Hiburan By: Del14 October 13, 2019 @ 9:04pm

“Kalau Anak Sakit Boleh Buat Apa Je? Meratap Hiba?” – Abby Abadi

Kasihan pelakon, Abby Abadi apabila perkongsian ‘gembira’nya di instagram menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan netizen hanya kerana bayi pra-matangnya, Muhammad Danial Firman, masih di NICU (Unit Rawatan Rapi Neo Natal) di bawah pantauan doktor dan jururawat di Hospital Sungai Buloh. 

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Faizal Zakaria pada 27 September lalu, 3 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan bersalin, dan pada berat 535 gram sahaja. 

Baca: Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Baca: Abby Minta Doakan Baby D

Abby (42) kesal dengan tanggapan segelintir netizen yang dia seolah-olah lupa bayinya masih di dalam NICU dan dalam keadaan kritikal kerana hidup harus diteruskan.  

Segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila Abby memuat naik posting yang dianggap tidak sesuai seperti berkaraoke di dalam kereta (walaupun telah menjelaskan yang video tersebut adalah video lama),  foto sewaktu kurus dan posting untuk IG review. 

 
 
 
View this post on Instagram

Apeni? Apeni? ??? Mikayla tu mcmana buleh terror tu? Selalu practise dgn Mummy ke? ??? . Semalam punya cerita ni….. berkumpul reramai.. makan2, kemas2 rumah, semua ada sbb asrama cuti hujung minggu kecuali Abg Danish sbb sekolah dia dah cuti minggu lepas, jadi mcm2 kerja la kitaorg ? . Ada org marah kt gmbr2 sebelum ni.. tak leh buat itu takleh buat ini. Anak sakit pun seronok2, anak kritikal pun sibuk nak kurusss.. sampai video Sy yg admin guna utk insta review pun kena hentam jugaa… ehhh ehh ehhh! Abis kalau anak sakit buleh buat apa je? Meratap hiba? ? . Sejujurnya bukan Sy dan suami je, kami seisi keluarga dah usahakan yg terbaik dah utk bahagian kami. Yg lain kami serahkan pada pihak yg lebih arif dgn bantuan ALLAH SWT. Jadi yg suka jadi juri awam tu tenang2 selalu ye. Tak dapatlah semua yg kami buat nk bersiaran disini ? . Hidup ini banyak tanggungjawab yg lain juga. Anak2 pun rameiii. Jadi doakan yg baik2 utk org lain, inshaALLAH doa yg baik itu akan kembali pada anda juga hokey ??? . Yg baik budi terus doakan utk kami & Baby Danial ok. Maaf sangat2 tak dpt nk puaskan hati semua ???

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Ada orang marah kat gambar-gambar sebelum ni..takleh buat itu, takleh buat ini.  Anak sakit pun seronok-seronok, anak kritikal pun sibuk nak kurus..sampai video saya yang admin guna untuk insta review pun kena hentam juga..”

“Abis kalau anak sakit boleh buat apa je? Meratap hiba?  Sejujurnya bukan saya dan suami je, kami seisi keluarga dah usahakan yang terbaik dah untuk bahagian kami. Yang lain kami serahkan pada pihak yang lebih arif dengan bantuan Allah Swt,” tulis Abby.

Betul juga cakap Abby. Mereka telah cuba sedaya upaya setakat yang mereka mampu termasuklah berulang alik saban hari untuk meninjau keadaan Danial, berjumpa doktor pakar dan menghantar susu badan. Selebihnya hanya Allah swt yang boleh menentukan takdir bayi kesayangan mereka ini. 

“Jadi yang suka jadi juri awam tu tenang-tenang selalu ye. Tak dapatlah semua yang kami buat nak bersiaran di sini. Hidup ini banyak tanggungjawab yang lain juga. Anak-anak pun ramai.  Jadi doakan yang baik-baik untuk orang lain, inshaAllah doa yang baik itu akan kembali pada anda juga.

“Yang baik budi terus doakan kami dan Baby Danial ok.  Maaf sangat-sangat tak dapat nak puaskan hati semua pihak.” tulis Abby lagi. 

Walaupun Abby dan suami sering berkongsi tentang perkembangan dan keadaan bayi mereka, bukanlah dengan memuat naik cerita-cerita selain dari perkembangan Danial bermakna mereka ‘lupa’ tentang keadaan anak sulung yang sudah bertahun mereka nantikan. 

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 ini mempunyai dua anak angkat, Muhammad Dayyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Dengar jangan tak dengar!

Hiburan Sun, 10 Feb 2019

Sazzy Falak Anti Pil Langsing Badan?

Makin cantik Sazzy ni kan, apa rahsianya?

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Hamil Anak Kedua, Ini Harapan Tya Ariffin…

Tya juga memaklumkan tidak mahu ramai anak. Cukup dua atau tiga sahaja, memadai baginya dan suami…

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Amira Othman Mahu Lelaki Tenang

Nadia Amira Othman,24,  ini dengan single terbaharunya ‘Mimpi Indah” diharap mengubati kerinduan peminat-peminatnya yang sudah lama menanti kemunculannya semula dalam arena seni suara.

Hiburan Wed, 18 Dec 2019

“Cari Saya Di Padang Mahsyar!” – Sissy Imann

Tak baik tau! Siapa cari pasal dengan Sissy ni?

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Hati Linda Nanuwil Sudah Dicuri?

Selepas lama menghilang, penyanyi yang lahir menerusi sebuah program realiti televisyen sekitar 15 tahun lalu kini mahu membuat kemunculan semula.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

Farid Kamil Mungkin Tertekan – Adik

Adakah Farid Kamil memang tertekan atau disebaliknya?

LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Ciri-Ciri Ayah Yang Hebat

Jom jadi ayah yang hebat dan terbaik untuk anak anak kita!

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

GFriends Bakal Datang Ke Malaysia Untuk Konsert Asia Tour Pada Jun Ini!

Walaupun tak se-femes Blackpink , tapi best juga lagu-lagu diorang ni?

Hiburan Thu, 29 Nov 2018

Jarang Dapat Tawaran Berlakon, Fiza Thomas Kecil Hati?

Kadang-kadang saya hairan kenapa susah dapat tawaran sedangkan saya pernah pegang watak pembantu dalam sebuah drama popular dahulu…

| Live TV