Trending By: SGMS Enal October 29, 2019 @ 12:57pm

Wanita Terkejut Lukisan ‘Biasa’ Tersorok Di Dapur Milik Pelukis Agung Itali

Karya Renaissance awal oleh pelukis Florentine Cimabue telah ditemui di antara bahagian dapur dan ruang tamu sebuah rumah milik seorang wanita di pinggir bandar utara Paris.

Lukisan itu yang dikenali sebagai Christ Mocked dianggarkan boleh dijual pada harga sehingga 6 juta Euro (RM 27.84 juta).

Pada bulan Jun tahun ini, ketika wanita telah memutuskan untuk menjual rumahnya dan berpindah, seorang pakar dalam bidang lelongan di Senlis dihubungi bagi melihat kandungan serta perabot di rumah yang dibina pada sekitar tahun 1960an sekiranya ada yang dapat dijual.

Wolf berkata dia melihat lukisan itu sebaik sahaja dia memasuki rumah tersebut. “Saya jarang melihat sesuatu yang berkualiti. Saya segera fikir ia adalah kerja primitivisme Itali. Tetapi saya tidak menyangka ianya adalah Cimabue. ”

Pelelong yang memulakan tugasnya dengan melelong barangan di rumah tersebut pada tahun lepas mencadangkan supaya wanita itu membawa lukisan yang berukuran 20cm hingga 24cm itu kepada pakar untuk dibuat penilaian.

Wanita tersebut dan keluarganya menyatakan bahawa mereka hanya menganggap ia hanyalah ikon agama lama dari Rusia. Lukisan itu telah digantung di dinding selama sekian lama sehingga wanita itu berkata dia tidak tahu dari mana ia datang atau bagaimana ianya berada ditangan keluarga mereka.

Lukisan itu disifatkan sebagai karya yang jarang dilakukan oleh Cimabue yang dilahirkan di Florence, juga dikenali sebagai Cenni di Pepo, salah seorang artis perintis Renaissance awal Itali. Hanya 11 karya yang dilukis di atas kayu telah dikaitkan dengannya, tiada satu pun yang ditandatangani.

Dua adegan dari diptych yang sama, yang dikenali sebagai The Virgin and Child with Two Angels and The Flagellation of Christ, masing-masing telah digantung di Galeri Nasional di London dan Frick Collection di New York.

Galeri Nasional menggambarkan karya seni Cimabue ini mewakili “satu masa yang kritikal dalam sejarah seni” apabila pelukis Itali masih dipengaruhi oleh lukisan Byzantine.

Seni Renaissance awal sangat dipengaruhi oleh seni Byzantine, yang masih dihasilkan dalam gaya yang sama hari ini dengan latar belakang cat emas.

Pakar seni Perancis, Eric Turquin, yang mempelajari dan menghargai lukisan itu berkata ujian yang menggunakan cahaya inframerah mendapati lukisan itu karya asli dihasilkan oleh individu sama seperti karya-karya Cimabue yang lain.

Lukisan ini telah dijual pada 27 Oktober.

Sumber: theguardian.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 13 Nov 2019

想拍仙女照却秒变掀女!日网友自嘲:理想VS现实差异照

大家翻看网美的旅游照时,心中会不会有这样的疑惑:她们生活在另一个世界吗?为什么随意捕捉到的瞬间都这么美?

Trending Tue, 7 Aug 2018

「世界最多毛女子」结婚啦!为老公愿意一直剃毛

这名来自泰国的17岁女孩 Sumatra Sasuphan 与一般人不同,出生时她的鼻孔只有一公厘宽,且身上还是长满毛发,连脸上都有……

Trending Thu, 12 Apr 2018

Pemurahnya TMJ, Patutlah Rakyat Johor Sayang

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan sejumlah wang beranggaran RM1 juta untuk membayarkan harga barang-barang keperluan mereka yang sedang membeli-belah di pusat beli-belah AEON Tebrau City.

Trending Thu, 7 Jun 2018

90年代小孩才懂!没网路也能狂玩手机电脑……

在每个人心中都有一个永远缅怀的黄金年代,对于现在的7、8年级生来说,90年代的许多事物都是难忘的回忆啊!对于废柴这样在90年代长大的孩子真的是如此。

Trending Tue, 20 Mar 2018

Students Become Famous After English Video Project Goes Viral!

An English project suddenly became an international sensation.

Trending Sat, 4 Jan 2020
Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..

Trending Fri, 6 Jul 2018

Yahoo! Chatime Selamatkan Pekerja Tealive

Chatime Malaysia telah menawarkan untuk menggaji semula pekerja yang ditamatkan serta-merta dimana Chatime teringat akan kesannya terhadap kehidupan perkerjaan dan pemilik kedai.

Trending Sun, 10 Jun 2018

Subhanallah! Arwah Rebah Betul-Betul Depan Makam Nabi SAW

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi runner membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

| Live TV