Hiburan By: SGMS Faida September 14, 2019 @ 1:40pm

Rumah Tangga Lufya, Suami Goyah?

“Ini caranya nak tangani masalah? Lari daripada tanggungjawab tiga bulan setengah berturut-turut. Jangan cakap saya tak tutup aib suami, kalau suami tak tutup aib sendiri,” luah pelakon dan penyanyi Lufya di Instagram mengenai situasi rumah tangga pada masa ini.

Akui wanita berusia 34 tahun ini, dia sudah beberapa kali memberi peluang kepada suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang sering menimbulkan masalah sejak dari awal perkahwinan lagi.

“Kesalahan itu awak ulang sehingga enam kali! Saya diam, sampai tak lagi mampu memikulnya sendiri. Luka di badan tak sesakit luka dalam hati ini. Terima kasih,” tulisnya.

Tambah pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini, dia sudah terlalu lama bersabar malah mendakwa dianiaya sejak tiga bulan berkahwin.

“Terlalu lama kesabaran saya diduga. Sejak tiga bulan kita berkahwin, awak sudah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran,” tulisnya.

Pasangan ini berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak, Laana Haura, yang kini berusia dua tahun.

Sebelu, ini, Lufya pernah menepis dakwaan rumah tangganya sedang bergolak dan meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi.

Malah, dia turut memuat naik gambar paparan skrin Instagram Hafiz yang didakwa sudah menyekatnya.

“Follow.. Unfollow.. Blocked? Follow.. Unfollow.. Blocked?

“Sudah cukup lama saya dianiaya! Macam-macam fitnah isteri pada keluarga, hanya untuk menutup kesalahan besar awak. Cukup-cukuplah,” katanya lagi.

Tambah Lufya, dia tidak menyangka ujian besar untuk menjadi isteri solehah, hingga sanggup mendiamkan diri, membuatkannya berdepan masalah kemurungan.

“Saya bercita-cita mahu menjadi isteri solehah. Sebab itu saya diam sampai makan diri. Saya pernah sakit kemurungan. Tak sangka nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaannya,” luahnya.

Status berkenaan turut meraih perhatian ramai, termasuk rakan artis, yang berharap dirinya diberi kekuatan untuk melalui dugaan itu dan demi anaknya.

Namun begitu, entri berkenaan telah dipadam selepas beberapa jam dimuatnaik. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Fri, 16 Nov 2018

#xtra好康头 | 让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险

送你VIP入门票,让你跟「爱冒险的朵拉」一起去探险!

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Suami Lufya Tampil Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah

Kita semua harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik kan?

Hiburan Wed, 12 Dec 2018
Hiburan Thu, 11 Jul 2019

Banyak Sangat Job Sampai Hilang Suara?

Kata Raffi, ada benjolan di pita suara sebab terlalu banyak guna. Alamak!

Events Thu, 7 Jun 2018

Buka Puasa Gaya xtra! Minit Akhir Nostalgia Ramadan di 10 Binjai PNB Perdana On The Park

Nak rasa masakan seolah air tangan ibu? Nah inilah tempat paling ideal buat anda mengimbau kenangan indah menu berbuka ala desa!

Hiburan Tue, 15 Jan 2019

“Tak Mampu Nak Bayar” Punca Iqram Dinzly Diisytihar Muflis

Semoga berita ini memberi pengajaran buat golongan artis diluar sana okay!

Events Mon, 6 Jan 2020

「微笑大使」互晒甜蜜!活动现场爱意满天飞

适逢八度空间台庆月,八度空间艺人兼新春活动「微笑大使」活动现场互晒甜蜜,爱意满天飞场面既温馨又热闹!

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

‘Berdebar Tapi…’- Elfira Loy Takut Nak Ke Hospital?

Elfira banyak menghabiskan masa berehat di rumah dan tidak menerima sebarang tawaran berlakon buat masa ini.

Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Miley Cyrus – Liam Hemsworth Dah Kahwin?

Selepas 10 tahun berkawan, akhirnya…

Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Johan As’ari Kagum Dengan Keberaniaan Ellie Suriati

Selepas video Ellie Suriati melaungkan ‘Hidup Melayu’ tular di laman sosial, Johan memuatnaik gambarnya bersama pelakon wanita itu dengan caption, ‘Saya kagum dengan semangat beliau,’

| Live TV