Trending By: SGMS Enal October 8, 2019 @ 10:14am

Bayi Pertama Menerusi Pemindahan Embrio Lahir di HSNZ

Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan (FET)  selama enam tahun selamat dilahirkan dihospital itu semalam.

Kelahiran bayi lelaki  itu bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor’adn Muhammad, 38, malah turut menggembirakan warga kerja HSNZ kerana ia menjadi satu lagi kejayaan dalam kaedah persenyawaan In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji di hospital berkenaan.

Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G)  hospital itu  Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya, prosedur FET  dilakukan dalam tempoh purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.

“Pasangan ini bertuah kerana selepas dibekukan enam tahun, embrio ini masih berkualiti dan berjaya dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata bayi lelaki tersebut merupakan  bayi ke-20 yang dilahirkan menerusi IVF pada tahun ini dan bayi yang ke-118 sejak Unit Perawatan Reproduktif HSNZ ditubuhkan pada tahun 2009.

Noor’adn berkata kelahiran bayi lelaki seberat 3.34 kilogram itu adalah anugerah Allah untuk beliau dan suami setelah menunggu lebih 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka.

“Saya mula menjalani rawatan IVF pada 2012 dan berjaya hamil pada tahun tersebut namun kandungan saya gugur pada usia dua bulan diikuti pada Julai 2013, kehamilan bayi kembar saya cuma bertahan pada usia 20 minggu.

“Selepas keguguran bayi kembar pada 2013 itu, memang saya sedikit trauma untuk meneruskan rawatan, setelah berbincang dengan suami, kami sepakat mahu mengambil masa selama lima tahun untuk berehat agar benar-benar bersedia mental dan fizikal untuk rawatan seterusnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Serada itu berkata beliau sangat berterima kasih kepada HSNZ terutama kumpulan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang diketuai Dr Nasuha Yaacob kerana melayannya dengan baik sepanjang rawatan.

“Selepas mengalami dua kali keguguran (terakhir 2013), saya mulakan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 namun gagal. Siapa sangka dalam percubaan kali keempat iaitu pada 27 Januari 2019, barulah saya disahkan hamil dua minggu kemudian.

“Sejak itu, saya mengambil cuti tanpa gaji dan mengamalkan pemakanan sihat serta mengelak perjalanan jarak jauh agar kandungan kali ini selamat dilahirkan,” katanya yang belum memuktamadkan nama bayi sulung tersebut.

Di Malaysia, hanya terdapat empat hospital kerajaan yang menawarkan perubatan teknik IVF iaitu HSNZ bagi Zon Pantai Timur, Hospital Kuala Lumpur (Zon Tengah), Hospital Sultanah Bahiyah (Zon Utara) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah dan Sarawak).

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 21 Sep 2018

Got mouth ulcers? Try these 5 home remedies proven to relieve those painful sores FAST!

Fact: Mouth Ulcers are more commonly found in women than men!

Trending Fri, 31 Jan 2020
Trending Wed, 22 Jan 2020
Featured Thu, 11 Jan 2018

Suami Lebih Muda, Hidup Lebih Gembira!

Usah dipedulikan segala label yang diberikan masyarakat bila mendengar wanita yang mengahwini lelaki lebih muda. Cinta tak hanya buta, malahan tak juga kenal usia, bukan? Pilihan seseorang lelaki menjadikan wanita, 5, 7 atau 10 tahun […]

Trending Fri, 24 Jan 2020
Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Trending Mon, 1 Jun 2020
Trending Tue, 7 Aug 2018

Tiket Penerbangan, Hiburan Antara Yang Dikenakan SST?

Pelaksanaan SST 2.0 adalah untuk menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dan kini dalam proses pemansuhan di Dewan Rakyat.

| Live TV