Hiburan By: Del14 September 6, 2019 @ 3:00pm

Sufian Geram Disangka Masih Belum ‘Move On’

Terhibur pulak terbaca ada peminat Sufian Suhaimi yang menegurnya kerana keadaannya yang seperti tidak terurus dan masih menagih simpati bekas tunangnya, Elfira Loy walaupun Elfira sudah pun berkahwin dan akan bersalin anak pertama bersama suaminya, Faris Khairol Anuar tidak lama lagi. 

View this post on Instagram

Rindu.

A post shared by Sufian Suhaimi ?? (@sufiansuhaimi_) on

 

Tanpa usul-periksa dan tidak melihat gambar seterusnya yang di muat naik oleh Sufian Suhaimi, peminat yang berpangkat ‘makcik’ itu terus membuat andaian tidak berasas dan menasihati Sufian.  Sufian yang jarang membalas komen peminat tiba-tiba terpanggil untuk bersuara.

 

“Apa ni makcik. Saya jarang reply komen orang tapi mak cik nampak risau betul. Ni gambar saya baru lepas menyelam dalam laut. Mungkin sebab tu rambut tak tersikat kemas. Saya dah lama move on. Saya boleh ada girlfriend baru bila-bila je saya nak. Cuma belum masanya lagi. Orang yang saya rindu tu kawan saya. Dia sakit. Dalam hospital sekarang. Cuba swipe left. Kalau tak reti swipe left mintak tolong siapa2 yang ada dengan makcik.”

 

Gambar yang dimuat naik oleh Sufian merupakan  gambarnya yang baru sahaja selesai menyelam dan gambar seterusnya adalah gambar temannya penyanyi Zynakal yang kini di berada di Hospital Kuala Lumpur kerana disahkan menghidap bipolar mania dan kapsyen rindu itu sebenarnya ditujukan buat temannya itu. 

 

Reaksi makcik yang serkap jarang itu tadi mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata geli hati dengan sikap makcik tu yang kelihatan seperti terlebih mengambil berat. Apa pun saya sarankan sebelum kita buat andaian, teliti dulu betul-betul. Netizens pun sebelum meninggalkan komen, pikir baik-baik cara penulisan tu sebab mungkin makcik tu pun tak tau macam mana nak ‘swipe left’.

 

 

 

 

 

“Seronoknya..dgor…anak2 sape la tak reti nak hormat orang tua ni…ok…makcik bawang mintak maaf ye pada bawang-bawang kecik rangerz semua…makcik memang nak mati tak lama lagi pun…terima kasih atas jawapan berhemah sufian…

 

“Kalau korang ada anak nanti makcik doakan jadi anak yang berbudi bahasa..Aamin” balas peminat tersebut apabila di ‘bash‘ oleh netizen di ruangan komen gambar tersebut. 

 

Almaklum lah, orang yang berumur ni kadang-kadang tau benda asas je. Bayangkan kalau mak kita yang komen tu dan netizen serang secara berjemaah dan cakap benda yang menyakitkan hati..betul tak? Tengok macam Sufian, penjelasannya mudah dan tidak cepat melatah walaupun ada a bit of sarcasm. Tak salah kan dia jugak. Dah move on cakap tak move on. Nak kena tunggu dia kahwin baru tak dikaitkan lagi dengan bekas tunang agaknya…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Jun 2019
Hiburan Mon, 24 Jun 2019

‘Terima Kasih Allah Pinjamkan Jefri Kepada Kami Untuk 35 Tahun’- Ucapan Afdlin Shauki Buat Netizen Sebak

Semoga Allah menjaga roh mu dan roh mummy dan menempatkan kamu berdua bersama roh-roh orang yang beriman. Jaga mak dik…

Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Kerana Kurang Susu Badan Terus DiKecam Oleh Netizen!

Hanya kerana kurang susu badan dikecam teruk oleh netizen , apa nak jadi dengan dunia sekarang nie

TECH Sun, 16 Dec 2018

Naik Taraf Kamera iPhone Anda Dengan 3 Lensa berikut

Inginkan gambar lebih cantik, ini antara lensa camera yang boleh digunakan pada Iphone.

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

“JUST CUCI JE LEPAS TUE” – DAPHNE IKING PEGANG ANJING, PERSOAL ISU AGAMA

Caption yang agak sarkastik telah diberikan kepada peminat-peminat beliau yang besar kemungkinan akan mengecam dan mengkritik tindakan Daphne memegang anjing tersebut

Events Fri, 17 Jan 2020

《彼岸之嫁》123上架!黄姵嘉爆田世广「肢障」 

Netflix华语自制原创影集《彼岸之嫁》1月23日上架;女主角黄姵嘉大爆料,指田世广「肢障」! 

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Lepas Beri Bunga, Ara Johari PAKU Peminat Pula

Single ‘Paku’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

容祖儿回归大马舞台!321云顶云星剧场开唱

容祖儿再次回归云顶云星剧场开唱!于2020年3月21日火热登陆大马,演唱历年经典名曲,带领大家游走20年时光隧道。

| Live TV