Hiburan By: Syafiqa Irdina October 25, 2019 @ 5:23pm

Menyeramkan! Rasai Pengalaman Bersama TRAIN TO BUSAN Hanya Di Genting Highlands!

Siapa peminat filem Train To Busan dekat sini? Ha, buat peminat-peminat filem bergenre seram popular yang dilakonkan oleh pelakon lelaki kacak Gong Yoo ini, Nah! Xtra ada berita baik untuk korang!!

Buat pertama kalinya Resorts World Genting, Genting Highlands akan mengadakan Horror House yang berkonsepkan filem seram Korea Selatan iaitu Train To Busan bermula pada 31 Oktober ini! 

Sumber: www.xtra.com.my

Kenapa Train To Busan?
Bersempena dengan  sambutan Train to Busan yang ke 2 tahun, pihak Resorts World of Genting sekali lagi tampil dengan mengambil inspirasi filem popular Korea ini untuk rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman mendebarkan berada di Horror House ini.

Menurut, Penolong Naib Presiden Acara Dan Hiburan Resort World Of Genting, Roger Ong berkata, Ini bukanlah kali pertama sambutan Halloween diadakan di Genting Highlands, namun, ianya adalah yang terbaik pernah dilakukan di sini.

“Ini bukannya kali pertama acara hebat sempena Halloween yang kami cipta di Resorts World Genting, tetapi saya percaya ia adalah yang terbaik,” Katanya.

Mesti korang dah tak sabar kan? Apa kata, Xtra belanja sikit trailer Train To Busan Horror House ni untuk korang!


Sumber: www.rwgenting.com.my

 

Pengalaman Seram Dalam Train?


Bekerjasama dengan pemilik IP Train To Busan, Content Panda, Korea Selatan, rumah hantu di RWG ini menggunakan teknologi terkini dunia digital dan realiti maya dan setiap pengunjung perlu merasai sendiri perasaan takut kerana rumah hantu ini dicipta dengan teliti supaya  memiliki jalan cerita yang sama dengan filem sebenar!

Apa yangmenariknya,  Rumah Hantu Train to Busan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian dan setiap satu zon mempunyai keunikan tersendiri yang diilhamkan daripada filem ini! Apabila korang masuk je, korang akan dibawa ke kawasan sibuk di Seoul yang diterangi cahaya lampu neon, yang turut menempatkan makanan penjaja terbaik di Korea. Korang juga akan masuk ke kawasan stesen kereta api yang sudah musnah, yang terletak di aras dua stesen dan juga terdapat zombie kelaparan di bawah runtuhan.

Kemudian, korang perlu berjalan melalui dua kawasan Rumah Seram. Yang pertama terdiri daripada kedai-kedai runcit Stesen Kereta Api Daejeong yang musnah, dan yang kedua di dalam kereta api yang telah ditinggalkan. Hati-hati! Sebab korang tidak keseorangan! Selepas kawasan Rumah Seram, korang boleh menuju ke kawasan Kem Utama untuk bertarung sama ada sebagai mangsa yang selamat atau zombie! Setiap zon menawarkan tahap keseronokan dan ketakutan yang berbeza, dan setiap satu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Sumber: www.xtra.com.my

 

Sumber: www.xtra.com.my

Oh ya! Kalau korang nak tahu, persiapan Rumah Hantu Train to Busan ini mengambil masa beberapa bulan untuk disiapkan. Termasuklah  persiapan seni, reka bentuk set, tema peralatan dan teknikal untuk menghidupkan suasana sama seperti dalam filem Train To Busan.

Cermin berhantu pagar sesat sebagai contoh mengambil inspirasi daripada filem Mirrors pada tahun 2008 dan babak pertarungan akhir filem Bruce Lee, “Enter the Dragon”. Ia adalah sebuah bilik yang  penuh dengan permukaan reflektif yang mengelirukan dan boneka pakaian menyeramkan.

Permainan menembak VR zombie juga terdapat di kawasan kem utama menjadikan ianya lebih menarik dengan membolehkan para pengunjung menjadi tentera Korea, mempertahan kawasan kuarantin Busan daripada segerombolan zombie, sama seperti yang dilihat pada babak akhir filem tersebut. Wow, dengar pon dah rasa teruja bukan?

Sumber: www.xtra.com.my

Sumber: www.xtra.com.my

Jom tengok bagaimana gelagat  team Xtra dalam pengembaraan Train To Busan baru-baru ini!


Sumber: Youtube TV3 Malaysia Official

Bermula pada 31 Oktober 2019 hingga 1 Januari 2020,  Train To Busan: Horror House ini akan dibuka bermula jam 12 tengah hari hingga 10 malam pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad antara 1 November hingga 1 Disember 2019 dan pada setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020.

Kawasan Streets of Seoul pula akan beroperasi bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada tempoh yang sama. 

Tiket Train To Busan: Horror House  dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting).

Terdapat  pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. Buat pengunjung yang ingin tidak suka menunggu terlalu lama, korang boleh dapatkan Pas Ekspres yang berharga RM30 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, sila layari airasia.com untuk pembelian tiket.

So apalagi, good luck!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Jan 2020
Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Wanita Cantik Ini Rupanya Vokalis Kumpulan Cokelat!

Kalau ditanya tentang muzik pilihan, saya lebih tertarik dengan akustik. Lebih tenang tetapi saya suka mencabar diri sendiri dengan mencuba benda baharu. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk sertai Cokelat,.

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat…Amin!

Hiburan Tue, 31 Dec 2019

《叶问4:完结篇》上映10天蝉联票房冠军宝座!

2019巨制电影《叶问4:完结篇》冲出中文电影票房纪录,连续10天荣获大马票房冠军再创新纪录!

Hiburan Sat, 15 Dec 2018

Alhamdulillah…Kaka Kini Bergelar Isteri

Dalam pada itu majlis resepsi kedua-dua mempelai akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

SYUKUR, SUAMI MAHU DALAMI ISLAM-LANA NODIN

Menerusi akaun instagram Lana, dia mengetahui hal tersebut selepas memeriksa telefon suaminya dan mendapati perbualan antara suaminya dengan seseorang yang boleh mengajar David mendalami ilmu agama.

Hiburan Fri, 21 Jun 2019

Tahniah! Amar Asyraf Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah…Tahniah Amar & isteri!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Ardell…

Bakal bawa ‘penumpang’ ke misi kemanusiaan!

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

| Live TV