LIFESTYLE By: SGMS Enal November 6, 2019 @ 9:54am

Biji Cili Boleh Jadi Punca Sakit Apendiks?

Menurut Dr Maisara Yusra yang merupakan Penolong Profesor Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), tiada sebarang kajian saintifik berjaya membuktikan radang apendiks adalah disebabkan pemakanan. Jadi, kepercayaan biji cili ini boleh menyebabkan sakit apendiks yang selama ini ditakuti masyarakat kita adalah mitos semana-mata!

Beliau menambah lagi bahawa kepercayaan ini datangnya daripada petua masyarakat terdahulu yang percaya biji cili dan pelbagai lagi makanan lain seperti biji anggur, tembikai dan jambu batu boleh tersangkut dan tersimpan pada pundi apendiks. Sebenarnya, semua orang berisiko mengalaminya walaupun tidak makan biji makanan seperti yang dinyatakan.

Hakikatnya, segala makanan yang keras seperti biji cili dan sebagainya akan hancur di dalam perut disebabkan oleh asid perut. Selepas hancur sepenuhnya, barulah ia akan masuk ke usus untuk proses pembuangan najis. Jadi, pemakanan bukanlah punca radang apendiks. Tetapi, apakah punca sebenar ia berlaku?

Apa punca sebenar radang apendiks?

Dr Maisara turut menyatakan bahawa radang apendiks (appendicitis) bukanlah sejenis penyakit tetapi satu kondisi di mana pundi apendiks (vermiform apendiks) tersumbat. Untuk anda yang belum tahu, ia adalah satu struktur berbentuk tiub yang terletak pada bahagian pemulaan usus besar. Pun begitu, fungsi sebenar organ ini masih belum dapat diketahui dengan tepat.

Mengapa ia boleh tersumbat jika bukan sebab pemakanan? Ia adalah disebabkan oleh bukaan apendiks menuju ke tiub besar atau sekum tersekat. Sekatan ini mungkin berlaku akibat lendir tebal dalam apendiks atau serpihan najis keras daripada tiub besar termasuk ke pundi apendiks. Inilah punca sebenar radang apendiks berlaku.

Selain itu, kondisi ini juga boleh berlaku berpunca daripada jangkitan bakteria. Ia sering menyerang golongan muda sekitar usia 10 hingga 30 tahun. Untuk merawatnya, doktor hanya akan beri penderita antibitiotik untuk melegakannya. Jika masih tidak pulih, cara terbaik untuk menghilangkannya adalah melalui pembedahan membuang pundi apendiks (apendektomi).

Konklusi

Kesimpulannya, pemakanan sama sekali bukan punca sakit apendiks. Jadi, anda tidak perlu bimbang untuk makan nasi lemak kegemaran anda lagi. Begitu juga dengan ibu Harun. Jangan sesekali percaya sebarang mitos tanpa usul periksa kesahihannya terlebih dahulu, ya? Akhir kata, biasakan yang betul dan betulkan yang biasa!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 25 Jul 2018

Tips Duduk Rumah Baru

Tidak salah mengamalkan tips diatas apabila memasuki rumah baru.

LIFESTYLE Fri, 24 May 2019

Apa Kisah Pak Din, Amir & Haqiem Dalam ‘Setulus Ikhlas’?

Iklan Hero Setulus Ikhlas ini dilancarkan secara rasmi pada hari ini dan sudah boleh ditonton di laman Youtube TV3 Malaysia bermula jam 12.00 tengahari tadi!

LIFESTYLE Sun, 14 Apr 2019

「鬼仔巷」成吉隆坡茨厂街崭新景点

「鬼仔巷」成为吉隆坡茨厂街崭新景点!翻新美化具有历史意义的黄金地段,为商家创造无限商机。

Fab Foodies! Wed, 10 Apr 2019

Break Fast With These Delicious Meals this Ramadan by Resorts World Genting

Get a satisfying break fasting meal with all the delicious menus.

Fab Foodies! Mon, 1 Apr 2019

Eat More Local Fruits and a Bunch of Delicious Malaysian Dishes at Paya Serai

A special themed Ramdan buffet is what you need to buka puasa to.

LIFESTYLE Wed, 23 May 2018

Dr Siti Hasmah’s Handbag is NOT Marie Claire but is Hamano

Hamano handbags cost much more than a Marie Claire handbag.

LIFESTYLE Sat, 19 Jan 2019

2019年「拜太岁」最佳时间是哪天?

每次靠近过年的期间,我们就会时常听到身旁的朋友说“今年犯太岁,要去拜太岁等” 话题。

Fab Foodies! Thu, 1 Nov 2018

买切好水果=营养流光!超市「5大NG」食物

由于大部分食物并非采收后立即食用,而是经过运送、储存、放置在架上后才被我们买到,再经烹调后食用,这些过程中营养素或多或少会流失。

LIFESTYLE Tue, 24 Dec 2019

Nak Sumber Vitamin, Cukup Hanya Amalkan Pemakanan Sihat

Tak Perlu Beli Suplemen Harga Mahal

LIFESTYLE Mon, 19 Nov 2018

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser Ovari?

Percaya ke tidak Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser Ovari?

| Live TV