TECH By: SGMS Enal January 11, 2020 @ 11:53am

Perbezaan Antara Bateri Graphene Dan Lithium-Ion

Teknologi bateri telefon pintar adalah agak bagus pada masa ini. Tetapi, ada satu perkara yang mungkin peminat gajet merasa tidak pernah cukup iaitu jangka hayat bateri yang lebih baik. Alangkah indahnya  jika kuasa peranti boleh bertahan sehingga dua ke tiga hari.

Dengan kewujudan bateri graphene, ia mungkin menjadi kenyataan untuk memiliki peranti dengan bateri yang mampu bertahan lama. Namun, mungkin ada yang tidak tahu apakah bateri graphene, dan bagaimana ia akan mempengaruhi industri telefon pintar?

Bateri graphene masih belum digunakan dalam mana-mana telefon pintar dan peranti lain lagi, tetapi teknologi ini sedang berjalan. Di masa hadapan, graphene mungkin boleh menjadi bateri yang boleh menggantikan lithium-ion, iaitu bateri yang sedia digunakan dalam industri teknologi selama beberapa dekad ini.

Apakah bateri Graphene?

bateri graphene

Gambar: Graphene-Info

Secara ringkas, graphene adalah komposisi karbon atom yang terikat dalam struktur heksagon. Apa yang membuatkan graphene begitu unik adalah kerana strukturnya hanya mempunyai satu lapisan atom yang tebal, pada asasnya menjadikan lapisan graphene kepada dua dimensi.

Struktur 2D ini menghasilkan sifat yang sangat menarik, termasuk aliran elektrik dan haba yang sangat baik, fleksibiliti dan kekuatan yang tinggi, serta lebih ringan. Apa yang menarik mengenai aliran elektrik dan haba adalah mempunyai unsur logam yang lebih tinggi dari tembaga (copper) dan dianggap mesra alam.

Bercakap mengenai bateri pula, keupayaan graphene dapat digunakan dalam beberapa cara. Penggunaan ideal graphene sebagai bateri adalah “supercapacitor” dimana ia lebih tahan lama dan sesuai untuk penyimpanan tenaga berkapasiti tinggi, serta dapat memendekkan masa pengecasan.

Graphene vs Lithium-ion

graphene vs lithium-ion

Sama seperti bateri lithium-ion, sel-sel graphene menggunakan dua plat konduktif yang dilapisi dengan bahan yang boleh diserap dan direndam dalam larutan elektrolit. Walaupun ciri dalaman kedua-dua bateri ini agak sama, namun ia menawarkan ciri-ciri yang berbeza.

Graphene menawarkan aliran elektrik yang lebih tinggi berbanding bateri lithium-ion. Ia membolehkan pengecasan yang cepat dapat menyampaikan arus elektrik yang tinggi. Aliran haba yang tinggi juga bermakna bateri dapat berfungsi dengan lebih sejuk, dan sebagainya.

Penggunaan graphene mampu memanjangkan hayat bateri, dikaitkan dengan jumlah karbon yang bersalut pada bahan atau ditambahkan pada elektrod untuk mencapai aliran. Selain itu, graphene menambah aliran elektrik tanpa memerlukan jumlah karbon yang digunakan dalam bateri sedia ada.

Bateri graphene juga adalah lebih ringan dan nipis berbanding lithium-ion. Ini bermakna,peranti yang lebih kecil, nipis atau mempunyai kapasiti yang besar tidak memerlukan ruang tambahan. Bukan itu sahaja, graphene membolehkan kapasiti yang lebih tinggi. Jika lithium-ion boleh menyimpan sehingga 180Wh tenaga per kilogram, graphene pula mampu menyimpan sehingga 1000Wh bagi setiap kilogram.

Yang paling penting, bateri graphene adalah lebih selamat. Ini tidak bermakna lithium-ion kurang selamat. Ia mempunyai rekod keselamatan yang sangat baik, namun terdapat beberapa kejadian seperti bateri terbakar melibatkan produk dikuasakan oleh bateri jenis ini.

Masalah panas melampau, pengecasan yang berlebihan boleh menyebabkan ketidakseimbangan kimia dalam bateri lithium-ion dan mengakibatkan kebakaran. Bateri graphene adalah lebih stabil, fleksibel dan lebih kuat serta mampu mengatasi isu tersebut.

Penggunaan bateri graphene pada telefon pintar

Telefon pintar yang menggunakan bateri graphene pada masa akan datang dapat menikmati ciri-ciri yang dinyatakan di atas. Ia dapat mengecas dengan lebih cepat, jangka hayat bateri yang dapat bertahan sehingga dua ke tiga hari atau lebih, dan mungkin menjadi lebih nipis dan ringan.

Bateri graphene mampu menawarkan kapasiti 60% atau lebih berbanding saiz yang sama bagi bateri lithium-ion. Digabungkan dengan pelepasan haba yang lebih baik, bateri yang lebih sejuk akan memanjangkan jangka hayat peranti juga. Anda mungkin tidak perlu menggantikan bateri dengan harga yang mahal selepas beberapa tahun digunakan bagi memastikan peranti anda masih berfungsi dalam keadaan baik.

Walaupun teknologi bateri graphene masih dalam kajian, ia merupakan khabar yang menggembirakan bagi telefon pintar, gadget, kenderaan elektrik pada masa hadapan. Sudah tentu, ia mampu menggantikan bateri lithium-ion dengan menawarkan ciri-ciri yang lebih baik.

Sumber: Wiser.my Graphene-InfoAndroid Authority 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 26 Oct 2018

Guna Telegram, Ini Cara Mudah Muat Turun Video Youtube Pada iPhone

Cara mudah untuk muat turun video daripada Youtube pada iPhone menggunakan aplikasi Telegram.

TECH Sun, 6 Oct 2019

Bekas Pekerja Yahoo Mengaku Bersalah Menggodam Lebih 6 Ribu Pemilik Akaun Yahoo

Tertuduh juga mengaku menggodam pengguna storan awan iCloud, Facebook, Dropbox dan Gmail semata-mata bagi mencuri kandungan lucah milik mangsanya.

TECH Tue, 10 Jul 2018

Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Bakal Hadir Tanpa Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Samsung pernah dilaporkan bercadang untuk memperkenalkan tiga versi berbeza bagi peranti premium mereka, Galaxy S10 kelak. Versi yang digembar-gemburkan ialah Galaxy S10, S10+ dan sebuah lagi versi Galaxy S10 yang lebih mampu milik. Terdapat juga laporan yang […]

TECH Tue, 27 Mar 2018

Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Pernahkah anda terfikir untuk merakam gambar secara sembunyi mengunakan telefon bimbit anda? Bunyinya persis “James Bond” tetapi hakikatnya, memang boleh! Pada kebiasaannya apabila merakam video memerlukan paparan rakaman pada layar peranti, ini akan menyebabkan agak sukar untuk […]

TECH Fri, 28 Sep 2018

Tips Supaya Komputer Anda Tidak Terkena Virus

Tahukah anda salah satu mudahnya anda dijangkiti virus kerana anda mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di dalam laman sesawang.

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

Automobile Sat, 7 Apr 2018

Pick a Name for the New Proton SUV and Win Great Prizes!

Proton needs your help to give its new SUV a name! Join the voting poll contest and you might just win yourself some amazing prizes!

TECH Sun, 29 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro kini boleh bertindak sebagai cas tanpa wayar untuk fon telinga Freebuds 2 Pro.

TECH Wed, 9 May 2018

这款移动电源居然永不断电?简直是户外神器

世界上最痛苦的事情不是没有手机,而是明明手机在手里却没电,所以移动电源成了很多人手机的标配,但是如果移动电源也没电了呢?

TECH Fri, 31 Aug 2018

Sekat Laman sesawang lucah pada Peranti Pintar Anak – Anak

Antara cara memastikan anak anda tidak dapat mengakses laman sesawang berbaur lucah dan sebagainya.

| Live TV