Hiburan By: SGMS Faida December 12, 2019 @ 4:08pm

Eizlan Yusof, Natasha Rosa Sah Bergelar Suami Isteri

Setelah seminggu ‘wajah kesayangan’ Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof dirahsiakan daripada peminat dan media, akhirnya wajah misteri gadis jelita berusia 29 tahun yang berjaya membuka pintu hati beliau menjadi tatapan umum, sebentar tadi.

Pelakon kacak itu sah bergelar suami kepada Natasha Rosa Boudville dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Bora Ombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi.

Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Natasha menerima mas kahwin RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran berjumlah RM12,121.90.

Gadis berketurunan Serani yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu itu, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pihak lelaki.

Sebelum upacara akad nikah, Eizlan diarak menyeberangi tasik Marina Putrajaya menaiki bot APM diiringi beberapa pegawai tertinggi dan bersekutu APM.

Selain itu, majlis turut diserikan dengan upacara berbalas pantun dari kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada kemeriahan adat tradisi Melayu dalam perkahwinan.

“Sejujurnya banyak elemen kejutan yang dirahsiakan dari saya sendiri tetapi disediakan rakan-rakan strategik dalam menjayakan majlis pada hari ini.

“Saya sangat terharu dengan sokongan mereka yang sudi menjadikan majlis pada hari ini sangat meriah,” kata Eizlan.

Terutamanya kepada CDERT Ohhsem Network, Global Ikhwan Sdn Bhd Holding (GISB), BoraOmbak Putrajaya, CST Production, MAROZ Tailoring Sdn Bhd dan Melur Putih.

Tidak lupa juga kepada Koperasi Al Najah, Glambooth.my, Missora Voi Bridal, Lajen, ZaMoA, HennaByDyana, Bollywood Rental by NF, Qiszar dan banyak lagi.

“Masing-masing memainkan peranan mereka bagi memastikan setiap majlis pada hari ini sehingga Sabtu ini, berjalan lancar,” katanya terharu.

Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan pada esok, 13 Disember 2019 di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya bermula jam 8.30 malam.

Pada malam resepsi, Eizlan dan Natasha bakal diberi penghormatan istiadat penuh APM antaranya perarakan ‘sword bearer’ (Silang Pedang) oleh barisan pegawai bersekutu APM, pancaragam ‘bagpipe’ dan persembahan pancaragam APM.

Antara tetamu yang dijangka hadir ialah Kerabat Diraja, selain barisan pegawai tertinggi dari APM, Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Paskal, Polis Diraja Malaysia, RELA Malaysia, pemimpin negara dan tokoh industri.

Majlis perkahwinan Eizlan dan Natasha juga dianggap sebagai ‘Wedding of the Year 2019’ kerana berlangsung sejak semalam selama empat hari berturut-turut yang menelan kos lebih RM 1 juta, bermula dengan Malam Berinai bertemakan Bollywood di Vila GISB, Presint 16, Putrajaya, semalam.

Majlis terakhir pasangan ini akan berlangsung pada hari ke-empat yakni pada Sabtu, 14 Disember 2018 jam 8.30 malam di Boraombak, Marina Putrajaya, bagi meraikan rakan-rakan penaja strategik, APM dan rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan padu selama majlis berlangsung.- Kenyataan media. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Jan 2020
Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Wafiy Janggal Berlakon Dengan Adik Sendiri?

Bila adik beradik kongsi set penggambaran sama, mesti lagi seronoklah kan?

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai seorang yang talented dan versatile ini bisa dilabel sebagai seorang yang “Beauty with Brain” kerana sifatnya yang sederhana tetapi punyai skill yang luar biasa dalam mengendalikan instrument muzik.

Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Isteri Sudah Tawar Hati, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad…

Semoga dapat diselesaikan secara baik…

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Ziana Zain Mengaku Tak Pernah Dikasari Fizikal Tapi…

Sebagai isteri, kalau boleh saya mahu selamatkan rumah tangga tetapi kalau Tuhan berkata Kun Faya Kun terhadap sesuatu perkara, maka jadilah ia… Tabah ya Kak Ziana, Insha Allah ada pengakhiran terbaik!

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Fattah Amin and Fazura Receive Backlash from Fans For No-Show at AME 2019

The couple couldn’t make it for the event and fans are outraged by their absence.

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

’Kami Tak Mampu Hentikan Perang Tapi…’- Ella Dilantik Duta Misi Kemanusiaan Ke Lubnan

Bakal terbang ke Lubnan pada 26-30 April ini, Ella atau nama sebenarnya Nur Zila Haji Aminuddin terpanggil menyertai misi bersama Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) untuk berkongsi kebahagiaan bersama rakyat Palestin.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Faye Kusairi Balas Sindiran Elly, You’ve Crossed The Line!

Mohon sedar diri tu dah meningkat umurnya, punya anak dah pun. Matangkanlah diri tu. Bahasa melambang bangsa. Awak tu orang kenal, sedarlah sikit.

| Live TV