LIFESTYLE By: SGMS Enal November 22, 2019 @ 11:07am

Makan Kicap Parut Luka Jadi Hitam?

Mesti ramai yang pernah mendengar pesanan seperti jangan makan kicap kerana boleh membuatkan parut luka menjadi hitam pada kulit. Ianya sudah menjadi pantang larang hingga ada yang mengelakkan untuk mengambil kicap bimbang parut meninggalkan kesan yang buruk pada kulit.

Namun sejauh manakah kenyataan ini? Adakah ianya sekadar mitos yang menjadi kepercayaan nenek moyang sejak dahulu lagi? Ikuti penjelasan di bawah untuk mendapatkan penjalasan yang jelas berdasarkan fakta.

Kicap buat parut luka jadi gelap?

Terdapat kepercayaan yang menyatakan jika anda mempunyai parut luka atau mendapat chicken pox, jangan sesekali memakan atau mengambil kicap. Ini kerana dikatakan warna gelap daripada kicap tersebut akan menyebabkan kuping parut menjadi gelap dan meninggalkan parut yang tidak dapat dihilangkan. 

Untuk pengetahuan anda, kacang soya mengandungi sejenis asid amino yang dinamakan sebagai tyrosine dan ia boleh menggelapkan warna kulit. Tyrosine akan bertukar menjadi melanin apabila anda terdedah kepada cahaya matahari.

Melanin pula adalah pigmen gelap yang bertanggungjawab terhadap warna kulit yang gelap. Walau bagaimanapun, di sebalik kewujudan tyrosine dalam kacang soya, ia masih bukan menjadi penyebab luka anda gelap. Mengapa? 

Ini kerana kacang soya bukanlah satu-satunya jenis makanan yang mengandungi tyrosine. Terdapat pelbagai lagi jenis makanan lain yang mengandungi tyrosine seperti keju, daging lembu, daging kambing, ikan, ayam, kekacang dan bijirin penuh. Senang kata, apa yang anda makan setiap hari sebenarnya mengandungi kandungan tyrosine. Anda makan ayam setiap hari, tetapi tyrosine dalam ayam tidak pula menyebabkan tubuh badan anda berwarna merah jambu. 

Tyrosine dan fungsinya terhadap tubuh

Fungsi sebenar tyrosine adalah untuk menghasilkan bahan kimia otak bagi membantu sel saraf berkomunikasi dan mengawal selia mood. Tyrosine juga meningkatkan kewaspadaan, perhatian dan fokus seseorang individu.

Tubuh badan anda hanya menggunakan tyrosine apabila diperlukan dan pengambilan banyak makanan yang mengandungi tyrosine tidak akan menjadikan tubuh badan anda lebih gelap. Ia juga tidak akan meningkatkan penghasilan melanin dalam tubuh anda kerana anda masih memerlukan sinar matahari untuk menggelapkan warna tubuh.

Pokok pangkalnya, tyrosine semata-mata masih tidak akan menggelapkan tubuh anda tanpa pendedahan terhadap sinar UV.

Parut chicken pox bukan sebab kicap?

Ya, kicap bukan penyebab terjadinya parut yang gelap pada chicken pox. Parut akibat chicken pox sebenarnya terbentuk disebabkan oleh aktiviti menggaru yang menjejaskan proses penyembuhannya dan meningkatkan risiko jangkitan bakteria.

Sekiranya anda mahu mengelakkan parut gelap akibat chicken pox, jangan sesekali menggarunya. Hilangkan kegatalan yang dialami dengan cara mandian air sejuk atau penggunaan losyen calamine.

ja

Secara logiknya, jika anda menganggap makan kicap boleh buat luka jadi hitam, anda mungkin boleh makan telur untuk jadikan parut anda berwarna putih atau kuning kan? Atau makan sawi hijau untuk menjadikan luka berwarna hijau, baru rare.

Tetapi pasti ramai yang tidak mempercayainya. Mengapa? Sebab ramai yang tahu ia tidak logik dan tidak boleh diterima akal. Begitu juga dalam kes kicap ini. Oleh itu, kongsikan artikel ini untuk bantu kami memecahkan mitos yang telah lama membelenggu masyarakat kita. Seiring kita bergerak menjadi anggota masyarakat yang lebih berilmu.

Sumber : Muhammad Wa’iz/Hello Doktor 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 12 Oct 2019

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dalam Dunia Bola Sepak

LIFESTYLE Thu, 15 Aug 2019

Hutang Arwah Ayah Perlu Ke Dilangsaikan?

Jiwa orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Fab Foodies! Tue, 18 Dec 2018

长期吃得太清淡也不行? 小心缺「碘」问题找上你!

为了养生,家中长辈的饮食往往较为清淡,但是长期下来就需要注意缺「碘」问题。

LIFESTYLE Sun, 18 Aug 2019

5 Masalah Sering Dialami Oleh Haiwan Peliharaan

Jangan ingat manusia saja ada masalah , haiwan peliharaan pun ada juga

LIFESTYLE Wed, 27 Jun 2018

Wow! Beg Jenama Bijan Mula Jadi Sebutan Netizen

Pelanggan House of Bijan dikatakan adalah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner dan Raja Monaco, Putera Rainer.

LIFESTYLE Wed, 2 Oct 2019

另一半喜欢我什么优点呢?

恋爱中的朋友,总会好奇另一半喜欢你哪样优点,好奇对方怎么会愿意和你在一起。

Fab Foodies! Thu, 26 Jul 2018

Khasiat Buah Ciku

Khasiat buah ciku ada yang kata ubat untuk sembelit mahupun cirit birit. Ada lagi khasiat yang lain ya

LIFESTYLE Thu, 10 Oct 2019

勇闯恐怖之城!入夜后的双威主题乐园等你来挑战

连续举办7年的Nights of Fright(恐怖之夜)又回来啦!

| Live TV