Hiburan By: Del14 October 20, 2019 @ 12:44am

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan bersama anak-anak.  Dato’ Azam juga mempunyai dua anak dari perkahwinan terdahulu. 

Namun, Rebecca terkilan kerana walaupun dirinya bukan lagi seorang artis, tetapi namanya sering dikaitkan dengan gosip-gosip yang tidak wajar.  Umum tahu kisah ‘perang IG’nya dengan Datin Paduka Eina Azman yang dahulu merupakan kawan baiknya sebelum mereka bermasam muka dan membawa haluan masing-masing.

Baca: DATIN MUDA KOLOT- REBECCA NUR ISLAM MAKI EINA AZMAN?

Sewaktu ditemui wartawan Xtra di majlis sidang akhbar Anugerah Skrin Kebangsaan 2019, Rebecca meluahkan rasa sedih bercampur geram kerana tidak habis-habis menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas.

“Bukan saya sengaja nak dedahkan, tapi saya terpaksa..supaya dia sedar dan berhenti menjaja cerita-cerita yang tak betul mengenai saya.  Saya bukan lagi pelakon, saya bukan dalam industri ini. Tapi dia memilih untuk masih memburuk-burukkan saya pada teman-teman artis yang lain sehingga mereka menjauhkan diri dari saya.  

Saya rasa sedih sebenarnya kerana kini, saya adalah seorang ibu, isteri dan usahawan. Tak perlu nak buruk-burukkan dan kaitkan saya dengan sesiapa dalam industri ini sebab saya dah lama tinggalkan ‘hidup’ itu. Suami dan anak-anak adalah dunia saya sekarang. 

“Saya tak mahu bersifat kebudak-budakan. Kalau ada benda yang tak puas hati, jumpa saja dengan saya. Tapi ini tidak. Dia yang lari-lari, cuba untuk tidak bersemuka dengan saya.  Dunia ni kecil, dan ‘life is short’..kalau tak suka, kita bawa haluan masing-masing. 

Baru-baru ini, Rebecca terkejut apabila namanya dikaitkan kononnya telah menuduh pelakon, Uqasha Senrose cuba untuk menggoda suaminya. 

Baca: Rebecca Nur Islam Tetap Doakan Eina Azman Walaupun;.

Menjelaskan bahawa mereka tidak lagi berkawan sejak tiga tahun dahulu, Rebecca meluahkan rasa tidak puas hati kerana sepatutnya masing-masing sudah ‘move on’ dan bagi tumpuan pada keluarga.  Rebecca juga mengatakan bahawa dia lebih berusia daripada Eina dan tidak mahu bersifat kebudak-budakan dan memanjang-manjangkan cerita. 

“Kalau betul nak buka aib, ada banyak yang boleh saya ceritakan…tapi saya mahu ke arah kebaikan..biar lah saya simpan sendiri.  Sesiapa yang kenal dia, yang tahu dirinya macam mana, doalah yang baik-baik untuknya. Saya minta rakan-rakan wartawan dan masyarakat supaya mendoakan dia juga. 

Saya sendiri pun tak sempurna dan saya memang tak suka nak gaduh-gaduh. Saya doa biarlah Allah beri kebahagiaan padanya dan pada saya juga dan biarlah dia berhenti dari melakukan perkara-perkara yang tak berfaedah ini. Saya hanya fikirkan anak, suami, keluarga mertua malah keluarga saya sendiri dan saya mahu jaga air muka mereka.  Oleh sebab itu, saya memang banyak bersabar dan beristighfar sambil tak putus-putus berdoa,” jelas Rebecca lagi. 

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 16 Jul 2019

Netizen Bengang Dengan Song Hye Kyo, Harap Muka Je Cantik!

Mungkin diluar nampak bahagia, tapi dihati siapa yang tahu kan?

Hiburan Thu, 29 Aug 2019
Hiburan Fri, 24 May 2019

Selena Gomez Anti Media Sosial?

Erk…kenapa tu Selena?

Fab Foodies! Tue, 4 Sep 2018

Halia Membantu Dalam Menyembuh Penyakit

Halia biasa di gunakan dalam masakan tidak kira kaum tetapi jika dapat membantu dalam menyembuhkan beberapa penyakit kenapa tidak diamalkan

Hiburan Mon, 12 Nov 2018

Persenda Sherry Al-Hadad Gemuk, Ayda Jebat Dilabel Kurang Ajar

Apapun, kita tunggu jawapan Ayda Jebat lepas ni okay

Events Tue, 2 Oct 2018

Sam Hui & Alan Tam to Make a Stop in Malaysia this December!

The Cantopop legends are coming to town.

Events Thu, 3 Jan 2019
Hiburan Sun, 23 Feb 2020
Hiburan Mon, 29 Jul 2019

Nafi Campur Tangan Orang Ketiga, Zahid Mengaku Kembali Solo

Zahid dan bekas isteri, Sarah sah bercerai pada 18 Julai lalu.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Fazura Terpaksa Selektif Kerana?

Rasa tidak sabar untuk menonton filem Dendam Pontianak lakonan Fazura dan Remy Ishak yang akan ditayangkan pada 12 September nanti kerana sudah lama Fazura tidak berlakon di dalam mana-mana drama ataupun filem. Filem terakhirnya adalah […]

| Live TV