TECH By: SGMS Enal November 18, 2019 @ 10:52am

Cara Hantar Mesej Telegram Mengikut Jadual

Rata-rata ramai pengguna media sosial sudah maklum akan aplikasi Telegram jauh lebih baik berbanding aplikasi WhatsApp. Banyak ciri-ciri yang ada disediakan di Telegram tapi tidak ada pada WhatsApp. Baru-baru ini Telegram mewujudkan dua ciri yang baru iaitu Schedule Messages dan Saved Messages.

  • Schedule Messages

Melalui ciri Schedule Messages, pengguna dapat menjadualkan mesej yang hendak dihantar kepada penerima mesej pada tarikh dan waktu yang berlainan. Kelebihan ciri ini adalah pengguna dapat set peringatan seperti mesyuarat bulanan, penghantaran kertas cadangan dan sebagainya.

Langkah-langkah untuk membuat Schedule Messages di Telegram adalah seperti berikut :

 

Pertama sekali pengguna mestilah menaip apa yang hendak disampaikan kepada penerima dan tekan lama butang hantar yang bewarna biru sehingga butang pilihan antara send without sound dan schedule message keluar.

Kemudian, pengguna perlu tekan pada butang schedule message.

Pengguna bebas untuk memilih tarikh dan masa yang hendak ditetapkan dan akhir sekali tekan pada butang send.

 

  • Saved Messages

Saved Messages lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Pengguna boleh set perkara-perkara yang penting untuk diri sendiri pada tarikh dan waktu yang dikehendaki. Langkah-langkah untuk membuat Saved Messages di Telegram adalah seperti berikut :

Pertama sekali, pengguna pergi ke setting dan tekan kepada saved messages.

Kemudian, pengguna perlu menaip perkara yang hendak diingati buat diri sendiri dan tekan kepada butang send yang bewarna biru dalam tempoh 3 saat sehingga butang set a reminder keluar.

Selepas itu, pengguna perlulah tekan pada butang set a reminder sehingga keluar pilihan tarikh dan masa.

Di sini pengguna bebas untuk memilih tarikh dan masa yang dikehendaki sebagai peringatan.

Akhir sekali, peringatan akan keluar pada notifikasi telefon pintar pengguna dengan tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 29 Mar 2018

2 Cara Mudah Mengetahui Lokasi Seseorang Dari WhatsApp

Cara mudah untuk anda mengetahui lokasi seseorang melalui WhatsApp cara panjang atau cara pendek..

TECH Thu, 4 Jul 2019

CyberSecurity Malaysia Harumkan Nama Negara

Menjadi Juara Dalam Pertandingan Siber Antarabangsa

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cemas Kalau iPhone Hilang, Ini Cara Yang Boleh Bantu Anda

Ada applikasi rupanya buat anda pengguna Iphone. Ingat untuk aktifkan ya!

TECH Wed, 12 Sep 2018

史上最酷的球鞋诞生!让你走路自带动画的Shiftwear

热衷于收集球鞋的人绝对不能错过这双!来自纽约的创业团队—ShiftWear 开发出一款号称史上最酷的球鞋,鞋面两方搭载「电子墨面板」,透过操作专属APP,不仅能轻松更换鞋身的图案设计,还能放上一段动画。

TECH Thu, 5 Jul 2018

NVIDIA GTX 1160 Keluar Hujung Tahun Ini?

NVIDIA memperkenalkan kad grafik dengan senibina Pascal lebih dari 2 tahun lalu. Dalam tempoh tersebut, kedudukan NVIDIA sebagai pengeluar kad grafik dengan pelbagai kelas sukar dicabar lebih-lebih lagi pencabar terdekat mereka, AMD. Tahun 2018 membawa […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Vivo NEX Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 23 Julai

Seminggu lalu Vivo Malaysia ada memberi bayangan tentang kehadiran Vivo NEX untuk pasaran tempatan akan diadakan tidak lama lagi. Lanjutan dari itu, Vivo mula memberikan jemputan majlis pelancaran kepada pihak media dan ia akan berlangsung pada 23 […]

TECH Mon, 17 Dec 2018

「年度最弱密码」这里边有你的吗?

「123456」和「password」连续第5年成为最差密码!到底还有哪些“成功”登榜呢?

TECH Sun, 18 Nov 2018

Cara Cari Maklumat Objek Hanya dengan Gambar

Pernah keliru mencari apa nama objek di sekeliling kita? Permohonan berikut akan membantu anda mencari jawapannya.

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Lagi Pemain Media VLC Untuk Pengguna Peranti Huawei

Pembangun pemain media terkenal VLC Player, VideoLabs telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghalang muat turun aplikasi berkenaan melalui Play Store bagi pengguna peranti Huawei. Ia perlu dilakukan memandangkan ramai pengguna Huawei tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut. Kredit : The Android […]

TECH Fri, 2 Nov 2018

5 Tips Menjaga Laptop Supaya Tahan Lama

Untuk laptop anda bertahan lebih lama dan mempunyai jangka hayat yang panjang,kenalah jaga dengan betul.

| Live TV