Hiburan By: SGMS Faida November 10, 2019 @ 11:44pm

Wah…Eyka Farhana Siap Sedia Jadi Penyanyi

Pelakon Eyka Farhana mengaku tidak pernah terfikir untuk melangkah masuk ke dalam dunia nyanyian, sebelum ini.

Akan tetapi, Eyka memberitahu dia tidak menolak dengan peluang diterima untuk merakam lagu tema drama Dia Adelia.

“Tidak salah mencuba. Saya mahu membuktikan saya juga mampu melakukan sesuatu yang baharu dalam memantapkan profil seni.

“Saya ingin menunjukkan kepada orang ramai sisi baharu dalam diri. Sebagai persediaan saya menyertai kelas vokal dalam membuat persembahan,” katanya ketika ditemui di konsert Lazada 11.11 Supershow di Putrajaya, hari ini. 

Tambah Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, dia perlu membuat persediaan secukupnya bagi mengelak dari menjadi mangsa kecaman.

“Bukan perkara yang mudah dalam mencuba sesuatu yang baharu tetapi saya tidak mahu sekadar melepas batuk di tangga.

“Jadi saya akan guna peluang ini sehabis baik yang mungkin,” akhiri Eyka yang akan menyanyikan lagu ciptaan Omar K dan Ikhwan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Mummy Takkan Kejar ‘Lelaki’!

Apapun, kita doakan yang terbaik buat mummy. kot lah terjumpa jodoh kat Indonesia kan?

Hiburan Thu, 18 Oct 2018
Hiburan Thu, 25 Jan 2018

REMY ISHAK KONGKONG TUNANG?

Bukanlah mengongkong tunangnya itu, cuma apa yang terbaik setakat ini adalah supaya tunangnya (Ezza) tidak terlalu memikirkan gosip mengenai dirinya

Hiburan Fri, 10 Jan 2020
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

AKHIRNYA MIMI FLY CERAI, MOHON NETIZEN JANGAN KERUHKAN KEADAAN

Mimi yang sebelum ini bersama Kumpulan One Nation Emcee membuat pengakuan mengenai status perceraian nya itu melalui akaun instgram miliknya

Events Tue, 8 Jan 2019

#cnysohappy Tik Tok挑战!一起跳手势舞赢奖品

呼叫Tik Tok达人们~ 赶快参与「#cnysohappy Tik Tok挑战」赢取丰富奖品,且还有机会出现在八度空间脸书哟!

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Mungkin Tertekan – Adik

Adakah Farid Kamil memang tertekan atau disebaliknya?

Contest Wed, 31 Jul 2019

Jangan Lupa Dapatkan Klu #ICSYVMY Seterusnya Dalam…?

Jangan ketinggalan untuk dapatkan klu seterusnya okay!

| Live TV