Fab Foodies! By: SGMS Faida September 18, 2019 @ 8:00pm

Dari Ladang Ke Dapur…Minyak Alif Kini Berwajah Baharu!

Dari ‘Ladang Ke Dapur’, siapa yang tidak tahu dengan jenama minyak Alif kan?

Kini tampil dengan pek lebih dinamik dan berinformatif, minyak Alif sedia memenuhi selera pengguna pasaran tempatan.

Pelancaran rasmi label baru jenama tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Teresa Kok di majlis yang turut mempertontonkan tayangan perdana iklan minyak masak ‘ALIF’ yang bertajuk ‘Ladang ke Dapur’.

Melalui konsep Ladang ke Dapur’ (farm-to-table), Sime Darby Oils memastikan agar setiap proses penghasilan minyak masak ‘ALIF’, dari penuaian buah kelapa sawit di ladang sehinggalah ke proses penapisan minyak sawit dan pembotolan produk di kilang, diurus dan dikawal rapi mengikut tahap piawaian yang tinggi.

Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, ‘Ladang ke Dapur merupakan salah satu identiti minyak masak ‘ALIF’ yang melambangkan jaminan syarikat tersebut dalam memastikan hanya produk minyak masak yang terbaik dapat dinikmati oleh para pelanggan ‘ALIF’.

“Minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan daripada minyak sawit mentah bermutu tinggi yang diuji untuk menentukan kualitinya terlebih dahulu dan kemudian disuling untuk menghasilkan minyak masak. Secara semula jadinya, minyak sawit amat kaya dengan karotenoid dan Vitamin E, iaitu sumber antioksidan yang memberi manfaat kepada kesihatan jantung serta pengurangan kadar kolesterol tidak baik. Minyak sawit itu sendiri adalah produk bebas kolesterol dan lemak trans, serta sesuai digunakan untuk menggoreng berulang kali.

“Semua kebaikan dan keistimewaan ini terdapat dalam minyak masak ‘ALIF’,” menurut Mohd Haris.

Sime Darby Oils, yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Plantation Berhad, iaitu pengeluar minyak sawit diperakui lestari terbesar dunia, turut memberi jaminan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan sepenuhnya secara mampan atau lestari. Jaminan tersebut disahkan dengan penampilan logo pensijilan ‘Roundtable on Sustainable Palm Oil’ (RSPO) pada label minyak masak ‘ALIF’.

Selain daripada itu, minyak masak ALIF juga mempunyai pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kesedaran untuk memastikan alam sekitar dan hidupan liar sentiasa terpelihara semakin meningkat di kalangan masyarakat kita. Perakuan pensijilan RSPO memberi jaminan kepada pelanggan bahawa minyak masak ‘ALIF’ dihasilkan tanpa mengakibatkan kerosakan kepada alam sekitar dan biodiversiti. Sime Darby Oils turut memastikan agar suasana kerja serta hak para pekerja terpelihara, dan kepentingan masyarakat di sekeliling operasinya sama sekali tidak terjejas dalam proses menghasilkan minyak masak ini,” jelas Mohd Haris.

Label baru ‘ALIF’ turut menampilkan logo ‘Sayangi Sawitku’ sebagai tanda sokongan Sime Darby Oils kepada aspirasi kempen tersebut yang diperkenalkan oleh kerajaan. Kempen yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 2019 tersebut bertujuan untuk meningkatkan rasa bangga dan penghargaan masyarakat terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada negara dan dunia, sekaligus memperkukuhkan lagi sokongan rakyat tempatan kepada industri sawit Malaysia.

“Adalah menjadi harapan kami agar pelancaran label baharu ini akan dapat merancakkan lagi permintaan terhadap produk minyak sawit Malaysia. Semoga masyarakat akan terus teruja dengan penampilan terbaharu minyak masak ALIF’, serta jaminan kualiti dan kelestariannya pada harga yang berpatutan,” ujar Mohd Haris lagi.

Bersempena pelancaran label baharu ALIF’, Sime Darby Oils turut mengumumkan Pertandingan ‘Mastaclass Goreng’ yang akan diperkenalkan oleh syarikat tersebut pada suku keempat tahun 2019.

Pertandingan secara atas talian ini menawarkan hadiah kepada 20 pemenang bertuah untuk muncul di program ‘ALIF MastaClass Goreng’ bersama dua selebriti terkenal, Chef Nik Michael Imran serta pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar sebagai hos program tersebut. Program ‘ALIF MastaClass Goreng’ ditayangkan secara eksklusif di Laman Facebook Minyak Masak ‘ALIF’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 4 Jan 2018

‘Workaholic” Sampai Waktu Rehat Terabai

Jangan ”Workaholic” Sampai Waktu Rehat Pun Pulun Kerja, Pesanan Doktor Ini Untuk Semua

Fab Foodies! Mon, 13 Nov 2017

全马超有feel的星巴克,你打卡了没有?

每次到国外旅行,都要到当地的星巴克喝杯咖啡,拍张照片,上载到个人社交网站跟朋友炫耀一下。话说其实马来西亚也有多间超有feel的星巴克,别总是羡慕国外的月亮比较圆,这个周末不妨随着小编的介绍,拿本书到其中一家叹咖啡,扮下文青!

LIFESTYLE Sun, 10 Feb 2019

Terdedah Kepada Risiko Kanser Usus Jika Duduk Lama Menonton TV

Kajian Terbaru Dakwa Duduk Tonton Televisyen Tempoh Yang Lama Boleh Tingkatkan Risiko Kanser Usus

LIFESTYLE Thu, 30 Nov 2017

Tanda-Tanda Kanser Limfoma

Bengkak Tidak Surut, Demam, Letih Dan Lesu Tanda-Tanda Kanser Limfoma

LIFESTYLE Mon, 12 Mar 2018

世界「最长人行吊桥」离地28层楼高

你有走过距离地面85公尺高的绳索吊桥吗?在瑞士贝林佐纳经营民宿同时也是旅游作家的Ricky苏瑞铭,日前在脸书《旅游超爽的!》社团中分享世界最长的人行吊桥-欧洲吊桥Europabrücke造访经验,将近有500公尺长且距离地面有85公尺!

Fab Foodies! Wed, 1 Aug 2018

中秋月饼 • 吃出希望的味道

这个中秋佳节在与家人朋友品尝美味月饼之际,你也可以做善事!今年国家肾脏基金会(NKF)再次与海外天合作,发起「慈善月饼」活动,把所有的收益捐给国家肾脏基金会以资助该中心的肾脏病人。

LIFESTYLE Wed, 9 Jan 2019

Sewa Bilik Serendah RM100 Bakal Bantu Golongan Bujang Di Kuala Lumpur

Inisiatif ini diambil bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang di Kuala Lumpur namun dengan syarat penghuni tidak dibenarkan memasak.

LIFESTYLE Mon, 9 Jul 2018

Ada Anak Kecil Tapi Rumah Kekal Kemas, Wanita Ini Kongsi Tips!

Namun, tak salah untuk menerapkan ajaran kepada si kecil anda agar menjadi seorang pengemas sejak kecil.

LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019

Nak Berhenti Merokok Tapi Tak Tahu Caranya?

Kepada anda yang masih mencari alternatif untuk berhenti merokok boleh layari website www.ncig.com.my/shop ataupun mengikuti di Instagram @ncigmy.

| Live TV