Trending By: SGMS Enal January 11, 2020 @ 11:54am

Kanak Yang Hilang Di Kajang Di Temukan Semula Dengan Ibu Bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ibu kepada kanak-kanak itu yang berusia 35 tahun menghubungi polis kira-kira 2 petang semalam selepas mengetahui mengenai penemuan anaknya oleh orang awam yang tular di media sosial.

Kanak-kanak itu hilang tidak sampai 24 jam sebelum ditemui orang ramai.

Beliau berkata ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang juga tinggal di kawasan taman perumahan itu, datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 malam tadi, untuk mengambil anak mereka dengan membawa dokumen rasmi sebagai bahan bukti sokongan.

“Kanak-kanak itu dikatakan keluar bersendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu depan yang bertutup tetapi tidak berkunci,” katanya hari ini.

Ahmad Dzaffir turut menzahirkan penghargaan kepada media dan orang ramai kerana membantu menyebarkan berita berkaitan kehilangan kanak-kanak tersebut sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

TERKINI! Mayat Remaja Lemas AKHIRNYA Ditemui

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana itu dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah lombong di Taman Putra Perdana.

Trending Wed, 25 Dec 2019

Guna ‘Pendrive’ Cari Pemilik Dompet Berisi RM1200

Alhamdulilah, masih ada lagi insan yang baik hati memulangkan balik barang yang dijumpa.

Trending Fri, 6 Apr 2018

Netizen Tempelak Raja Ilya, Dakwa Keputusan Tolak Tawaran Filem Marvel Drama Semata-Mata

Apabila nama Raja Ilya disenarai pendek dalam senarai pembikinan filem Marvel diproduksikan produksi Hollywood, tentunya ia berita membanggakan.

Trending Thu, 22 Nov 2018

MAS Responds to Live Review of Flight From Kuala Lumpur to London

Malaysian Airlines is really concerned about his flight experience.

Trending Wed, 29 Jan 2020
Trending Mon, 3 Feb 2020
Trending Fri, 29 Mar 2019

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Takziah kepada ahli keluarga Muhammad Hafiz Zainal

Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Trending Fri, 22 May 2020

| Live TV