Hiburan By: Del14 November 9, 2019 @ 8:07pm

Nadia Brian Kini Sah Isteri Kepada Muizz!

Pelakon, Nadia Brian (28) akhirnya sudah bergelar isteri kepada Muizz Nasruddin dengan sekali lafaz sahaja kira-kira jam 12.03 tengah hari tadi dan pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al Ikhlas, Shah Alam, Muhammad Shahar Abidin. 

Menurut laporan BH Online, majlis dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan pihak pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh, selain menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 dan wang hantaran RM50,000.

“Alhamdullillah segala-galanya dipermudahkan dan kini saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.

“Insya-Allah, kami akan sama-sama melayari bahtera rumah tangga ini dengan sebaik mungkin,” katanya selepas selesai upacara akad nikah.

Berkenalan sejak dua tahun yang lalu, Nadia diperkenalkan dengan suami oleh teman baiknya  Ainul Aishah, juga seorang pelakon.

“Memandangan keluarga masing-masing menetap di ibu negara, kami sepakat untuk mengadakan sebuah majlis resepsi sahaja. Ia lebih mudah dan alang-alang penat, biar kami lalui sekali harung. 

“Ikutkan, kami merancang majlis ini lebih awal, iaitu pada 9 September lalu.  Namun, berikutan masalah lokasi, ia ditunda ke bulan ini.  Perancangan Allah itu indah dan kai terima dengan seadanya,” kata Nadia mengenai majlis resepsi mereka yang akan diadakan pada sebelah malam di lokasi yang sama.

Terdahulu Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dan Muizz telah mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu setelah menerima lamaran di Kota Paris, bersaksikan Menara Eiffel pada Februari tahun ini.

Sumber Foto: Instagram @beritaharian & @nadia.brian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Jangan Samakan Saya Dengan Usop’- Heedan Mohamad

Saya ada bakat tersendiri yang mahu dipersembahkan dan tidak mahu dianggap cuba tumpang populariti penyanyi lain

Hiburan Thu, 14 Dec 2017

Belum Ada Persiapan DiBuat – Elfira

Masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya dan tarikh nikah pun belum ditetapkan

Hiburan Sat, 28 Sep 2019

Tahniah…Datuk Alha Alfa Sah Bergelar Suami!

Selamat Pengantin Baru, Datuk Alha & Datin Azlin!

Hiburan Mon, 11 Mar 2019
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

FATHIA LATIFF, SILA JANGAN BUAT KOMEN BODOH, CAPRICE BENGANG!

Menerusi komen yang diberikan Fathia itu, Caprice telah memuat satu lagi video pendek di instagramnya yang seakan-akan memerli Fathia mengenai isu Bigo Live nya beberapa bulan lepas

Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!

| Live TV