Hiburan By: SGMS Faida November 27, 2019 @ 2:30pm

Jalani Pembedahan…Zulin Aziz Kecewa Kawan Rapat Tidak Ambil Tahu?

Pengacara Zulin Aziz dilaporkan dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan hari ini.

Memetik sebuah entri di Instagram Zulin, dia menjalani pembedahan pada jam 9 pagi ini.

“Assalamualaikum selamat pagi, dah bangun mandi, subuh, ambil gas, kejap lagi jam 9.00 pagi nak masuk bilik bedah.

“Tak pernah, jadi takutnya Allah saja tahu, doa tak berhenti, minta semua doakan..keluarga, sahabat dan anda semua mendoakan, Masya-Allah terima kasih,” tulisnya.

Namun apa yang lebih menarik perhatian, Zulin meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa individu yang rapat dengannya sebelum ini yang tidak mengambil tahu tentang keadaan dirinya.

“Ada juga yang ku anggap sahabat tapi batang hidung pun tak nampak, ambil tahu pun tidak, bila minta tolong kita baru nak muncul, kecewa rasa, all the best for your career, semoga bahagia,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari pengikutnya termasuk rakan-rakan selebriti. 

Rata-rata mereka mendoakan agar Zulin cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

 
 
 
View this post on Instagram

Happy birthday to me ? 26/11/2019 i’m officially 30 ✌? . Terima kasih buat semua yg mendoakan saya.Esok saya akan menjalani pembedahan.Mungkin ramai keliru ttg status kesihatan saya. Kalau dekat ig story saya ada share pada close friend, ada masalah di bahagian ulu hati dan kuman yg membuatkan perut jd ulser. Yang pada awalnya sakit perut tu disyaki batu hempedu. . Semalam bila buat checkup, baru clear apa semua masalah. Jadi doakan semoga saya sehat semula dan selamat menjalani pembedahan tersebut. . Mohon Doakan operation saya berjalan dengan lancar,selamat dan dipanjangkan umur ya? . Tahun ni saya sambut birthday saya yg ke-30 tahun di Hospital. Tak apalah tak dapat makan cake,tiup lilin. Dapat doa dari korang pun dah Alhamdulillah. . Doakan saya yaa? Moga2 Allah Makbulkan doa2 kita semua amin ya rab ??❤️ . #batuhempedu #novemberbaby

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Difahamkan, Zulin sedang menghidap penyakit berkaitan batu hempedu berdasarkan hashtag dalam perkongsiannya sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Kolaborasi RM Bersama Honne Buat Peminat BTS Teruja

Penulis lirik dan rapper terkenal yang berusia 24 tahun itu akan berkolaborasi dengan duo berkumpulan tersebut untuk single terbaru mereka.

LIFESTYLE Mon, 11 Jun 2018

Malaysia Bakal Mula Projek Kereta Nasional Baharu

Aspirasi kita sekarang ialah untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional, mungkin dengan kerjasama negara serantau.

LIFESTYLE Wed, 27 Mar 2019

Hilton is Having a Special Southeast Asia April Sale!

All Hilton hotels across South East Asia are on discount!

Hiburan Wed, 23 May 2018

BTS is the First KPOP Group to Make Their Comeback on Foreign Stage

They performed Fake Love at the Billboard Music Awards 2018 and they’re also the first KPOP group to perform there!

Hiburan Sat, 30 Nov 2019

“Boleh Bermain Emosi Melalui Raut Wajah, Tak Perlu Pegang-Pegang,” – Jalil Hamid

Ayam bermacam Ayam! Siapa ingat lagi Ayam nyanyian Jalil Hamid?

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Betulkah Zara Zya Jadi Penyanyi?

Siapa sangka, pelakon kecil molek ini sudah tampil dengan single pertamanya berjudul, Tiada Dendam yang akan diperkenalkan di pelbagai platform digital bermula pada Jumaat

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Elfira Loy Kongsi Ciri-Ciri Si Tunang Pilihan Hati

Tak sabar rasanya nak tengok El kahwin!

Fab Foodies! Thu, 28 Jun 2018

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Hiburan Sat, 13 Jan 2018

Jangan Salahkan Ganja

Fathia Latiff hadir dengan pendapatnya sendiri di laman Twitter. Tidak tahulah mahu berjenaka atau tidak, yang pasti jadi bahan kecaman.   Perkara tersebut membuatkan pengikut Fathia yang masih tidak move on dengan isu Bigo sebelum ini untuk terus […]

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Irwan Akur Tersingkir Pada Minggu Ke-5 Mentor Otai

Jangan lupa terus saksikan konsert Mentor Otai setiap hari Ahad, jam 9 malam hanya di TV3. Atau anda boleh saksikan siaran secara langsung menerusi siaran berdefinisi tinggi hanya di tonton. Dan, jangan lupa untuk mengundi peserta kegemaran masing-masing di portal rasmi kami di www.xtra.com.my

| Live TV