Hiburan By: Del14 October 10, 2019 @ 3:00pm

“Mak Tak Kuasa Nak Layan Kau Semata-mata Layan Glamour Kau, Tanpa Pengisian Ilmu,” Cara Bonda Nasihat Aliff Syukri

Hubungan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan isterinya, Datin Sri Hajjah Nur Shahida Mohd Rashid yang sedang sarat mengandungkan anak mereka yang kelima, umpama retak menanti belah dan mereka dikatakan kini tinggal berasingan. 

Dalam pada itu, bonda kepada Aliff, Hajjah Rozita binti Ibrahim hanya mampu mendoakan kebahagiaan anak dan menantu yang dianggap seperti anaknya sendiri. Untungnya Shahida apabila mempunyai ibu mertua yang amat memahami dan boleh menjadi tempat mengadu.

 
 
 
View this post on Instagram

Menantu dn sahabat baik sy yg sabar dalam ujian , kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak org tp sy memuliakan dia ibu kpd cucu2 sy yg solehah . Renungan bersama..Rezeki dtg bersama ujian yg kuat..Semua manusia diuji dn xlepas dr kedukaan dn kecewa..benda paling sakit bukan isi dunia tp sbb Manusia . Smua masalah jadi krn kita xdpt menahan diri..xdpt mngawal diri atau sbb kita tidak sabar.. Sabar itu adalah kemampuan seseorg menahan dn mngawal dirinya shingga sikap yg dilakukan disukai oleh Allah..Sabar dlm taat..sabar ketika mnjauhi maksiat..dn ketika hadapi kesusahan.. . Mudah2an kita trus mngawal mata.. fikiran.. telinga.. lisan.. mengawal keinginan dn mengawal nafsu.. . Trutama mengawalkn niat kita shingga smua dikawal dgn sbaik2nya.. Ciri org yg boeh mngawal smua dgn baik akn rasa tenang pd dirinya..dn klu kita sdh selesa tenang dgn diri kita..insyaAllah org lain jg akan merasainya bila bersama kita.. Kebaikan slalu mndatangkn ketenangan..keburukkan dn dosa..akn mndtgkn kesengsaraan.. . Mudah2an kita sntisa dpt mngawal dn menahan diri dr apa jua kita buat hnyalah utk kebaikan..kebaikan..dn kebaikan.. Yg diterima oleh Allah SWT..ameen ya rabb.. . “Sabar adalah sikap yg sgt disukai oleh Allah SWT..dn dgn sabar kita akn merasa tenang dn aman..” . Jangan balas keburukan walau orang sakitkan hati kita @shahidadherbs

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

“Anak sayang, menantu sayang..Keduanya anak saya..Aduhai ujian Allah ginilah jadi Mak..Ujian balik haji namanya.

“Anak senang, saya jauhkan diri..anak susah, saya datang..hidup ni tak lepas ujian Allah hantarkan pada manusia.. dari orang keliling, keluarga, harta benda..kesihatan, rupa paras juga ujian. Saya sangat jaga hati dan niat dan pesan pada anak-anak HATI-HATI jaga hati dan iman waktu dalam kesenangan.

“Susah senang berbalik kepada Allah sahaja kerana Islam itu adalah pendamaian dan jawapan kepada kesulitan “sebab tu Mak cakap anak-anak kuatkan pegangan agama,” nasihat Rozita.

 

 
 
 
View this post on Instagram

Anak sayang , menantu sy sayng..Keduanya anak sy ..Aduhai ujian Allah ginilah jd Mak..Ujian balik haji namanya . Anak senang sy jauhkan diri.. anak susah sy datang.. .hidup ni x lepas ujian Allah hantarkan pd manusia ..dr org keliling, keluarga, harta benda.. kesihatan , rupa paras juga ujian ” sy sgt jaga hati dn niat dn pesan pd anak2 HATI2 jaga hati dn iman waktu dlm kesenangan ” . Susah senang berbalik kpd Allah sahaja kerana islam itu ialah pendamaian dn jawaban pd kesulitan “ sbb tu Mak cakap anak2 kuatkan pegangan agama” . Malam tadi kri ajak sy shooting “oh abg kosmetik”.. dia marah dgn ida sbb ida bayk tingkah ( sy faham dia sarat dn tersinggung dgn kri) Sbb Ida x nk shooting.. sy kata dgn kri, jgn buat hal cari pasal biarkan ida yg tgh sarat mengandung.. tlg hormati dia..” . Sy ckp dgn kri lagi, kalau kamu nak mak shooting dlm “ oh abg kosmetik” dgn 1 syarat.. “ko kena izinkan mak bercakap benda yg betul sahaja x ada yg tipu.. Mak xkan cakap benda tipu hormati prinsip Mak , yg tua dah nk mati pun ( sy hanya akn cakap benda benar saja) dn mak x kan nak yg yg drama2..sy tak suka . supaya ada pembelajaran dn ilmu dari setiap apa yg mak sampaikan.. mak dh tua syukri.. mak x kuasa nk layan ko semata2 layan glamour ko , tanpa pengisian ilmu..” . Bila dia setuju dgn syarat sy baru sy nk shooting .. bkn tujuan sy nk membela kebaikan anak sy ataupun menutup keburukannya.. dia tetap ada kebaikan dn masih banyak keburukan.. . Manusia x pernah lepas dgn ke khilafan.. maka sbgai ibu sy sentiasa menyokong yg mana baik dn sentiasa menentang kpd perkara yg salah di sisi islam..

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

Rozita juga menceritakan bagaimana, Alif  memujuknya untuk ‘shooting’ “Oh Abang Kosmetik” kerana marah dengan isterinya yang banyak ‘tingkah’ (karenah) tetapi Rozita hanya menasihati anaknya itu supaya menghormati isteri yang sedang sarat mengandung dan jangan cari pasal.  Rozita juga berkata dia bersetuju untuk membuat rakaman itu  asalkan dia hanya bercakap benda yang betul sahaja dan tiada unsur penipuan. 

“Supaya ada pembelajaran dan ilmu dari setiap apa yang mak nak sampaikan..mak dah tua syukri..mak tak kuasa nak layan ko semata-mata layan glamor ko, tanpa pengisian ilmu.

“Bukan tujuan saya nak membela kebaikan anak saya ataupun menutup keburukannya..dia tetap ada kebaikan dan masih banyak keburukan..

“Manusia tak pernah lepas dengan kekhilafan..maka sebagai ibu saya sentiasa menyokong yang mana baik dan sentiasa menentang kepada perkara yang salah di sisi Islam,” tegas Rozita. 

Suka baca perkongsian bonda Rozita tentang kehidupan dan hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Kadang-kadang boleh tersentap juga kerana ada betulnya.

Mungkin ini cari bonda Rozita menasihati anak, menantu atau sesiapa saja yang sudi membaca tapi ambillah iktibar atas setiap kejadian, supaya ‘tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih’ dan sentiasa mendahulukan Allah dalam apa jua keadaan supaya apabila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan hubungan kita sesama makhluk. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Zee Avi Kembali Menetap Di KL

Alhamdulillah, someone is back for good!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Faham Situasi Haqiem Rusli, Hanez Suraya Pernah Kemurungan?

Saya rasa sakit, malah ketika itu berat badan turun mendadak hingga ramai yang menegur mengenai perubahan fizikal dialami. Walaupun saya berselera untuk makan, tetapi badan tetap kurus. Ia membuatkan saya jadi paranoid, sehinggalah doktor mengesahkan saya mengalami gangguan kebimbangan.

Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Mira Filzah Denies Having To Do Anything With Remy Ishak’s Sudden Instagram Cleanse

Maybe not all things are interconnected to each other.

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Opss! Zul Ariffin Mengaku Kenal Wanita Ukraine Itu Tapi…

Saya tak boleh puaskan hati semua orang, terpulang pada anda untuk mengandaikan apa saja. Saya tak mahu komen apa-apa. Biar masa yang akan menjawabnya…

Events Mon, 9 Jul 2018

Gara-Gara Suka Ejek Lionel Messi, Suami Nekad Ceraikan Isteri…

Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland. Pelik tapi benar…kejadian ini betul-betul terjadi di Russia!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!

TECH Fri, 30 Aug 2019

Engineered for the Future, Lenovo™ ThinkPad™ Laptops are Smarter and Better!

New ThinkPad X1 Carbon 7th Gen, joined by X1 Yoga™ 4th Gen, X390 and T490 get smarter via 10th Gen Intel® Core™ Processors

Events Thu, 7 Jun 2018

Jom Ke Anggun Life Festival Untuk Dapatkan Baju Raya Pelbagai Jenama Pada 8 & 9 Jun Ini!

Terdapat lebih 100 vendor yang  akan turut serta menjual pelbagai barangan menarik dan antara selebriti yang turut serta menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di Festival Anggun Life

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…

| Live TV