat, 14 Apr 2018

7 Tips Supaya Suami Sentiasa Rindukan Isteri. Anda Wajib Amalkan!

Sebelum suami bosan dengan perangai isteri lebih baik kita cepat berubah dan bertindak!

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ni!

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Ini Resipi Mudah Untuk Biskut Oat Coklat, Tak Perlu Bakar Dalam Oven!

Bukan kek saja yang anda boleh buat tanpa menggunakan ketuhar, ya. Biskut pun boleh!

Featured Mon, 26 Feb 2018

Jangan Pakai Bra Ketika Tidur, Nanti Buruk Natijahnya!

Namun, tahukah anda, memakai bra dalam satu jangka masa yang lama boleh memberi efek negatif pada kesihatan badan.

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Confirm Ke Pinggang Ramping? Ahli Fisioterapi Ini Kongsi Korset Buat Otot Bertukar Jadi Lemak Jika…

Namun, benarkah pemakaian korset ini membantu mendapatkan postur badan yang anda dambakan atau sebaliknya?

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Terkena Air Panas? Jauhi Petua-Petua Pelik, Ini Langkah Betul Perlu Dipelajari

Setiap kali kalau kita terkena air atau minyak panas mesti kita akan panik kan?

Gaya Hidup Sun, 8 Apr 2018

6 Khasiat Barli Yang Perlu Anda Tahu. Memang Bagus Untuk Kesihatan!

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie merupakan bijirin yang mempunyai sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Gaya Hidup Thu, 18 Jan 2018

Krisis Pertengahan Usia: Apa Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Krisis pertengahan usia adalah transisi antara identiti dan keyakinan diri yang berlaku dalam kalangan individu pertengahan usia dalam lingkungan 45 hingga 64 tahun. Krisis ini boleh dilihat dari segi psikologi dan kelakuan yang berbeza untuk […]

| Live TV