Hiburan By: SGMS Enal January 21, 2020 @ 1:47pm

Sufian Suhaimi Cari Calon Kekasih Melalui Tinder ?

Hampir dua tahun episod putus tunangnya berlalu, nampaknya Sufian Suhaimi masih solo dan tidak menemui pengganti lagi meskipun pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita cantik.

Mungkin tidak tahan asyik ditanya mengenai soal jodoh, Sufian nampaknya ingin mencuba aplikasi temu janji untuk mencari calon kekasih. Menerusi Twitter, Sufian berkata dia tidak teragak-agak untuk menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari jodoh.

Status Sufian itu mendapat perhatian netizen lain yang terhibur serta bersetuju seandainya penyanyi Di Matamu itu mahu mencari jodoh melalui aplikasi tersebut. Malah, ada netizen turut mencadangkan pelbagai cara dan aplikasi yang sesuai untuk mencari kekasih.

Sementara itu, ada netizen mengatakan supaya jangan mudah percaya dengan aplikasi cari jodoh tersebut kerana kebanyakannya menggunakan identiti dan gambar palsu. Malah, lebih teruk ada yang sanggup menipu jantina mereka.

Dalam pada itu, ada netizen meminta Sufian bersabar dalam mencari jodoh kerana ianya pasti akan hadir suatu hati nanti. Netizen turut menasihati Sufian untuk terus berdoa agar segera dipertemukan jodoh

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Nana Kongsi Rahsia Peribadi Dalam ‘Life Goes On’

Penyanyi lagu ‘Paling Comel’ ini turut memberitahu dia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan…Tak sabar kami nak dapatkannya!

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

‘Saya Pantas Orangnya…’-Delilah Kadir Tolak Muzik Jiwang

Jarang sekali kita dengar wanita gemarkan muzik begini. Jom support single Anti Cinta nyanyian Delilah di Hot FM & Kool FM!

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Video Hari Terakhir Mila Di Makkah Buat Netizen Sebak

Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita datang…

Hiburan Tue, 12 Nov 2019
Hiburan Mon, 1 Oct 2018

“Good Music Can Be Accepted Anywhere but Not in Malaysia…”

Award-winning singer slams Malaysian music scene.

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

| Live TV