LIFESTYLE By: SGMS Enal January 15, 2020 @ 2:04pm

Buang Air Besar Cangkung Atau Duduk, Mana Yang Lebih Baik?

Pasti ramai diantara kita yang pernah berdebat bersama dengan rakan-rakan kita tentang keselesaan diantara jamban duduk atau jamban mencangkung semasa menggunakannya untuk berak.

Ada yang akan berkata bahawa tandas mencangkung lebih efektif dan tandas duduk pula tidak. Namun tahukah anda bahawa, terdapat satu kajian dilakukan berkenaan dengan posisi semasa membuang air besar ini.

Bagaimana seseorang individu itu berak bukanlah satu topik yang sering diperbincangkan dalam majoriti populasi global. Buat sesetengah masyarakat, perkara ini tabu dan mereka yang cuba untuk memulakan perbincangan tersebut boleh mendapat pelbagai reaksi negatif. Namun, percaya atau tidak, ada kajian yang menunjukkan posisi ketika proses penyahtinjaan mempengaruhi tahap kesihatan individu. Ingin tahu dengan lebih lanjut? Ikuti artikel ini.

Pembentukan konsep jamban duduk

Pada zaman dahulu kala, manusia berak dalam posisi mencangkung. Ini berikutan tempat yang menjadi sasaran pendepositan bahan kumuh tersebut kebiasaannya tidak membenarkan seseorang individu itu untuk duduk. Pada tahun 1596, Sir John Harington telah memperkenalkan alat bagi memudahkan proses defekasi dengan mekanisme pembersihan yang tampak canggih. Ini memberikan impak terhadap lokasi pembuangan najis manusia dalam usaha bagi meningkatkan tahap ketamadunan sejagat.

Penggunaannya melibatkan 7.5 gelen air memandangkan ketiadaan sistem perpaipan dalam rumah pada ketika itu. Walau bagaimanapun, konsep tersebut cuma direalisasikan pada tahun 1775 oleh Alexander Cumming. Jamban duduk pula mula digunakan oleh orang awam pada abad ke-19. Ini bermakna, dalam ruang masa di antara abad ke-17 dan ke-19, jamban duduk sama ada belum dicipta atau ia cuma tersedia untuk golongan kenamaan sahaja. Bermula daripada saat itu, sistem ini telah ditambah baik sehingga terbentuknya jamban versi moden yang kerap digunakan pada hari ini.

Postur dan proses keluar najis

Perbezaan postur ketika berak merupakan satu perbincangan yang mempunyai kepelbagaian pendapat di antara ahli-ahli akademik. Menurut mereka, postur individu mempengaruhi tahap pemintalan (kink) pada usus besar. Ketika rektum dipenuhi dengan najis, ia akan mengalami kontraksi seterusnya menyebabkan otot licin (smooth muscle) pada saluran dubur untuk mengendur. Secara teorinya, konsep ini akan memudahkan pergerakan keluar najis namun proses ini dihalang oleh tindakan otot puborektalis yang menggelungi struktur rektum tersebut. Ia akan menarik rektum ke hadapan bagi membentuk satu sudut ketat yang dikenali sebagai sudut anorektal.

Kepentingan sudut ini adalah bagi menghalang pergerakan keluar najis secara rawak sehingga kita sudah betul-betul bersedia. Ia memberikan fungsi kawalan pengeluaran kepada individu terbabit pada waktu yang sesuai. Bayangkan jika anda berak ketika sedang bermesyuarat, ketika membeli makanan atau ketika sedang berdating. Tak kena pada masanya, betul tak?

Ketika kita sedang mencangkung atau duduk untuk berak, otot puborektalis ini akan mengendur seterusnya meluaskan sudut anorektal. Ini akan membenarkan pergerakan keluar najis melalui bukaan tersebut. Namun, berbanding dengan duduk, posisi mencangkung akan meningkatkan tahap keluasan sudut tersebut seterusnya memudahkan pergerakan keluar najis. Produk yang dikeluarkan oleh sesetengah syarikat yang berupa bangku kecil berupaya untuk membuatkan sudut anorektal ketika duduk diperluaskan sepertimana mereka yang mencangkung.

Berak duduk punca masalah buasir?

Anda mesti pernah terdengar perihal mereka yang berak duduk berisiko untuk mengalami masalah buasir, kan? Ia merupakan satu kenyataan yang seringkali menjadi alat bagi mengukuhkan pendapat mengapa kita perlu berak mencangkung. Ada benarnya jika dilihat pada konsep anatomi. Namun menurut pakar bedah Rebekah Kim, buat kebanyakan individu, mereka yang berak duduk tidak mengalami masalah tersebut.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2010 oleh Ryuji Sakakibara telah mendapati bahawa mereka yang duduk ketika berak memerlukan tekanan abdomen yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mencangkung. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Dov Sikirov yang menunjukkan mereka yang mencangkung hanya memerlukan 51 saat untuk berak manakala mereka yang duduk memerlukan di antara 114 hingga 130 saat. Dua faktor tersebut boleh meningkatkan risiko buat mereka yang berak duduk kepada masalah buasir.

Namun, tidak dinafikan bahawa kaitan di antara keduanya masih tidak jelas. Masalah buasir boleh disebabkan oleh pelbagai jenis faktor. Tidak semestinya masalah buasir seseorang individu adalah disebabkan oleh tabiat berak duduk mereka. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengenal pasti hubungan di antara postur dan masalah buasir.

Jika anda hendak mengekalkan tahap kesihatan anda pada tahap yang optimum, anda perlu mengambil berat berkenaan dengan posisi anda berak. Kebanyakan tandas awam sekarang tidak mempunyai jamban mencangkung. Jika anda berada pada situasi tersebut, gunakan sahaja jamban duduk, jangan tahan! Namun, jika anda ingin membeli rumah, ambil tahu berkenaan dengan jenis jamban yang disediakan bersama rumah tersebut. Tukar kepada jamban cangkung kerana ia boleh memberikan kepuasan defekasi yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 25 Dec 2018

Alamak! Bahana Guna Perkakas Dapur Berkarat

Periksa Perkakas Sebelum Masak, Sudip Berkarat Boleh Memudaratkan Kesihatan

LIFESTYLE Sun, 3 Mar 2019

Maksud Setiap Warna Pada Emoji Berbentuk Hati

Sebenarnya setiap emoji tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.

LIFESTYLE Sun, 4 Nov 2018

6 Cara Semulajadi Putihkan Gigi Yang Kuning

Perbelanjaan untuk rawatan atau produk memutihkan gigi boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

LIFESTYLE Thu, 8 Feb 2018

如何熬夜不伤身?养成「6生活习惯」成为聪明夜猫族!

晚睡=伤身?早睡早起身体好!但每个人生理时钟其实大不相同,有些人可能因为工作或生理因素等问题,必须日夜颠倒,该如何当一个生活有品质的健康夜猫族呢?

Fab Foodies! Sat, 11 May 2019

轻熟男注意「这五类饮食」让你更快变秃子

掉发危机是现代人面临的问题之一,随着年纪增长,很多男性因为遗传因素,发线愈来愈高,加上生活压力加速劣化,最终「失守」变成秃头……

LIFESTYLE Fri, 16 Aug 2019

Netizen Teruja Tunku Azizah Kongsi Menu Masakan Buat Pekerja Istana

Tuanku memaklumkan menu masakannya akan dibawa ke Pantai Balok untuk dinikmati oleh pekerja Istana dan juga pengawal keselamatan di sana

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018
LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

【2019十二生肖运程】幸运生肖前3名,好运到谁家?

2019年为己亥猪年,什么生肖运程最好?

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

LIFESTYLE Sun, 15 Jul 2018

Punca Wanita Jadi Curang

Terdapat kajian yang menyatakan wanita Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai wanita yang paling curang di dunia. Bahayanya!

| Live TV