LIFESTYLE By: SGMS Enal December 6, 2019 @ 11:12am

Jantung Terhenti Boleh Terjadi Bila-Bila Masa Walaupun Sedang Bersukan

Kejadian pemain bola sepak profesional liga Inggeris Fabrice Muamba, 23, yang tiba-tiba rebah di tengah padang semasa perlawanan yang disiarkan secara langsung di televisyen pada Mac 2012, benar-benar mengejutkan.

Jantung pemain muda yang sihat itu terhenti berdegup selama 78 minit sebelum ia berfungsi semula.

Mujurlah tindakan pantas pasukan perubatan dan pakar kardiologi yang berada di lokasi dapat “menghidupkan ” Muamba kembali.

Selepas insiden itu, meskipun kesihatannya telah pulih dan beliau dapat menjalani hidup secara normal, Muamba terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak profesional.

Kini, Muamba menjadi jurulatih kelab bola sepak belia, berumah tangga dan mempunyai dua anak lelaki. Beliau juga menyertai program tarian di televisyen British.

KEMATIAN MENGEJUT DI PADANG

Hakikatnya, insiden yang menimpa Muamba adalah kejadian jantung terhenti (cardiac arrest) iaitu keadaan apabila terhentinya fungsi jantung tanpa denyutan dan tekanan darah berlaku.

Ia ekoran detak ritma kardium (jantung) yang abnormal dan keadaan sedemikian boleh menjurus kepada kematian.

Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Sunway, Datuk Dr Yap Yee Guan berkata orang ramai sering menyamakan kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba sebagai serangan jantung, namun sebenarnya kedua-duanya adalah berbeza.

Beliau menjelaskan, serangan jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung secara tiba-tiba berkurangan disebabkan oleh arteri koronari yang dihentikan daripada plak pecah.

Sementara itu, kejadian jantung berhenti secara tiba-tiba disebabkan berlakunya pergerakan pantas ritma elektrik yang tidak menentu (ketidaktekalan) jantung.

“Kejadian jantung berhenti secara mendadak boleh menyerang sesiapa sahaja sama ada atlet ataupun bukan atlet. Jika atlet muda, ia lazimnya disebabkan oleh faktor genetik.

“Kebanyakan kes kematian secara tiba-tiba akibat jantung dalam kalangan atlet muda disebabkan oleh aritmia ventrikular (jantung berdegup secara tidak normal) biasanya dikekalkan dari takikardia ventrikel (jantung berdegup dengan cepat) atau fibrilasi ventrikel (rentak jantung yang tidak normal, cepat dan tidak sekata),” jelasnya.

Menurut hasil penyelidikan di Amerika Syarikat, 80 peratus kes kematian mengejut yang melibatkan atlet berumur 35 tahun dan ke atas, adalah disebabkan oleh penyakit arteri koronari, manakala atlet muda yang meninggal akibat jantung berhenti secara tiba-tiba dikesan mewarisi penyakit jantung .

PENEBALAN DINDING JANTUNG

Kardiomiopati hipertrofi – penebalan dinding jantung yang menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.

Dr Yap berkata kebanyakan atlet muda yang meninggal dunia akibat jantung berhenti berdegup secara tiba-tiba mempunyai genetik kardiomiopati hipertrofi (HCM), iaitu penyakit dinding berotot pada jantung atau miokardium menjadi tebal. Penebalan dinding jantung akan menyebabkan gangguan keupayaan pengisian semula dan pengepaman jantung.

“Otot jantung yang menebal akan membuatkan jantung sukar mengepam darah. Justeru jantung akan bekerja lebih kuat. Individu yang mempunyai masalah jantung seperti ini dilarang bersukan. Sekiranya tidak, mereka mungkin akan mati secara spontan akibat jantung berhenti secara tiba-tiba, ” katanya.ung

Individu yang menghidap HCM dan melakukan aktiviti sukan boleh menyebabkan tubuh mereka menjadi nyahidrat, kehilangan banyak garam dan mengalami ketakimbangan elektrolit.

Mereka juga mempunyai tahap adrenalin yang lebih tinggi ekoran daripada tindak balas badan untuk bersenam, serta ketidakseimbangan asid atau asidotik (peningkatan keasidan dalam darah dan tisu badan yang lain).

“Jantung boleh menjadi asidotik (keadaan asid darah yang kurang dari pH 7.35) iaitu seperti ketika mengalami kekejangan di kaki selepas bersenam dan jantung tidak boleh berhenti dalam keadaan normal. Bagi individu yang mengalami keadaan jantung tidak normal, kematian boleh berlaku sekiranya terdapat ketidakseimbangan berasaskan asid walaupun hanya sedikit, ” katanya.

Pakar Perunding Pusat Perubatan Sunway, Dr Ooh Ping Yee berkongsi beberapa langkah bagaimana untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit yang diserang jatung terhenti secara tiba-tiba.

Beliau berkata usaha menyelamat termasuk: 1) segera bantu mengaktifkan sistem kecemasan perubatan 2) memberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh responder pertama dalam masa kurang daripada dua minit, 3) defibrilasi awal (dalam dua hingga empat minit) defibrillator luaran (AED), 4) bantuan awal sokongan hidup lanjutan (kurang daripada lapan minit) dan 5) sokongan hayat lanjutan.

“Empat langkah pertama mesti dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan mangsa.

“CPR dan penggunaan AED harus diteruskan sehingga pesakit sedar atau dapat menerima rawatan daripada pakar perubatan, ” katanya.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 18 May 2019

Cara Hilangkan Bau Petai Dengan Cepat

Nak hilangkan cara bau petai dengan cepat ikuti tips ini

LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

LIFESTYLE Thu, 3 May 2018

SM Entertainment to Open First Ever KPOP Museum

There will be 9 different exhibits!

Fab Foodies! Tue, 31 Dec 2019

This Jay Chou Endorsed Boba Shop Has Stepped Into Malaysia And It’s Concerning!

It’s not even hard to find! It’s literally in the heart of Kuala Lumpur!

Events Thu, 14 Mar 2019

Tosca at Double Tree by Hilton Melaka Brings You a Reversal 5-Course Meal

Enjoy a delicacy of Italian dishes served backwards!

Fab Foodies! Wed, 15 Aug 2018

「保持头脑清醒」利用黄豆预防癌症!

黄豆富含丰富的营养素,例如维生素、矿物质、纤维质和抗氧化剂等等,其功效有助于降低抑郁症罹患风险、提高智力及预防癌症等等。

Fab Foodies! Thu, 11 Oct 2018

Makan Papadom, Sekeping Bersamaan 857mg Garam

Bahaya Makan Papadom, Sekeping Bersamaan 857mg Garam

Fab Foodies! Tue, 2 Oct 2018

Berbau Tapi Bagus Untuk Kesihatan, Jom Makan Petai?

Petai yang berbau tetapi diamalkan sebagai ulam kerana banyak khasiat. Antara yang dikongsikan untuk anda

Events Tue, 26 Jun 2018

Istiadat Angkat Sumpah Barisan Kabinet 2 Julai

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

Fab Foodies! Sun, 19 May 2019

Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Himpun 300 Gerai, Meriah Beb!

Jom ajak keluarga & kawan-kawan ke Grand Bazar Ramadan Raya 2019, macam-macam ada tau!

| Live TV