Hiburan By: Del14 December 21, 2019 @ 11:31am

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Pelakon, pengacara dan model Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Binti Mohd Amin mendakwa dirinya kurang sihat kerana kerap muntah-muntah sehingga diri terasa lembik dan menyangkakan dia mengalami keracunan makanan. 

Alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui simptom-simptom yang dialami sebenarnya kerana dia kini berbadan dua!

Ardell berkongsi berita gembira itu melalui kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya @ardellaryana. 

“Mula-mula (ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan, sebab keadaannya sama) cuma muntah  kuning sampai lembik, muntah -muntah-muntah adalah lebih 20 kali sehari.

“Rupanya rezeki Allah nak bagi.  Tak perasan pun kehadirannya (Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni) InshaAllah,” tulis Ardell sebagai kapsyen. 

 
 
 
View this post on Instagram

Mula-mula??( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari ? rupanya rezeki Allah nak bagi ? tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ??) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu . SLIDE LEFT ???? Rumah vs klinik . Alhamdulillah Double Line ???? mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line ? tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih ??. Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant ??.. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor ??‍⚕️kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ?( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada ?. Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan???. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak?? ? ? nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga ? , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah ❤️ #Adhwardell junior #coyg

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Suami kepada Ardell, pelakon Nadzmi Adhwa juga berkongsi berita gembira menerusi sebuah entri di akaun Instagram peribadinya @nadzmiadhwa.

“Syukur pada Allah. Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak masa ni.

“Tiba-tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat.

“Patut lah awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak tak nak makan. 

“Dari bulan lepas teman awak tidur dalam tandas sebab muntah teruk. Ingatkan penyakit lama awak datang balik sebab awak tak nak makan and asyik muntah.

“Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di  Syria. Terima kasih Allah! Alhamdullillah,” tulis Nadzmi. 

 
 
 
View this post on Instagram

Syukur pada Allah ❤️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior ?? dalam perut awak masa ni ??Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ??❤️ Syukur Ya Allah ?? #Adhwardell Junior 2020 ? New Journey for me ??

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

Pelakon Busut Bonang ini berjanji akan sentiasa bersama dengan isteri tersayang dan turut mendoakan supaya isterinya diberkati dan dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. 

“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. 

“Saya akan sentiasa ada disebelah awak. 

“Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya?” tulis Nadzmi lagi. 

Rata-rata pengikut mereka turut gembira dengan berita itu dan mendoakan agar semuanya selamat dan dipermudahkan sehingga kelahiran ardwadell junior itu nanti. 

Untuk rekod, pasangan yang merupakan kawan karib ini bernikah pada 1 September lalu di kediaman keluarga Ardell di Seri Kembangan, Selangor. 

Kredit Foto: Instagram @ardellaryana & @nadzmiadhwa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Hiburan Mon, 5 Feb 2018

《娱协30》首轮入围有惊喜!黄明志有望夺「传媒推荐大奖」

《娱协30》首轮入围名单出炉,张栋梁、张智成、陈慧恬、东于哲和郭修彧共有3首歌曲入围;今年新增设的奖项包括最佳数位单曲奖和最佳经典流行歌曲奖,相隔30年再发片的郭晶丽以《珍惜拥有时》和《我想你了你知道吗》占了最佳经典流行歌曲两个入围席位,而最佳数位单曲奖更是全女班蔡恩雨、宇田、郭修彧、陈慧恬和李佩玲之争,可说是女势力堀起。

Hiburan Sun, 14 Apr 2019

Bapa Aman Nassim Meninggal Dunia

Al-Fatihah buat Allahyarham Nassim Haroon…

Hiburan Sat, 12 Jan 2019
Hiburan Sun, 15 Jul 2018

Mikayla Delisha Hakim Nama Puteri Norman & Memey

Memey Suhaiza telah selamat melahirkan anak ketiga mereka secara normal dengan berat 3.35 kilogram

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Selebriti Terkenal Indonesia Puji Doktor Malaysia

Seram juga baca pengalaman bapa Jessica dekat hospital sana…

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Selepas Elly Suriaty, Sahara Yaacob Pula Tunjuk Sokongan Terhadap Najib

Apabila seorang individu beragama Islam banyak berjasa kepada negara, kita abaikan…ia adalah sebuah kesalahan, sama sekali perbuatan yang salah!

Events Thu, 15 Nov 2018

Betul Ke Watak Penunggang Agama Beri Impak Negatif Kepada Masyarakat?

Dont judge a book by it’s cover ye netizen-netizen di luar sana. Periksa sebelum sebarkan sesuatu berita okay!

| Live TV