Hiburan By: Del14 January 16, 2020 @ 6:49pm

Ozlynn Pening Bila Johan Minta Tambah…?

Pelakon Ozlynn mendedahkan Johan meluahkan hasrat untuk menimang satu lagi cahaya mata dan berharap supaya cahaya mata tersebut adalah seorang bayi perempuan walaupun sudah mempunyai 5 orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq supaya mereka mempunyai 3 anak lelaki dan 3 anak perempuan. Barulah adil dan saksama!

“Ehh ehhh orang tua nih..dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dapat tekap dapat..” tulis Ozlynn dalam entri di Instagram miliknya. 

 
 
 
View this post on Instagram

NYAWA… selalu jumpa makcik2 mesti dorg akan ckp.. bagus muda2 dh anak berderet.. tp kalau tanya laki aku jawapan dia “Sayang, kalau u pregnant lagi mesti best kan.. skali dpt girl.. dah cukup dpt 3 laki 3 pompuan..” dlm hati aku.. “ehh ehhh org tua nih.. dia ingat aku nih kilang biskut?? Tekap dpt tekap dpt..” kalau nak ikutkan 7org dh anak ktorg.. 2 dh standby tunggu ktorg.. xde rezeki nak peluk kt sini.. korg suka x anak ramai.. aku suka.. tp tanggung jawap kena seiring la.. jgn reti beranak jek pastu anak terbiar.. pantang betul aku..utk aku nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu.. ada org ckp anak nih pun rezeki jugak.. iyeee anak rezeki.. so kena jaga.. tanggungjwp kita bukan setakat besarkan, bg makan pakai.. tanggungjwp kita besar.. sb anak2 nih wujud sb kita yg nak.. so Allah bg.. jgn diabaikan.. nak mendidik kita perlu membimbing.. bukan mengarah.. byk aku belajar.. setiap anak byk benda baru aku dpt.. dgn anak la aku belajar segalanya.. semakin hari semakin positif dan kami belajar utk jadi yg lebih baik.. penat?? Yes!! Tapi berbaloi.. aku happy, bersyukur! So saja la nak tanya.. kalau korg la kan.. patut ke aku dgr ckp laki aku suh ngandung lagik.. aku kalau boleh xmo umur 50.. anak aku masih skolah lagik..aku suka pikir byk benda.. mcm sempat ke tgk anak kawin.. ?? tah pape tah kan aku.. ke korg pun sama?? Share la..

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Ozlynn kemudian melontarkan soalan kepada pengikutnya dan meminta pendapat mereka tentang permintaan suaminya itu. 

“Kalau korang kan…patut ke aku dengar cakap laki aku suruh mengandung lagi?

“Korang suka tak anak ramai? Aku suka tapi tanggungjawab kena seiring la. Jangan reti beranak je pastu anak terbiar…

“Untuk aku nak nak beranak ramai ke sikit ke bergantung pada individu..ada orang cakap anak ni pun rezeki jugak.. 

“Iye anak rezeki..jadi kena jaga..tanggungjawab kita bukan setakat besarkan, bagi makan pakai. Tanggungjawab kita besar sebab anak-anak ni wujud sebab kita yang nak..Allah dah bagi, jangan diabaikan. 

“Nak mendidik kita perlu membimbing..bukan mengarah.  Banyak aku belajar..setiap anak banyak benda baru aku dapat. Dengan anaklah aku belajar segalanya,” tulis Ozlynn.

Walaupun membesarkan dan mendidik anak itu penat, menurut Ozlynn ianya berbaloi dan dia bersyukur kerana mempunyai anak yang ramai. 

Namun demikian, dia khuatir jika pada usia yang tua, anak-anaknya masih di dalam alam persekolahan dan sama ada dia sempat untuk melihat anak-anaknya berkahwin. 

“Aku kalau boleh tak mahu umur 50 anak aku masih sekolah lagi. Aku suka fikir banyak benda, macam sempat ke tengok anak kahwin,” ujarnya lagi.

 Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty binti Ismail mendirikan rumah tangga dengan Johan Raja Lawak pada 25 Julai 2009 di Masjid Lembah Jaya, Ampang.  

Meriah!! Foto dari IG @jozlynnhanania

Kredit Foto: Instagram @jozlynnhanania

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

Events Wed, 26 Sep 2018
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

THINK YOU OR YOUR FRIEND IS A HOTTIE? WHY NOT BE CLEO’S 2018 BACHELOR?

Got some hot guys to recommend? Even if the person is yourself, don’t be shy, just sign up!

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Mas Anizan mahu berseorangan

Hampir dua dekad menyepikan diri dari industri hiburan, pelakon yang mencipta nama pada era 1990-an, Mas Anizan sudah bersedia untuk kembali mencari peluang.

Hiburan Sat, 26 Oct 2019

Anak Fauziah Nawi Dikhuatiri Lemas Ketika Memancing

Semoga dipermudahkan urusan dan Pitt selamat ditemui. Jom semua doakan!

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

Pesanan Ringkas Dari Shahrnaaz Sempena Hari Wanita Sedunia

Sharnaaz memuji kaum wanita sememangnya insan yang sangat hebat tetapi diselitkan nota ringkas

OMG Sat, 26 May 2018

Lawak! Troll Diva AA Curi Perhatian

keterujaan netizen terhadap Diva AA dan abangnya, Datuk Seri Azmin Ali tidak berhenti setakat itu. Kalau nak tahu, kenalah baca artikel ini!

Hiburan Thu, 1 Feb 2018

阿娇认爱3月宣布闪婚「医界王阳明」!

港星阿娇(钟欣潼)要结婚了!她2017年10月认爱「医界王阳明」赖弘国(Michael Lai),1日临晨就在IG公开婚戒,并留言甜喊:“下一站幸福”,让粉丝又惊又喜

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

AKSI GILA DAN LUCAH IQRAM DINZLY-JANGAN SIBUK PLEASE!

Kalau sebelum ini Iqram Dinzly dilabel sebagai tidak waras kerana mengambil gambar selfie di kubur arwah ayahnya, kali ini Iqram sekali lagi tampil dengan aksi lucah nya di laman instagram LIVE!

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

| Live TV