Trending By: SGMS Enal December 14, 2019 @ 2:41am

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Sebuah kereta Perodua Myvi melanggar beberapa kenderaan ketika memecut berhampiran Jalan Alor, Bukit Bintang selepas didakwa menyamun warga emas petang tadi.

Kejadian tersebut menyebabkan beberapa pembonceng motosikal bertindak mengejar pemandu kereta terbabit sebelum ditahan dan diserang orang awam. Beberapa rakaman video kejadian itu dikongsi seorang pengguna Twitter, Afnan Syahir sehingga diulang kicau lebih 7,700 kali dan mendapat hampir 3,500 tanda suka

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, kejadian yang melibatkan petugas Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) itu berlaku pada jam 4.50 petang.

“Menurut saksi, seorang penghantar makanan Grab yang turut merakam kejadian, suspek yang berusia 25 tahun telah menolak keluar mangsa, seorang orang kelainan upaya (OKU), daripada kereta, melalui pintu depan kiri.

“Selepas itu, saksi bertindak mengejar suspek dan mengarahkan untuk memberhentikan kenderaan. Namun, tidak diendahkan suspek.

“Ketika melarikan diri, suspek telah melanggar empat buah kenderaan sepanjang Jalan Pudu. Dia telah diberkas oleh orang awam di Jalan Brunei Utara pada 5.20 petang,” kata Zulkefly dalam satu kenyataan malam tadi.

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota polis MPV 124 telah membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kes masih dalam siasatan tentang kejadian sebenar OKU itu ditolak daripada keretanya.

“Kesemua pemandu kenderaan yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan namun suspek mengalami kecederaan di kepala,” jelasnya

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jun 2019

你没散光!这棵怪树真的长这样

你没散光!这棵怪树「旭日紫荆」真的就长这样……

Trending Mon, 9 Dec 2019
Trending Tue, 22 Oct 2019
Trending Tue, 7 Jan 2020
Trending Tue, 16 Jun 2020
Trending Sun, 30 Dec 2018

Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Selepas Indonesia, Giliran Selatan Filipina Digegar Gempa Bumi Kuat, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Trending Tue, 7 Jan 2020

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?

男人经常不穿内裤对身体到底有没有影响?很多人都不清楚……

Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Trending Tue, 22 May 2018

Daging Dah Mula Mahal Di Kedah?

Antara harga tertinggi ialah di Sungai Tiang dan Paya Mat Inson di Pendang iaitu RM35 hingga RM36 sekilogram, berbanding harga biasa RM32 sekilogram.

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

| Live TV