FESYEN By: SGMS Faida November 8, 2019 @ 3:48pm

‘Selangor Modest Fashion’ Martabat Hab Fesyen Busana Santun

‘Selangor Modest Fashion’ bakal tampil penuh bergaya untuk merancakkan industri fesyen tanah air dan serantau khususnya yang berkaitan dengan busana santun. Fesyen busana santun membawa maksud busana penuh sopan yang tidak mendedahkan dan menampakkan susuk tubuh.

Walaubagaimanapun, busana santun tidak boleh dikelirukan dengan fesyen islamik. ‘Selangor Modest Fashion’ merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Invest Selangor Berhad bagi merealisasikan wawasan Kerajaan Negeri untuk memberdayakan dan melahirkan pengkarya-pengkarya bertaraf dunia dan seterusnya menempatkan Selangor sebagai hab fesyen untuk fesyen busana santun.

“Industri fesyen di Malaysia tumbuh dengan pesatnya pada kadar 12% setahun dan menyumbang kepada pendapatan negeri yang dijangka meningkat kepada RM 5.5 billion menjelang 2023, berbanding RM 3.5 billion pada tahun 2019.
Setiap tahun, bakat-bakat baru dicungkil dan kebanyakan mereka berpusat di Malaysia. Selangor, khususnya Bangi dan Shah Alam, sentiasa dikaitkan dengan busana santun dan kita seharusnya pantas merebut peluang segmen pasaran ini dalam industri fesyen.

“Untuk tahun 2015 sahaja, kaum wanita sedunia telah membelanjakan sejumlah USD 44 billion untuk rangkaian busana santun ini” kata YAB Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure. Ianya mengumpulkan pereka-pereka dari pelbagai lapisan – dari pereka perantis, pereka yang beraspirasi tinggi dalam segmen ini dan juga pereka yang telah lama bertapak dan berpengalaman – untuk mempersembahkan rekaan-rekaan dan karya-karya terbaru di bawah jenama ‘Selangor Modest Fashion’ dan bakal dipasarkan menerusi platform yang eksklusif.

Kredit: The Star

‘Selangor Modest Fashion’ tertumpu kepada penggabungan fesyen dan perdagangan, dari pengkaryaan dan rekaan kepada nilai fesyen sebagai transaksi ekonomi. Selain itu ianya juga membuka peluang untuk membina sebuah ekosistem yang mampan bagi bakat-bakat dalam industri fesyen busana santun ini menerusi pengalaman yang menarik untuk mencetus kesedaran serantau.

Acara yang paling dinantikan ini yang bertemakan ‘Redefining Modesty’ (Mendefinisikan Kesantunan), membuka tirai dengan penuh bergaya di mana Prelude bakal mempersembahkan 10 kapsul, setiap satu merangkumi rekaan-rekaan asli Ready To Wear (RTW) atau sedia untuk digayakan oleh pereka-pereka muda dan tersohor dari Selangor.

Busana untuk lelaki dan wanita ini diinspirasikan dari fesyen tradisi Selangor yang disuntik dengan gaya yang lebih moden tetapi santun.

Antara acara menarik yang dipersembahkan adalah persembahan busana fesyen DiRaja Melayu yang dikaryakan melalui rekaan tinggalan turun-temurun yang hanya wujud di Negeri Selangor.

Ianya merangkumi Warisan Selangor seperti Kain Telepuk, Kebaya Selangor dan Baju Sikap, di mana setiap satu diperincikan gayanya dengan kaedah pembuatan yang unik, selain fabrik dan cantingan.

“Amatlah penting untuk kita semua menghormati dan memelihara busana tradisi kita selain memberi kesedaran kepada khalayak umum tentang susur-galur sejarah budaya Negeri Selangor. Pereka-pereka fesyen harus bijak memanfaatkan pengaruh warisan budaya agar gaya busana sentiasa hidup dan segar”‘ kata Amirudin Shari.

‘Selangor Modest Fashion’ menjunjung kasih dan berbesar hati kerana Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan menyokong hasrat memupuk bakat-bakat pengkaryaan fesyen di Negeri Selangor bersama-sama dengan YAB Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Setiap tahun, bakat-bakat baru dicungkil dan kebanyakan mereka berpusat di Malaysia. Selangor, khususnya Bangi dan Shah Alam, sentiasa dikaitkan dengan busana santun dan kita seharusnya pantas merebut peluang segmen pasaran ini dalam industri fesyen.

Untuk tahun 2015 sahaja, kaum wanita sedunia telah membelanjakan sejumlah USD 44 billion untuk rangkaian busana santun ini” kata YAB Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi bersama antara Yayasan Raja Muda Selangor, Selangor Youth Community, Entrepreneurship Selangor dan Royale Demure.

Ianya mengumpulkan pereka-pereka dari pelbagai lapisan – dari pereka perantis, pereka yang beraspirasi tinggi dalam segmen ini dan juga pereka yang telah lama bertapak dan berpengalaman untuk mempersembahkan rekaan-rekaan dan karya-karya terbaru di bawah jenama ‘Selangor Modest Fashion’ dan bakal dipasarkan menerusi platform yang eksklusif.

‘Selangor Modest Fashion’ tertumpu kepada penggabungan fesyen dan perdagangan, dari pengkaryaan dan rekaan kepada nilai fesyen sebagai transaksi ekonomi.

Selain itu ianya juga membuka peluang untuk membina sebuah ekosistem yang mampan bagi bakat-bakat dalam industri fesyen busana santun ini menerusi pengalaman yang menarik untuk mencetus kesedaran serantau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Wed, 2 May 2018

15个「原本以为超爽」的观光胜地超中肯对比图

旅游是个很适合人放松身心、好好沉淀的休息方式,不过大家肯定有到了旅游景点后大感失望的经验吧?

LIFESTYLE Mon, 5 Mar 2018

Kuku Dan Bahan Tradisional , Apa Rahsianya?

Bahan tradisional pun rupanya boleh bantu mencantikan kuku .. Tapi apa bahan dan caranya

Fab Foodies! Fri, 9 Feb 2018

HIDANGAN TENGAHARI HANYA RM 3 DI BANGSAR, LOGIK KE?

Walaupun Bangsar terkenal sebagai sebuah kawasan penempatan golongan atasan dan dikelilingi restoran mewah, kedai Anuar Kari Kepala Ikan ini tetap menjadi pilihan ramai!

LIFESTYLE Sat, 11 Aug 2018

Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Melancong Musim Sejuk

Tahukah yang kulit muka lebih cepat kering dan menjadi tidak selesa sewaktu musim ini.

LIFESTYLE Mon, 8 Jan 2018

从「上床时间」看出隐藏个性!你都几点睡觉呢?

人们倾向醒来与睡眠的时间,竟能揭示我们的个性。国外网站《Yourtango》分享,你的就寝时间是最能充分了解「你是谁」最有说服力的指标之一,你相信吗?快来看看自己都在几点睡觉吧!

LIFESTYLE Tue, 8 Jan 2019

Rakyat Malaysia Buang 1kg Makanan Setiap Hari

Rakyat Malaysia Buang 1kg Makanan Setiap Hari, Akta Pembaziran Makanan Diguba

LIFESTYLE Mon, 20 Aug 2018

变瘦靠饿肚子or狂运动?直觉选张图测「减肥是否成功」!

你认为减重是什么呢?其实对于减重印象也会影响到减重成功关键……

Hiburan Fri, 25 Oct 2019
LIFESTYLE Wed, 4 Jul 2018

远距离情侣才懂7张插画甜又苦

世界上的情侣有很多种,但最苦的一种,就属「远距离」莫属!

LIFESTYLE Wed, 3 Oct 2018

No More White Card Going into Singapore

No need to fill up the card anymore, it seems.

| Live TV