Hiburan By: SGMS Faida September 11, 2019 @ 7:00am

’Belum Masa Tamat Zaman Bujang Tapi…’- Sufian Suhaimi Kongsi Gambar ‘Buah Hati’

Selepas beberapa hari laporan penyanyi Sufian Suhaimi mengambil anak angkat dibincangkan di sosial media, akhirnya persoalan sudah terjawab.

Penyanyi terkenal dengan lagu Di Matamu ini mengaku sudah mengambil seorang anak angkat lelaki yang bernama Faeq Razeeq.

Menerusi sebuah entri panjang di laman Instagramnya, Sufian berkongsi berita gembira itu dengan peminatnya.

“Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.

“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat,” tulisnya.

Akui Sufian dia menyedari kelainan setiap kali berkongsi perasaan dengan rakan yang mempunyai anak sendiri.

“Ada sesuatu yang istimewa mengenai bayi. Bila di samping mereka, saya rasa sempurna. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tetapi saya rasa ini waktu terbaik untuk mengambil anak angkat.

“Selamat datang ke hidup saya, Faeq. Ayah Yan sayang Baby Faeq tau,” akhirinya.

Rata-rata pengikut Sufian gembira dengan berita ini malah memuji usahanya mahu menjaga bayi comel ini. 

Semoga dengan kehadiran Faeq, Sufian terus dimurahkan rezeki dan dapat menjadi bapa terbaik. Insha Allah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Feb 2019
Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Sun, 28 Jul 2019
Hiburan Wed, 16 Jan 2019

韓曉噯进军乐坛!写真EP展现极致魅力

「火星女」韓曉噯推出个人写真EP《FREE》进军大马乐坛出道成为歌手,收录全彩写真册为你展示极致魅力!

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Khai Bahar ‘Pilih’ Pelakon Wanita?

Huwah, harap dipermudahkan bagi Khai

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Wed, 1 May 2019

Check Out the Latest Up and Rising Band Tashoora

Their songs are really catchy.

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

Wahhh..murahnya rezeki si cilik ini!

Hiburan Thu, 25 Jan 2018

Khatam 15 Kali Masih Lagi Tampil Seksi?

Tampil seksi walaupun sudah berkhatam 15 kali , dengar penjelasan Nana

| Live TV