Events By: Salma Syahbuddin November 27, 2019 @ 12:23pm

Lagu Pilihan Aedy Kama Tepat, Punca Ryan Que Tersingkir?

Konsert Mentor Milenia 2019 telahpun masuk minggu ketujuh dan menyaksikan persembahan yang cukup hebat daripada protege yang terlibat. Namun, siapa sangka nyanyian Stay gandingan Ryan Que dan Sarah Suhairi tidak cukup menonjol dan memukau barisan juri profesional pada malam tersebut.

Menampilkan tema duet, pentas #MentorMilenia2019 membuka tirainya dengan persembahan gandingan Akim dan Stacy dengan lagu Getaran Jiwa (penyanyi asal Tan Sri P. Ramlee) yang pastinya menyentuh hati para penonton. Sekaligus, ini adalah peluang untuk protege memberikan persembahan yang terbaik bersama pasangan duet pilihan mereka.

Bermula dengan Daus Husny, protege kepada Ernie Zakri ini nampaknya memilih lagu Feeling Good (penyanyi asal Michael Bublé) bersama artis pilihan beliau yang juga pemenang lagu terbaik Minggu kedua #SFMM34 baru-baru ini iaitu, Naim Daniel. 

Pembukaan persembahan yang penuh bertenaga dan menonjolkan keserasian diantara kedua-dua penyanyi ini sekaligus mendapat pujian yang hebat dari pihak juri profesional.

 

 

Seterusnya Aedy Kama, protege kepada Black yang dinobatkan sebagai  juara mingguan #MentorMilenia2019 kali ini nampaknya memilih lagu Drama (penyanyi asal Drama Band).  Berganding bahu bersama naib juara Mentor Milenia 2016, Qody yang juga protege kepada Black, Aedy Kama sebenarnya sudah lama menginginkan  lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini untuk dipersembahankan di pentas #MentorMilenia2019.

 

 
Manakala, Ryan Que protege kepada Akim ini, memilih Sarah Suhairi sebagai pasangan duet pada malam tersebut dan nampaknya ini bukanlah keputusan yang baik buat Ryan kerana lagu yang dipilih dianggap tidak menonjolkan vokal dan persembahan beliau pada malam tersebut.
 
 
Sementara itu Rika Riana, protege kepada Stacy memilih Pasya Mentor dengan lagu Tangisan Marhaenis (penyanyi asal Hattan & Dia Fadila). Rika yang menunjukkan  peningkatan pada setiap minggu masih mampu bertahan kerana mentornya dan barisan juri percaya, Rika berpotensi untuk menonjolkan vokal yang baik dan persaingan yang sengit buat protege yang lain. 
 
 
Persembahan diteruskan dengan Arayn Malek  menyanyikan  lagu mash-up Seiring dan Sejalan & Bunga (penyanyi asal Broery Marantika & Sharifah Aini dan Altimet) bersama Zizi Kirana. Namun, lagu ini nampaknya kekurangan hook dan cubaan Arayn untuk rap bukanlah keputusan yang bijak kerana juri menganggap tempo nyanyian tersebut sedikit lari. Macam mana ni Arayn?
 

 

Protege kepada Akim yang seterusnya ini nampaknya masih tidak jumpa karakter beliau dalam nyanyian dan nampaknya Datuk Syafinaz pun mengakui perkara tersebut. Menyampaikan lagu Shallow (penyanyi asal Lady Gaga dan Bradley Cooper) bersama pasangan duetnya, Amir Masdi. Sharee juga nampaknya terpaksa berdepan Ryan Que dipusingan battle.

 

 

Yazrul Arrep, protege kepada Ernie Zakri dipuji netizen menerusi persembahan beliau bersama Neeta ketika menyampaikan lagu Belenggu Rindu (penyanyi asal Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah). Penyampaian lagu yang menonjolkan keserasian antara mereka berdua merupakan persembahan terbaik Yazrul Arrep setakat ini. 

 
 
Persembahan terus dihangatkan lagi dengan gandingan paling dinantikan oleh penonton dan penyokong beliau. Apex Tajudin, protege kepada Hazama ini merupakan juara mingguan sebanyak dua kali memilih Haqiem Rusli sebagai pasangan duet beliau dengan lagu pilihan mereka  Kasih Tak Sampai (penyanyi asal PADI). 
 
Persembahan yang penuh penghayatan ini dan kawalan suara yang baik yang ditunjukkan oleh Apex mendapat pujian dari Datuk Syafinaz sebagai juri profesional.
 

 

Pemilihan juri untuk mengekalkan Sharee Lopes di pentas #MentorMilenia2019 ternayta ditunjukkan dalam persembahan battle beliau bersama Ryan Que. 

Dan, pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri profesional dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang www.xtra.com.my/mentormilenia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Sat, 26 Oct 2019

用「XTRA优惠码」以更低价格购买BTS限量版礼盒!

一扣再扣!只要用「XTRA优惠码」就能以更低价格,在Superdeals购买到BTS限量版礼盒!

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Zara Zya Bercinta Dengan Hafreez Adam?

Sebelum ini, Hafreez terlebih dahulu secara terbuka berkongsi mengenai hubungan cintanya bersama pelakon dan penyanyi ini. Dan, dalam masa yang sama Zara Zya turut mengharapkan peminat mendoakan jodoh dan perhubungan mereka

Events Mon, 11 Mar 2019

Co-labs Coworking Sebarkan Kasih Sayang Sempena Meraikan Hari Wanita!

Jom lawat ruang kerja ni untuk pengalaman bekerja yang produktif dan bersemangat!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

BARACK OBAMA REVEALS HIS LIKES AND DISLIKES IN INTERVIEW WITH PRINCE HARRY

One of the questions Prince Harry asked was “boxers or briefs?”. Check out Barack Obama’s answers.

Hiburan Mon, 10 Jun 2019

Pakai Tudung Pun Masih Terima Mesej Lucah, Zizi Kirana Bengang!

Dah bertutup litup pun Zizi masih terima mesej lucah, ish…

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

Pengacara JJCM Cerewet Pilih Makanan?

Pengacara berusia 41 tahun berkongsi cerita apabila pernah singgah di beberapa lokasi tempat makan yang tidak menepati citarasa.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Tahniah! Ini Senarai Pemenang Di Anugerah Emmy Ke 70

Musim ketujuh Game of Thrones menerima sebanyak 22 pencalonan dalam Anugerah Emmy Primetime tahun ini.

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

#mentor7: Pasya Takut Bawa Lagu Dangdut?

Diiringi bersama penyanyi yang memainkan keyboard, Sissy Iman untuk lagu Versace On The Floor, Pasya meluahkan rasa syukur apabila persembahannya mendapat standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu.

| Live TV