Hiburan By: Del14 November 27, 2019 @ 11:22pm

Redha Tapi Rindu…Ali Puteh Tidak Mahu Anak Menderita

Pelawak Ali Puteh (30) tidak dapat menahan tangisan apabila diberitahu anak keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah (3 bulan) sudah tiada walaupun sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan setelah diberitahu doktor tentang keadaan bayinya itu. 

Memetik laporan BH Online, Ainul menjalani pembedahan membetulkan injap dan menutup tiga lubang pada jantungnya pada 10 November lalu di Hospital Serdang. Sejak itu, arwah terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. 

Namun kerana keadaan kesihatannya tidak menentu, doktor yang merawatnya membuat keputusan mencabut alat bantuan pernafasan itu jam 10 pagi semalam, 16 hari selepas pembedahan.

“Ketika tiba di hospital jam 9 pagi semalam, Ainul seolah-olah tahu dia akan pergi.  Dia sempat memandang kami dan mengangkat tangan beberapa kali seperti mahu beritahu akan meninggalkan kami. 

“Selepas lebih sejam bertarung nyawa, Ainul pergi buat selama-lamanya. Kami hanya mampu menangis apabila doktor memaklumkan Ainul sudah tiada,” kata Ali Puteh. 

Ainul menghembuskan nafas terakhir jam 11.30 pagi. 

“Ketika jenazah dikafankan, saya beri peluang kepada anak sulung mencium adiknya.  Saya beritahu, Ainul sedang tidur dan akan pergi ke syurga.

“Saya dan isteri redha kerana sejak minggu lalu, doktor meminta kami bersedia dengan sebarang kemungkinan, memandangkan keadaan kesihatan Ainul tidak menentu,” katanya lagi.

Pemilik nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ini berkata tiada ibu bapa yang mahu kehilangan anak atau melihat anak mereka menderita. 

Biarpun sedih dengan kehilangan puteri kedua mereka, Ali dan isterinya, Melati Puteri Abdullah bersyukur kerana sempat ‘dipinjamkan’ dan menjaga Ainul selama tiga bulan. 

“Adik mesti tengah berlari-lari bermain di taman syurga Allah…tunggu Walid dan ibu di sana ye sayang…perancangan Allah itu sangat hebat…Walid rindu adik…datang dalam mimpi Walid ye sayang,” tulis Ali di dalam kapsyen entri instagramnya yang dikemas kini.

Ainul yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak, selepas Asar. 

Pasangan ini mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu kakak kepada Ainul, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang berusia dua tahun. 

Kredit Foto: Instagram @aliputeh89

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Oct 2019

Joe Flizzow, Marini Kahwin Tahun Depan?

Wah…tahniah Joe Flizzow dan Marini Ramlan! 

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Ji Suk Jin’s Father Passes Away

May he rest in peace.

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

BTS Dominates Radio Disney Music Awards

They were nominated for several awards that night.

Hiburan Thu, 3 Oct 2019

Api Marak Menjulang Ke Langit Pusat Kualiti Alam Terbakar

Kebakaran melibatkan cecair serta bahan-bahan mudah terbakar di stor Pusat Kualiti Alam

Hiburan Tue, 12 Feb 2019
Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Jessie J And Channing Tatum Split After A Year Of Dating, But People Never Knew They Were An Item

This is definitely one of the most unexpected news people aren’t expecting for 2019!

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

INILAH ANTARA PANTAI YANG WAJIB DILAWATI DI TERENGGANU!

Korang yang nak merasai pengalaman pantai, makanan sedap dan shopping di Terengganu ini antara pantai paling best yang wajib korang lawati di Terengganu. 

Hiburan Thu, 3 May 2018

Blake Lively Unfollows Ryan Reynolds on Instagram

Is this just a little lover’s spat or did something big happen?

Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Sam Bunkface, Isteri Sah Bercerai Sejak Januari

Saya tampil untuk memberi pengesahan mengenai perkara ini disebabkan tidak mahu menimbulkan masalah di kemudian hari.

| Live TV