Hiburan By: Del14 November 13, 2019 @ 10:56pm

Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim Bakal Mengubat Rindu Peminat Sweet Charity

Pemain gitar utama kumpulan rock lagenda, Sweet Charity, Rosli Mohalim bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tanahair.

Pemilik nama asal Rosli Bin Dollah yang berasal dari Singapura ini telah berkecimpung di dalam industri muzik lebih dari 40 tahun dan terbabit dalam pembikinan 10 buah album di antaranya ‘Sweet Charity’ (1979), ‘Sejuta Wajah’ (1981), Koleksi Terbaik Wings/Sweet Charity (1988) dan 4 konsert mega. 

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya dalam industri seni tanah air, Semangat Zaman Muzik dengan sokongan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) akan menganjurkan Konsert The Legend 40 Tahun Rosli Mohalim pada 29 November jam 9 malam sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan bakat yang dicurahkan selama ini. 

Bertempat di Panggung Asia, Gombak, Selangor, konsert berdurasi selama dua jam ini akan memberi peluang kepada peminat-peminat Rosli Mohalim mendengar petikan gitar yang akan dipersembahkan oleh pemain gitar tersohor ini. 

Konsert ini turut dijayakan oleh tujuh orang penyanyi tempatan dan antaranya ialah Zamani, Ameng Spring, Yabang Khalifah, Ammy Fara, Yazz Abdullah, Zetty Rashid dan penampilan khas penyanyi jemputan, Bob Sentuhan Busker yang terkenal dengan persembahan jalanan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

Peminat-peminat yang rindu dengan lagu-lagu seperti Teratai, Sejuta Wajah, Mawar Merah dan Kamelia tentu tidak sabar menunggu konsert ini nanti di mana 12 lagu ciptaan Rosli Mohalim akan dimainkan dan empat lagu baharu akan dilancarkan di hadapan peminat.  

Bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani akan menyanyikan lagu Aku Ingin Berkata dan Sejuta Wajah pada malam itu dan bukan lagu-lagu popular kumpulan Slam seperti kebiasaannya. 

Empat lagu baharu iaitu Ingkar dan Racun akan dinyanyikan oleh Yazz Abdullah manakala lagu Hilang Gelap dan Negar Tercinta akan dinyanyikan oleh Bob. Rosli juga bakal mempersembahkan lagu ‘Burn’ dari kumpulan antarabangsa Deep Purple untuk menghiburkan peminat muzik rock tanahair. 

Yang paling best sekali adalah usaha dan initiatif dari pihak penganjur yang berbesar hati untuk memberi sumbangan kepada bekas wartawan hiburan Utusan Malaysia dan Kosmo yang menghadapi kemelut akibat penutupan syarikat Utusan baru-baru ini. Sumbangan akan dibuat melalui jualan tiket Konsert Lagenda 40 Tahun Rosli Mohalim dan melalui Tabung Khas IRAMA.  Jadi apa tunggu lagi? Marilah berhibur sambil beramal!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Now You Can Play Subway Surfers in Snapchat Real-Time!

Subway Surfers takes a leap forward to the next train; SnapChat.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Haaa dengar tu, bagi si bujang, berkahwinlah bila…

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Baim Wong Gembira Isteri Mula Masuk Dapur

Dia sedar apa yang dilakukannya terhadap suami akan mendatangkan pahala, jadi…

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Kumpulan K-POP X1 Bubar Selepas 5 Bulan Debut?

Semuanya berpunca daripada penerbit…

Trending Wed, 15 Apr 2020
Events Mon, 2 Sep 2019

「黑涩会美眉」丫头引进台湾茶饮店!柔佛开设全马第一旗舰店

曾经很火的台湾美少女组合「黑涩会美眉」成员丫头引进台湾茶饮店,在马来西亚柔佛开设全马第一旗舰店!

Contest Wed, 17 Apr 2019

Lagu Cinta Kita Kini Di Youtube!

Korang nak tengok bagaimana agaknya peserta ini memilih pasangan mereka? Saksikan Lagu Cinta kita hanya di Youtube

Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Sat, 12 May 2018

Senyum Lebar Buku Laris Terjual 3000 Naskhah

Cetakan pertama terjual lebih 3,000 naskah betul ke?

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

| Live TV