LIFESTYLE By: SGMS Enal November 15, 2019 @ 10:10am

Bezakan Antara Stress, Depresi Dan Depresi Klinikal

Stress? Depresi? Adakah dua perkara ini sama? Tidak! Kebanyakan masyarakat pada hari ini hanya mengalami stress. Tapi bukan depresi. Stress mungkin dialami oleh semua orang sama ada stress melampau ataupun stress yang biasa dialami oleh semua orang .

Tapi depresi berlaku kepada mereka yang sentiasa berjumpa dengan psikiatri untuk dapatkan nasihat secara profesional, dapatkan ubatan mengikut penilaian psikiatriMereka adalah orang yang sedang berjuang melawan diri sendiri.

Kenali apa itu stress, depresi dan depresi klinikal dikongsikan oleh saudara Najmi Nawawi:

Ada beza orang yang STRESS, orang yang fikir dirinya ada DEPRESI, dan juga orang yang disahkan DEPRESI KLINIKAL. Tidak boleh disamakan, sebab penyelesaian setiap daripadanya pun berbeza.

Memang penting untuk kenal dan bezakan apakah perbezaan 3 golongan ini. Kalau tidak, kita tidak akan mampu jadi support system yang berkesan. Kita akan gagal jadi sebahagian dari komuniti yang ikhlas untuk membantu.

Stress

Kita semua setuju bahawa ini ialah lumrah manusia untuk stress atau rasa tertekan.

Tertekan dengan kepenatan tempat kerja, tertekan dengan hubungan sosial, tertekan dengan kewangan dan sebagainya.

Mereka yang tertekan ini sesuai dinasihatkan untuk beristighfar, untuk bagun solat malam, sebab tidak dinafikan dengan mengingatiNya hati manusia akan tenang.

Manusia perlu sentiasa diingatkan untuk kembali pada penciptanya saat menghadapi saat-saat sukar.

Ya itu ialah untuk mereka yang stress atau kita panggil tertekan dengan dugaan hidup. Tidak salah untuk saling menasihati sedemikian.

Akal masih waras dan mereka memang memerlukan nasihat sebegitu.

Depresi

Namun yang sebenarnya, mereka tidak disahkan secara klinikal. Disebabkan itu, ramai orang boleh belajar tentang tanda-tanda depresi. Ramai orang kenal apa itu depresi.

Cuma yang menjadi masalah ialah mereka yang diagnosis diri sendiri. Umpama satu wabak pula, apabila ramai-ramai mengaku ada depresi. Ianya bukanlah salah, tetapi tolong dapatkan pengesahan psikiatri.

Kita mahukan rawatan terbaik untuk diri kita kan? Kita perlu tahu apa kondisi sebenar kita dan rawatan yang perlu diambil. Takut nanti, kita salah diagnosis diri sendiri. Takut nanti, sebenarnya kita hanya stress biasa, tetapi kita fikir kita ada depresi.

Boleh memburukkan lagi keadaan diri kita sebenarnya. Stress dan depresi adalah dua perkara yang berbeza.

Sebab itu kadang-kadang kita boleh jumpa orang yang mengaku ada depresi dan mengaku sudah jadi depresi survivor dengan mudah seperti dengan berzikir dan mengingati tuhan sahaja.

“Ala akak dulu depress juga, tetapi akak kuatkan iman, akak mengaji, akak bangun solat malam akak boleh pulih. Sebab itu akak nasihatkan… bla… bla…”

Ya memang betul boleh pulih, sebab orang seperti ini hanya menghadapi stress biasa. Tetapi dia diagnosis diri sendiri konon ada depresi. Tidak pernah jumpa psikiatri pun.

Golongan yang begini pun bahaya juga, dia boleh bawa salah faham terhadap apa itu dunia depresi klinikal yang sebenarnya.

Depresi Klinikal

Mereka inilah pejuang depresi, iaitu pejuang kepada mental illness yang sebenar. Mereka inilah yang sentiasa mendapat tuduhan, cacian, judgement dan blame dari orang ramai.

Sedangkan mereka inilah yang sentiasa berjumpa dengan psikiatri untuk dapatkan nasihat secara profesional, dapatkan ubatan mengikut penilaian psikiatri.

Mereka inilah yang tahu penderitaan dunia anxiety, bipolar, boderline personality disorder, panic attack, cyclothymic, hallucinations, delusion, schizophrenia, PTSD, PPD, MDD dan banyak lagi kalau nak listkan di sini.

Aku suka gelar mereka sebagai pejuang depresi, sebab mereka ialah pejuang yang berperang dengan otak sendiri.

Apabila kita faham depresi dari sudut klinikal kita akan faham kenapa pejuang depresi ini tidak suka dapat tuduhan kurang iman, jauh dari Allah, tinggal solat dan sebagainya.

Kerana mereka ini tidak kurang hebat juga dari sudut amalnya. Mereka solat sentiasa menangis memohon pertolongan Allah. Mereka ini memang sentiasa berzikir bahkan solat malam itu semua, mereka memang buat.

Sebagai individu muslim, memang mereka hidup bertuhan. Tetapi ini ialah sakit klinikal. Fahami bahawa ianya klinikal.

Bukan sebab tak solat. Samalah macam organ lain dalam badan. Jantung sakit, kita bagi ubat. Buah pinggang sakit, kita bagi makan ubat. Kalau otak sakit? Sama la juga kita bagi makan ubat.

Support mereka dengan bertanya soalan yang sesuai. Seperti bertanya, makan ubat belum? Ubat apa yang ambil? Biasa pergi dapatkan khidmat psikiatri dekat mana? Dosage ubat makin turun ke atau naik? Depresi jenis apa yang dia alami?

Bukannya dengan soalan seperti, kau mesti tak kuat iman kan? Kau mesti tak solat kan? Kau mesti lama tak baca al Quran kan? Kau mesti tak maafkan orang kan? Kau mesti suka bersangka buruk kan? Kau tak tengok orang lain lagi susah dari kau?

Apakah ini semua. Kenapa begitu judgemental dan tidak adil. Janganlah begitu kawan-kawanku sayang. Otak pun organ manusia yang boleh sakit sama seperti organ lain. Berlaku adil pada pejuang depresi.

Sepertimana kau berlaku adil kepada pejuang sakit jantung, buah pinggang dan sebagainya.

Harap dapat jelaslah perbezaanya ya kawan.

Sumber: Najmi Nawawi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Mon, 6 May 2019

没事多喝水?小心这样喝恐酿水中毒

没事多喝水?专家提醒「这样喝」恐酿水中毒,下场很惨痛。

LIFESTYLE Tue, 12 Dec 2017

Kesalahan Etika Pemakaian Ketika Hadiri Temuduga

Pakai Macam Ni, 90 Peratus Permohonan Kamu Ditolak”, Lelaki Ini Senaraikan Kesalahan Etika Pemakaian Ketika Hadiri Temuduga

LIFESTYLE Sat, 18 Aug 2018

没有墙、屋顶的真实「露天」旅馆!要你看着星空入眠

你走遍了世界各地,住过各种豪华饭店,但这间超真实的「露天」旅馆,你绝对没有遇过!

LIFESTYLE Thu, 4 Jan 2018

‘Workaholic” Sampai Waktu Rehat Terabai

Jangan ”Workaholic” Sampai Waktu Rehat Pun Pulun Kerja, Pesanan Doktor Ini Untuk Semua

LIFESTYLE Thu, 19 Apr 2018

5 Sebab Anda Yang Resdung Susah Sembuh

Tak salah untuk melihat samada 5 perkara ini ada ke tak jika resdung anda tidak sembuh

LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

单身一族看过来!来测测你的桃花往哪开

有时面对街上的情侣,总觉得单身是件可怕的事情;如果各位也单身许久,想赶快过上两人世界……

Fab Foodies! Tue, 20 Mar 2018

Attention, Chicken Rice Lovers! This 3kg Plate is Meant for You

This restaurant serves a gigantic 3kg chicken rice to customers and it will definitely satisfy your cravings!

LIFESTYLE Thu, 7 Dec 2017

5 MUST-VISIT PLACES AROUND KL TOWER

Who would have guessed there are hidden gems in the middle of the city eh? Check out some of these fascinating places to explore this holidays.

LIFESTYLE Mon, 29 Jul 2019

Bahaya Makan Makanan Pedas Boleh Hilang Ingatan

Nak makan pedas boleh tetapi kena berpada-pada ya!

LIFESTYLE Sat, 24 Nov 2018

5 Benda Jangan Buat Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

Lima perkara yang tidak boleh dilakukan kepada bayi sebelum masuk tidur.

| Live TV