LIFESTYLE By: SGMS Enal September 10, 2019 @ 8:52am

Kongsi Kajian Saintis Gambar Scan Paru-Paru Akibat Hisap Vape

Penggunaan vape atau rokok elektronik pada masa kini dilihat menjadi trend dan semakin berleluasa. Kebanyakan pengguna produk vape ini menggunakannya kerana ingin berhenti daripada menghisap rokok. Produk ini juga senang didapati di pasaran kerana permintaannya agak tinggi buat masa ini. Tidak dinafikan bahawa industri bagi produk ini juga semakin berkembang maju.

Terdapat pelbagai kes yang menyebabkan masalah kesihatan yang melibatkan produk ini telah dilaporkan di seluruh dunia. Sungguhpun begitu, kesan-kesan negatif yang terdapat pada produk ini masih lagi tidak boleh dibuktikan kerana ujian-ujian makmal berkenaan dengan produk ini masih lagi giat dijalankan.

Sebagai pengguna, kita seharusnya mengetahui akan kandungan di dalam sesuatu produk itu agar ianya tidak mendatangkan masalah pada diri kita di masa hadapan. Oleh sebab itu, seorang pengguna Twitter yang bernama Aush Abdul ini ada berkongsi tentang penemuan patologi berkenaan dengan penggunaan vape ini terhadap kesihatan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

2 hari yang lepas, the New England Journal of Medicine ada keluarkan article berkaitan dengan “Imaging of Vaping-Associated Lung Disease” di mana keempat-empat gambar ini merujuk kepada penemuan patologi yang adalah disebabkan oleh penggunaan vape.

Gambar: @aushabdul_

Antaranya:

  1. Eosinophilic pneumonia

    Gambar: Radiopaedia
  2. Diffuse alveolar damage

    Gambar hiasan
  3. Organizing pneumonia

    Gambar: ResearchGate
  4. Lipoid pneumonia

    Gambar: LearningRadiology

Apa yang perlu dirisaukan adalah kandungan didalam cecair vape itu sendiri. Kerana setiap dari cecair tersebut adalah dari pengeluar yang berbeza.

Nicotine adalah bahan toxic yang boleh meningkatkan tekanan darah, adrenaline, heart rate dan menyumbang kepada penyakit jantung.

Yang dikhuatiri adalah anak-anak muda yang tidak pernah merokok, dan mula untuk berjinak-jinak dengan e-cigarette ataupun vape.

Sumber: Aush Abdul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 2 Jul 2018

Ronaldo Terus Tinggal Di Russia?

Pelukis mural, Yulia Antipova telah mengabadikan wajah pemain terbaik dunia itu di salah sebuah dinding di kejiranan bandar berkenaan.

Fab Foodies! Mon, 3 Sep 2018

照「6时机喝水」结果好惊人…起床喝1杯了吗?

正确饮水方式及饮水黄金时段,你有喝对吗?

LIFESTYLE Wed, 11 Sep 2019
Contest Thu, 21 Nov 2019

Massive Sales Is Happening At IKEA Tebrau Now Until December 1st, In Celebration Of Its 2nd Anniversary!

If you’re living in Johor, drop everything and drive your way to IKEA Tebrau now because this is not an offer you want to miss!

Fab Foodies! Thu, 15 Feb 2018

大马各籍贯华人年菜吃什么?

华人农历新年,是一家大小大团圆的好时刻。在马来西亚,我国华人至今仍然会延续祖籍,以各籍贯传统的方式庆祝新年。不同的籍贯会吃不同年菜,也有不同的意义。你对大马不同籍贯的年菜佳肴有多认识呢?

Events Fri, 14 Dec 2018

40,000 Pengunjung Banjiri Festival Anggun Life

Siapa yang pergi Anggun Life boleh guna #AnggunLife di sosial media korang okay!

LIFESTYLE Tue, 31 Dec 2019
LIFESTYLE Sat, 1 Dec 2018

Cara Betul Simpan Daun Sup, Lengkuas, Serai & Cili.

Sedangkan ada yang kita belum buka daripada bungkusan, tetap juga ia menjadi layu dan lembik dalam peti sejuk

LIFESTYLE Wed, 23 Oct 2019

圣诞节前能遇到好对象吗?

二个多月后就是圣诞节了,面对这样的日子,心里是否会想要有个伴呢?

FESYEN Sat, 3 Mar 2018

Labuhkan Balik Tudung Dan Henti Jual Tudung Singkat, Lofa – Dr Norsaleha

Neelofa sebagai ikon wanita muslimah Malaysia perlu berbuat demikian sebagai tanda bertaubat dan serius menerima teguran orang ramai.

| Live TV