Filem By: Syafiqa Irdina January 28, 2020 @ 5:54pm

Terima Respon Hebat, Taman Tema Neraka Yang Diinspirasikan Daripada Filem Ini Bakal Dibina Di Korea Selatan!

Selepas menerima rating paling tinggi sejak ditayangkan, nampaknya impian peminat filem Korea untuk menyaksikan pembinaan sebuah taman tema neraka yang diinspirasikan oleh filem “Along With The Gods: The Two Worlds” bakal tercapai!

Filem “Along With The Gods: The Two Worlds”, sebuah naskhah yang menjadi sebutan ramai itu telah pun mengeluarkan sekuel kedua mereka iaitu “Along With The Gods: The Last 49 days”. Nampaknya, filem ini berjaya membuktikan kehebatannya sehinggakan sudah ramai peminat setia yang menantikan siri yang ketiga!

Filem fantasi yang menampilkan Cha Tae Hyun, Ha Jung Woo, Joo Ji Hoon dan EXO D.O itu juga berjaya melepasi satu juta kutipan dalam masa 54 jam tayangan.

Bakal Dibuka April?

Percaya atau tidak, disebabkan populariti yang luar biasa, bandar Gimcheon telah mengusulkan cadangan untuk membina Taman Tema Pengalaman Neraka di Taman Hayarobi yang dikhabarkan bakal dibuka pada April nanti!

Pihak perbandaran Gimcheon juga dikatakan telah berbelanja sebanyak 19 Bilion Won bagi merealisasikan Taman Tema Neraka ini.

Sumber : Google

 
Cerita aksi fantasi ini berkisar tentang tiga malaikat maut yang berusaha untuk menolong seorang manusia yang telah mati menghadapi ujian di alam neraka. Si mati akan dibicarakan dalam 7 ujian untuk mengetahui apa yang telah dibuat oleh si mati semasa hidup. Namun begitu, plot penceritaan si mati semasa hidup telah berjaya membuatkan ramai penonton menangis. 
 
Bagi memberikan pengalaman yang maksima kepada pengunjung, Taman Tema  ini akan dibahagikan dua bentuk seksaan mengikut budaya Barat dan Timur. Memang luar biasa, sebabnya taman tema ini dikatakan dibina sehingga 3 tingkat dan merangkumi dewan pengalaman, teater tayangan dan juga kemudahan lain. Memang dahsyat!
 
 
 
 

Pengalaman 3D

Dengarnya, pengunjung juga bakal merasai pengalaman 3D tentang semua makhluk mengenai dunia baik dan jahat termasuklah pengalaman berada dalam keranda bagi merasi sendiri kehidupan selepas mati. Tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya gelagat aksi pengunjung bermain Taman Tema Neraka itu nanti.

Sama-sama kita tunggu!

Sumber foto: www.insight.co.kr/us/news

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 12 Jan 2018

超狂神作《与神同行》带你下地狱!

即将于1月18日上映的《与神同行》(Along With the Gods)剧情描述主角消防员金自鸿在死后的49天内,与阴间使者一同接受轮回的考验。一部长达两个小时又二十分钟的电影,为什么会被这么多人狂推呢?

Filem Sun, 8 Dec 2019
Filem Sat, 3 Aug 2019

《Durian Kaya Teh Tarik》网络版!两组人马玩转甲洞争当「Sales King」

《Durian Kaya Teh Tarik》网络版!当节目主持人遇上来自台湾的YouTuber,谁将会成为最后的Sales King呢?

Filem Mon, 8 Jul 2019

《Escape Plan》终极篇!史泰龙、张晋及戴夫711大马「拳」面迎击

《Escape Plan》系列终极篇「The Extractors」7月11日大马「拳」面迎击。史泰龙、张晋及戴夫,三强鼎立的Man Power!

Filem Mon, 9 Mar 2020
Filem Tue, 26 Mar 2019

富家子面临破产!谢佳见沦落卖面包?

八度空间从即日起,每逢星期一至五,早上10时30分,重播本地爱情喜剧《1块2的幸福》。

Filem Thu, 9 Aug 2018

「音乐教父」登台献唱 四导师秒变乖乖仔

本周五晚《中国好声音》第四期节目,迎来一位「中国台湾音乐教父」登台演唱!他不仅让哈林尊称一声前辈,其他三位导师也秒变乖乖仔。

Filem Fri, 20 Dec 2019

Perhatian Ejen! Jom Sertai Cabaran Tik Tok Ejen Ali The Movie Dan Bawa Pulang Huawei Mate 30!

Apa tunggu lagi, jom sertai Cabaran Tik Tok Ejen Ali The Movie sekarang!

Filem Thu, 14 Nov 2019

| Live TV