TECH By: SGMS Enal December 10, 2019 @ 1:55pm

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.

“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.

Musim monsun yang sedang melanda negara kini menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon bimbit semasa ribut petir yang dikatakan boleh membawa maut.

Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.

Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.

BAGAIMANA KILAT TERJADI

Jailan berkata kilat merupakan fenomena semulajadi berlaku terutama di kawasan tropika seperti Malaysia namun ia lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu April-Mei dan Oktober-November.

Fenomena alam tersebut terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan ketika ini, jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan serta suhunya mampu mencapai suhu 30,000 darjah Celsius, cukup panas untuk mencairkan pasir silika, katanya.

“Kilat turut memanaskan udara sekitarnya yang mencecah kira-kira suhu 10,000 darjah Celsius secara serta-merta, iaitu hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang mengeluarkan bunyi, dikenali sebagai guruh.

“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

“Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.

MITOS KILAT TIDAK SAMBAR DI TEMPAT YANG SAMA

Umum mempercayai bahawa kilat tidak akan menyambar tempat yang sama lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Jailan berkata hakikatnya kilat boleh menyambar di mana-mana lokasi lebih daripada sekali.

Keadaan ini boleh berlaku secara kebetulan memandangkan terdapat berjuta ribut petir berlaku setiap tahun, tambahnya.

“Selain itu, antara ciri-ciri suatu kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku,” katanya.

Jailan menjelaskan mangsa yang disambar kilat boleh mengakibatkan kecederaan parah sehingga membawa maut serta mengalami kelecuran tahap ketiga yang melampaui lapisan bawah kulit termasuk lemak, otot, tulang dan saraf.

“Kilat yang menyambar seseorang mampu menjana voltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa merujuk ramalan dan amaran cuaca sebelum menjalankan aktiviti luar terutamanya sewaktu tempoh peralihan monsun dengan ribut petir sering berlaku pada waktu petang dan senja,” katanya.

MANFAAT KILAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Meskipun berbahaya kepada manusia, Jailan berkata, kilat bermanfaat kepada persekitaran dan fenomena semulajadi ini penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik kerana bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlaku ribut petir.

Permukaan bumi dan atmosfera boleh mengalirkan elektrik dengan baik melalui nyahcas negatif di permukaan bumi dengan cas positif di atmosfera. Justeru, elektron dari permukaan bumi sentiasa mengalir ke atmosfera, katanya.

“Sekiranya kilat dari ribut petir tidak berlaku, ketidakseimbangan cas elektrik antara bumi dengan atmosfera bumi boleh terjadi.

“Selain itu, kilat juga menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu pembentukan lapisan ozon. Seperti mana diketahui, lapisan ozon sangat penting untuk melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang kuat akibat dari sinaran matahari,” katanya.

Selain risiko terhadap manusia, panahan kilat turut mampu mencetuskan kebakaran hutan secara semulajadi pada skala yang besar terutamanya semasa musim kering, ujarnya lagi.

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 1 Dec 2017

Baik Pulih Percuma Kepada Pelanggan Samsung Buat Mangsa Banjir

Umum sudah mengetahui mengenai perihal banjir yang melanda utara tanah air sejak dari minggu lepas yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga mengorbankan nyawa. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, Samsung Malaysia tampil dengan […]

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

TECH Wed, 13 Nov 2019

Sejauh Mana Port Pengecas USB Di Tempat Awam Selamat Untuk Digunakan?

Bayangkan telefon pintar atau tablet anda kekurangan bateri ketika berada di luar, tiada powerbank, dan akan bertambah lagi parah apabila anda tertinggal kabel pengecas di rumah. Pastinya anda akan mencari jalan alternatif dengan menggunakan pengecas peranti yang […]

TECH Thu, 10 Oct 2019

Instagram Perkenalkan Ciri ‘Restrict’ Pada Komen

Ciri bagi menyembunyikan komen negatif dari dipaparkan

TECH Wed, 5 Dec 2018

Travel with a Virtual Doctor Wherever You Go with AirAsia Travel Protection

Now you don’t have to worry about getting medical help on the go.

TECH Thu, 1 Mar 2018

简单优雅的桌子一秒变身成置物架

据统计,一张家用的普通桌子每天只用3个小时左右。那么在剩余的21小时里,它除了占用空间,还能怎么用呢?一张来自德国简单又优雅的桌子,为空间利用提供了新思路。

LIFESTYLE Sat, 21 Dec 2019
TECH Sun, 15 Jul 2018

Jemaah Haji Tahun 2029 Mungkin Dilengkapi Dengan Peralatan Canggih

Kepesatan teknologi di era moden ini sememangya banyak membantu kita dalam mengharungi aktiviti seharian. Perkara-perkara yang sebelum ini dianggap sukar kini lebih mudah dengan kehadiran ciptaan serba canggih. Tidak mahu ketinggalan dalam arus teknologi tersebut, […]

TECH Mon, 23 Jul 2018

Promosi Streamxy Terbaru Dengan Kelajuan 4Mbps Dan 8 Mbps Mula Kelihatan

Bermula dari pertengahan Julai yang lalu, TM telah mengumumkan sejumlah penawaran serta naik taraf kepada pelanggan baru dan juga lama. Beberapa hari lepas pula, kelihatan satu penawaran baru untuk perkhidmatan Streamyx dimana promosi jalur lebar […]

TECH Thu, 10 May 2018

ZTE Telah Dibenarkan Kembali Untuk Berurusan Dengan Amerika Syarikat

erkembangan tersebut walau bagaimanapun akan dikenakan dengan beberapa syarat. ZTE akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM 5.2 bilion serta perubahan dari segi pengurusan tertinggi syarikat.

| Live TV