Trending By: SGMS Enal January 1, 2020 @ 2:22pm

Sekarang Thailand Pula Larang Penggunaan Beg Plastik Mulai 1 Jan 2020

Dalam usaha mengurangkan sisa plastik di Thailand, mulai 1Jan, pusat beli-belah, pasar raya dan kedai serbaneka utama di negara itu akan berhenti memberikan beg plastik sekali guna seperti yang diumumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Varawut Silpa-archa pada September lepas.

Sejumlah 43 syarikat termasuk CP ALL Pcl, yang mengendali lebih 10,000 kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand dan peruncit terbesar di negara itu, Central Group, memainkan peranan mereka untuk menghentikan penggunaan beg plastik.

7-Eleven hanya menyediakan beg plastik kepada pelanggan atas permintaan manakala 137 kedai lain berhenti berbuat demikian bulan lepas sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan sebelum larangan itu berkuat kuasa pada 1 Jan.

Langkah ini berjaya mengurangkan kira-kira 991.85 juta beg plastik tahun ini dan menjimatkan kira-kira 198.3 juta baht (US$6.67 juta) setakat 29 Dis.

Selain itu, kerajaan Thailand telah mengharamkan tiga jenis plastik iaitu mikrobead, penutup botol dan okso boleh urai menjelang akhir tahun ini.

Di bawah Peta Hala Tuju Pengurusan Sisa Plastik 2018-2030, Thailand mengharamkan beg plastik ringan berketebalan kurang 36 mikron, pembungkusan makanan Stirofoam, cawan plastik sekali guna dan straw penyedut minuman menjelang 2022.

Thailand menetapkan untuk mencapai 100 peratus kitar semula sisa plastik menjelang 2027.

Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand (PCD) berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pemain industri plastik untuk mencari bahan alternatif bagi menggantikan plastik.

 ”Kami juga melihat kemungkinan menukarkan sisa plastik kepada tenaga,” menurut PCD.

Pelajar kolej, Nattapol Pimpat, 25, berkata semua pengguna perlu meninggalkan ketagihan terhadap penggunaan plastik.

”Beg plastik adalah paling mudah dan senang namun ia akan membunuh hidupan marin serta mengganggu kitaran makanan manusia.

“Ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau korporat tetapi juga masyarakat sivil dan rakyat perlu memainkan peranan mereka secara sukarela,” katanya kepada sumber.

Penjual makanan haiwan, Benchawan Kamta, 38, menyambut baik langkah mengharamkan penggunaan beg plastik sekali guna dan mencadangkan agar kerajaan mengenakan cukai beg plastik yang menyaksikan pengguna akan dikenakan bayaran bagi setiap beg plastik yang mereka ingin gunakan.

Beliau berkata kerajaan perlu membina lebih banyak bank sisa di kejiranan di mana penduduk setempat boleh ‘mendeposit’ sisa itu dan menukarkannya dengan wang.

”Ini akan mengurangkan tekanan di tapak pelupusan,” katanya.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 12 Mar 2018

Gaya Hijab Seakan Nampak Rambut Joyrevfa Curi Perhatian

Bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun, Joy Revfa menjadi perhatian netizen apabila penampilannya yang dikatakan agak pelik ketika menghadiri majlis Mood Republik Award & Gala Night 2018. Joy telah memuat naik beberapa keping gambar ketika majlis tersebut dengan penggayaan tudung yang dikatakan tidak sesuai dengan penampilannya. Ramai netizen mempersoalkan aksesori skarfnya dan merasakan bahawa ia boleh menimbulkan fitnah kerana ia seakan-akan balutan rambut yang real.

Trending Sun, 25 Aug 2019

Duit USD101,500 Disamun Sewaktu Pertukaran Wang

Bukan setakat cedera kerana bertumbuk, duit pula disamun sewaktu kejadian

Trending Sat, 2 Feb 2019

Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Trending Tue, 12 Jun 2018

Wow! Gambar Trump – Jong Un Bersalam Jadi Perhatian

presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berjabat tangan dan tersenyum ketika memulakan pertemuan bersejarah, sebentar tadi.

Trending Tue, 13 Aug 2019
Trending Fri, 30 Mar 2018

Intai Anak Dara Orang, Kan Dah Kantoi…

Siasatan mendapati, kejadian disedari mangsa yang juga seorang penolong akauntan berusia 28 tahun semasa sedang mandi kira-kira pukul 6.30 pagi semalam dan dia telah memaklumkan perkara itu kepada abangnya.

Trending Sat, 16 Jun 2018

Tun Mahatir Got a Massive Shock After Stepping into Putrajaya

There were shredded documents and locked out computers all over!

Trending Tue, 3 Dec 2019

Kapal Kargo Yang Membawa 879 Tan Barang ”Sale” 11.11 Dipercayai Karam?

Kalau betul kesian pada pembeli-pembeli yang setia menunggu barang sale sampai!

Trending Wed, 17 Jul 2019

Pilih Kawan Kena Berhati-Hati Guys! Jangan Pilih Yang Psiko

Pilih kawan jangan pilih luaran semata-mata okay! Takut psiko!

| Live TV