Filem By: SGMS Fas February 26, 2018 @ 11:07am

Festival Filem Iran Bermula 7-17 Mac

Buat julung kalinya, para kaki wayang di negara ini  bakal menyaksikan enam buah filem terbaik Iran yang akan ditayangkan secara percuma bermula pada 7 hingga 17 Mac depan.

Tayangan sempena Festival Filem Iran (FFI)  itu akan disiarkan melalui empat buah pawagam  GSC (Golden Screen Cinemas) di Kuala Lumpur (7-11 Mac), Pulau Pinang (12-14 Mac) dan Johor Bahru dari  15 hingga  17 Mac .

Enam buah judul filem Iran pelbagai genre yang terpilih meliputi ‘Seeet Taste of Imagination”, ‘The Queen’, ‘Ceasefire 2’, ‘Where Are My Shoes’ Crazy Castle’ dan ‘Under The Smoky Roof’.

Mereka yang terbabit dalam penganjuran FFI bergambar kenangan.

Mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di pawagam GSC Midvalley pagi tadi, Encik Mohammad Reza Shams selaku pengarah  festival berkata, kesemua enam buah filem berkenaan adalah yang terbaik malah telah memenangi beberapa anugerah sebelum ini termasuk di Festival Filem Fajr 2017 di Tehran.

“Adalah menjadi harapan kami festival ini mampu menyemarakkan hubungan   dua hala antara Iran dan Malaysia khususnya dalam perkongsian budaya dan diplomatik,” ujar Mohammad Reza.

Pada majlis pelancaran FFI di Kuala Lumpur kelak, Iran akan membawa  dua pemgarah disamping dua pelakon wanitanya.

Pemgarah Pooran Derakshandeh dan aktres Merila Zarei akan hadir pada pelancaran di Kuala Lumpur pada 5 Mac manakala pengarah Abolhassan Davoosi dan aktres Azita Ajian akan berada pada majlis pelancaran di Penang (12 Mac) serta Johor Bahru pada 15 Mac.

FFI anjuran Pusat Kebudayaan, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia dikelolakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FiNAS) serta GSC Sdn Bhd.

Maklumat lanjut berhubung jadual dan tiket percuma boleh layari laman web GSC.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 15 Aug 2018

Vroom Vroom…Wheely Meluncur Laju Di Pawagam Esok!

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat tempahan dari 100 buah negara. Antaranya beberapa negara besar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan dan Jerman serta beberapa negara kecil seperti Poland, Ecuador dan Slovakia.

Filem Wed, 27 Jun 2018

洛基证实《复仇者3》真的OO!2年前被告知

《复仇者联盟3:无限之战》一开场就给观众巨大震撼,不少粉丝宁愿相信「洛基只是诈死」;不过「洛基」汤姆希德斯顿,近日证实真的「死透」,2年前就被告知这是角色最终结局。

Filem Mon, 5 Feb 2018

PULANG FILEM BERPROFIL TINGGI 2018?

 ‘Pulang” sebuah lagi karya hasil garapan kemas pengarah Kabir Bhatia. Berlatarbelakangkan era 1940-an hingga tahun 2010 sememangnya ‘Pulang’ adalah sebuah naskhah yang menarik

Filem Sat, 24 Feb 2018

RANCANGAN WAJIB TONTON KAMI MINGGU INI!

Jadi, kepada mereka yang sering ketinggalan untuk menyaksikan drama pilihan masing-masing atau ingin mengetahui jalan cerita drama kegemaran anda terlebih dahulu berbanding menunggunya di kaca tv, jangan khuatir! Ini adalah antara rancangan terbaik kami!

Filem Thu, 5 Sep 2019

Maksud Tersirat Disebalik Telefilem ‘Back To You’

Haa, kalau korang nak tahu kenapa agaknya aunty Xiu Min takde dalam scene yang terakhir tu, korang kenalah baca!

Filem Sun, 14 Apr 2019

BENTO EXPO: A Variety of Bento Recipes from Across the World

Find some ideas for your own bento lunch!

Filem Wed, 7 Feb 2018

梁志强率Ah Boys隔空破冰干杯照欢庆

由于航线跑道发生意外事故,因此许多班级延误行程,故梁志强导演原本率领《新兵正传4》演员齐来大马庆祝突破票房佳绩的庆功宴被逼夭折;惟梁志强透过荧幕与媒体朋友一同欢庆,不但隔空破冰更高举白开水与在场的媒体现场连线一同干杯,照旧进行"破冰仪式"!

Filem Mon, 4 Mar 2019
Filem Fri, 28 Feb 2020

[VIDEO] Pertama Kali Aishah Sinclair Dedah Keadaan Bunga Setelah Pemergian Ashraf

Terus kuat dan tabah buat seisi keluarga Sinclair’s.

Filem Tue, 27 Feb 2018

Don’t Miss Out on These 5 Action-Packed Korean Dramas

Fighting isn’t the answer for everything but it can be pretty entertaining to watch people battle it out.

| Live TV