Trending By: Attiqah Mohd February 12, 2020 @ 1:03pm

[Viral] Kematian Yang Dicemburui, Kehilangannya Tiada Ganti- Rupanya Ini Amalan Abam Bocey Semasa Hidup

Patah tumbuh tiada ganti..

Pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey ke rahmatullah pada hari Ahad yang lalu pastinya  dirasai oleh insan- insan terdekat dengan beliau. Abam Bocey meninggal dunia berikutan demam panas dan sakit kepala berturut-turut dua hari sebelum pemergiannya. Pemergian yang mengejutkan itu turut dirasai oleh kenalan artis terdekat.

Sewaktu jenazah abam Bochey disemadikan, ramai yang terpegun melihat sosok manusia yang datang berpusu-pusu untuk melawat jenazahnya, justeru kehilangannya membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah amalan yang dilakukan oleh Abam Bochey sehingga pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam buat insan-insan terdekat dan kenalan artis. 

Menerusi satu perkongsian tweet oleh Adnin Roslan, iaitu penulis buku  Tarbiyah Sentap. Beliau telah berkongsi mengenai amalan Abam Bochey sewaktu hayatnya:

Kehilangannya tiada ganti, kematiannya dicemburui

1. Banyak bersedekah

Menurut Adnin Roslan, sewaktu hayatnya Abam Bochey sentiasa mengamalkan sedekah. Beliau tidak berkira untuk membantu keluarganya dan seringkali mendahulukan adik beradik yang lain berbanding dirinya sendiri, malah beliau juga sering bersedekah dan membantu anak yatim piatu. Amalan sedekah mempunyai 1001 manfaat malah sesiapa yang bersedekah akan diberi ganjaran pahala sebanyak 10 kali ganda.

2. Rajin menghadiri majlis ilmu

Sewaktu hayatnya, Abam Bochey dikenali sebagai orang yang sering menjejakkan kaki ke majlis ilmu, beliau tidak pernah menolak jemputan untuk menghadiri program dakwah meskipun ketika itu keadaan kesihatannya tidak baik. 

3. Sangat penyayang terhadap ibu, jaga sewaktu sakit

Ibu kepada arwah Abam Bochey turut mendedahkan bahawa anaknya itu seorang yang sangat penyayang. Ibunya turut memberitahu bahawa Abam Bochey merupakan anak yang baik dan taat, beliau menjaga ibunya dan sentiasa sabar melayan kerenah ibunya sewaktu sakit. Pahala buat anak yang berbakti kepada orang tuanya sewaktu sakit bersamaan dengan 100 kebaikan, malah 100 kejahatan akan dihapuskan dan darjatnya akan diangkat sebanyak 100 darjat. MasyaAllah.

4. Menjaga solat 5 waktu 

Menurut isterinya, kematian abam Bochey mula disedari saat isterinya ingin mengejutkannya Abam Bocey solat subuh. Nabi S.A.W bersabda, menurut H.R Ahmad  sesiapa yang menjaga solatnya akan  diberikan, cahaya, bukti dan keselamatan pada hari kiamat. 

5. Memaafkan orang lain 

Bergelar pelawak, Abam Bochey sering dikutuk mengenai fizikalnya namun Abam Bocey tidak sedikit pun mengambil peduli atau membalas kembali kutukan dan kritikan yang diterima. Sebaliknya, Abam Bocey sentiasa memaafkan individu yang sering melontarkan cemuhan terhadapnya, beliau juga sentiasa kuat dan berfikiran positif. Walaupun berdepan dengan cemuhan dan kejian yang diterima, Abam Bocey masih kekal positif malah turut berjaya menguruskan badannya.

Amalan mulia yang dilakukan oleh Abam Bocey seharusnya dicontohi oleh kita semua. Biarpun nampak kecil namun ganjaran pahalanya sangat besar. Yang pasti, semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Salam takziah buat keluarga allahyarham, semoga syurga buat Abam Bocey..

Sumber: Twitter Adnin Roslan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 10 May 2019

#SetulusIkhlas : Kasih Seorang Bapa, Tidak Halang Anak Peluk Islam

Begitu jelas sekali bahawa kasih seorang ayah itu tiada batas agama

Trending Sun, 30 Dec 2018

Majikan Tolong Bayar Hutang PTPTN Pekerja Akan Diberi Perlepasan Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai individu SSPN akan dinaikkan daripada RM6, 000 kepada RM8, 000 setahun untuk simpanan dalam SSPN-I dan tambahan RM6, 000 diberikan untuk takaful bagi SSPN-i Plus.

Trending Sat, 5 Oct 2019

Paus Beluga Otak Bergeliga, ‘Pulangkan’ GoPro Terjatuh

Paus Beluga Otak Bergeliga, Dirakam ‘Pulangkan’ GoPro Terjatuh Dalam Air Kepada Pengkayak

Trending Tue, 23 Oct 2018

Media Prima Radio Networks Rebrands to Ripple!

There are seven new platforms joining the radio station.

Trending Thu, 6 Feb 2020

情人节DIY心形美味餐点!让另一半感受你满满的爱意

除了在外吃情人套餐,在家动动手准备一份情人特餐,更添浪漫气氛喔!

Trending Thu, 29 Aug 2019

空气污染可能会让人变得更加暴力!

研究人员对美国8600万人的13年数据进行分析后发现,空气污染越严重,暴力犯罪就越多……

Trending Sun, 19 Nov 2017

Kereta Api Bergerak Awal 20 Saat, Tsukuba Express Mohon Maaf

Tsukuba Express Mohon Maaf keran keretapi berlepas awal 20 saat dari yang dijadualkan

Trending Thu, 2 Aug 2018
Trending Tue, 16 Jul 2019

Tertusuk Penyedut Minuman Besi DiMata & Tembus DiOtak

Terkejut melihat penyedut minuman itu tertusuk matanya dan menembusi kepalanya

Trending Wed, 4 Jul 2018

Kes 1MDB; Pasport Jho Low Dah Batal

Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana.

| Live TV