Automobile By: SGMS Enal December 6, 2019 @ 2:31pm

Mahu Jimatkan Masa Guna Windows 10?

Melalui kemaskini dari semasa ke semasa , Windows 10 menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bagi anda yang menggunakan Windows 10, disini kami senaraikan 10 tips yang mungkin anda belum tahu dan boleh menjimatkan masa.

1. Tambah Desktop baru dan beralih antara Desktop

Desktop baru boleh ditambah dengan hanya menggunakan pintasan butang Windows+Ctrl+D. Tanpa perlu menekan Task View, anda boleh beralih ke desktop lain dengan butang Windows+Ctrl+Arrow kiri/kanan.

2. Tekan butang Windows + Arrow bagi memaksimumkan atau meminimumkan web browser, folder dan lain-lain

 
 

Windows + kiri = Tetapkan window ke separuh kiri skrin anda
Windows + kanan = Tetapkan window ke separuh kanan skrin anda
Windows + atas = Maksimumkan window
Windows + bawah = Minimumkan window

3. Buka My Computer

Dengan pintasan butang Windows+E, anda dapat membuka folder My Computer dengan mudah.

4. Buka item di Taskbar

Untuk membuka item di Taskbar dengan lebih mudah, anda hanya perlu menekan butang Windows dan nombor bagi urutan item itu berada. Sebagai contoh, jika berada di window lain dan ingin ke pelayar Google Chrome yang berada di urutan nombor 3 di Taskbar, cuma perlu tekan butang Windows+3.

5. Emoji, Kaomoji dan Simbol

Microsoft telah menambah Emoji, Kaomoji dan simbol lain yang boleh diakses dengan hanya menekan butang Windows+titik(.).

6. Keluarkan kata laluan log masuk

Untuk mengeluarkan kata laluan log masuk PC anda, taip “netplwiz” dan buang tanda di kotak semak. Kemudian tekan OK.

7. Tangkap layar dan simpan ke PC

Dengan hanya menekan butang Windows+printscreen di papan kekunci secara serentak, tangkap layar skrin window yang anda buka ketika itu akan disimpan secara automatik dalam folder “Screenshots” di PC anda. Jadi, anda tidak perlu menggunakan perisian lain seperti Word atau Paint untuk tampal dan simpan tangkap layar tersebut.

Selain itu, tangkap layar skrin juga boleh dilakukan dengan menekan butang Shift+Window+S yang akan membawa kepada Snip&Sketch dimana anda boleh memilih untuk tangkap layar secara penuh, segi empat tepat, bebas dan sebagainya serta anda boleh memilih untuk menyunting terlebih dahulu sebelum menyimpan tangkap layar tersebut.

8. Nyahaktifkan akses port USB

Bagi melindungi data PC anda daripada dicerobohi, beberapa langkah boleh diambil untuk menyekat akses port USB.

  1. Dalam kotak pencarian, cari perkataan “RUN”
  2. Taip “regedit” untuk membuka Registry Editor.
  3. Sebaik sahaja ia melayari ke lokasi berikutnya, gunakan langkah seterusnya.
  4. HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\USBSTOR
  5. Dibahagian kanan, tekan dua kali pada “Start”.
  6. Dalam kotak Value Data, masukkan nilai 4 dan tekan OK.
  7. Tutup Registry Editor dan restart PC.
  8. Anda boleh mengaktifkan kembali akses port USB dengan menukar ke nilai 3 di langkah 6.

9. Ketahui perisian yang memakan lebih banyak ruang

  1. Tekan pada butang Windows + I
  2. Pergi ke Storage dan pilih perisian.
  3. Kemudian, susun mengikut saiz.

10. Bar Permainan yang baharu

Kemaskini Windows 10 pada Mei yang lalu memberikan pengalaman bar permainan yang baharu. Ia tidak lagi hanya untuk tangkap layar video tetapi turut mempunyai fungsi lain termasuk quick panel untuk menyesuaikan kelantangan aplikasi, melihat penggunaan sumber dan memainkan muzik Spotify. Untuk membuka bar permainan, tekan butang Windows+G.

Ia juga menawarkan panel Performance yang memberikan maklumat mengenai penggunaan CPU, GPU, dan RAM semasa anda. Anda akan melihat penggunaan sumber semasa dan graf penggunaan selama 60 saat.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat.

sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 29 Dec 2018

Cara Menyembunyikan “Last Seen” Akaun Instagram

Dengan cara ini mudah kita sembunyikan aktiviti kita kepada orang lain

LIFESTYLE Mon, 26 Aug 2019

7时刻别戴隐形眼镜!洗澡没拔小心「它」爬满

近视但却又爱美,不想戴着厚重的眼镜上班、上课,许多人选择戴隐形眼镜,甚至变色瞳片。虽然戴隐形眼镜的好处相当多,但对于眼睛的健康更需留意……

Fab Foodies! Mon, 29 Jan 2018

失眠一整晚?全都因为你吃「这6种食物」太多

常常睡不好,让人好烦恼?其实,失眠跟你的饮食习惯大有关系!生活中某些让你意想不到的食物,可能让你一夜无眠。国外网站《News.com.au》分享多位营养师的意见,并列出以下6种失眠食物,睡前建议你最好别吃,以免影响睡眠品质!

LIFESTYLE Thu, 21 Nov 2019
LIFESTYLE Wed, 30 Oct 2019

Ramai Salah Anggap Pasal Kemurungan, Ini Penjelasannya.

Kemurungan menjadi satu topik yang kian mendapat perhatian

TECH Tue, 24 Jul 2018

Harga Jualan Samsung Galaxy Note 9 Tertiris Menjelang Pelancaran Rasmi

Menjelang majlis pelancaran secara global Samsung Galaxy Note 9 pada 24 Ogos ini, sedikit demi sedikit spesifikasi dan maklumat berkaitan peranti tersebut telah tertiris sejak kebelakangan ini. Namun, tiada ura-ura berkenaan harga bagi peranti itu yang dapat kita dengar sebelum ini. […]

LIFESTYLE Sun, 25 Aug 2019

Air Suam Lebih Sihat Berbanding Air Sejuk?

Tiada masalah untuk korang minum air sejuk, air suam atau air panas asalkan kena pada masanya.

Fab Foodies! Wed, 14 Mar 2018

Epal Merah VS Hijau, Mana Lebih Baik?

Satu cawan epal hijau mengandungi 14 gram kabohidrat manakala epal merah, 15 gram kabohidrat. Tidak banyak beza dan pakar diet mengesyorkan untuk kamu mengambil 45% kalori daripada kabohidrat.

LIFESTYLE Thu, 28 Jun 2018

Bijan: The Handbag Every Malaysian is Talking About Now

Bye bye Birkin. You’re not hot anymore.

LIFESTYLE Thu, 14 Mar 2019

单身必看!未来半年的桃花运势

说上桃花,大概是单身朋友都挺引颈期盼的,每每想谈上感情,却老找不到对象。

| Live TV