Hiburan By: SGMS Enal October 20, 2019 @ 10:14am

Wanita Mengandung Tak Boleh Mandi Malam?

Terdapat pelbagai mitos-mitos dalam perubatan yang menyebabkan ramai diantara kita mempercayainya tanpa merujuk sendiri kepada sumber yang sahih.

Mitos-mitos ini secara tidak langsungnya telah diwariskan kepada generasi-generasi yang akan datang. Antara mitos perubatan yang selalunya kita dengar ialah makan ubat tahan sakit akan menyebabkan buah pinggang rosak, makan sebiji panadol akan kekal dalam badan selama 5 tahun dan banyak lagi.

Menerusi satu perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang doktor sakit puan yang bernama Muhammad Izzat menerusi akaun Facebooknya, dia ada menerangkan tentang mengapa mitos wanita hamil tidak boleh mandi waktu malam adalah salah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponennya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ketuban ini banyak dari biasa.

Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban/mentuban tu boleh menjadi banyak :

Gambar hiasan

1) ibu ada kencing manis – bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yang tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak.

2) Bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini tak boleh ditelan dan menjadi banyak.

Gambar hiasan

3) Bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yang mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban tak boleh ditelan dan air ketuban menjadi banyak.

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yang ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.

Air mandian tu tak boleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban/mentuban banyak secara tiba-tiba.

Orang mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bila-bila masa pun takde masalah. Yang taknak mandi ni dah kenapa?

Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

Sumber: Muhammad Izzat

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Hiburan Fri, 12 Apr 2019

Meriahkan Jelajah Nur 2 Dan Temui Barisan Pelakon Di ISetan KLCC Esok!

Nak jumpa Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur 2? Jom kunjungi Isetan KLCC esok!

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

‘Jadi Pelumba Mengajar Saya Jadi Lebih Penyabar’- Wany Hasrita

Bila tamat sahaja perlumbaan, orang pertama saya akan cari sudah tentu dia. Siapa orangnya?

Hiburan Thu, 3 May 2018

‘Terima Kasih Semua’, Yuna Umum Tutup Kedai

Di kesempatan itu juga, penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya sepanjang menjalankan operasi kedai tersebut.

Hiburan Sun, 20 Jan 2019
Events Thu, 9 Aug 2018

Jangan Benci Cintaku Cetus Fenomena, Catat 12 Juta Tontonan

Shah, Fika, Husna adalah anatara watak yang terlibat dalam cerita Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 sekaligus mencetuskan fenomena sejak ianya ditayangkan pada 29 Jun lalu

Events Fri, 27 Apr 2018

One Republic Wows 10,000 Fans in Malaysian Concert!

Missed out on the concert? Here’s what went down that night.

| Live TV