Events By: Salma Syahbuddin September 6, 2019 @ 10:00am

Orang Sabah, Jom Serbu Karnival Jom Heboh Hujung Minggu Ini!

Acara padang terbesar Karnival Jom Heboh (KJH) kembali ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Jadi apa lagi orang Sabah, mari pigi Dataran Kompleks Sukan, Kota Kinabalu pada 7 & 8 September ini!.  KJH menawarkan pelbagai acara menarik sepanjang dua hari karnival ini berlangsung. 

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), Karnival Jom Heboh di Sabah selalunya akan menerima sambutan yang hebat daripada warga Sabah. Jadi kami amat teruja untuk datang ke Sabah pada tahun ini.

“Sabah merupakan lokasi ketiga KJH pada tahun ini. Kali terakhir KJH singgah di Sabah adalah pada tahun 2013. Kami amat teruja dapat kembali ke Sabah kerana kali terakhir kunjungan kami di Sabah, kami menerima sambutan yang amat hebat daripada warga Sabah. Acara padang sebegini merupakan platform bertepatan buat kami untuk mendekati penonton setia kami dan sebagai tanda terima kasih kami buat penonton setia kami yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada kami. 

“Kami mengharapkan kunjungan kali ini akan mendapat sokongan dan sambutan yang lebih padu daripada warga Sabah tidak hanya di Kota Kinabalu, malah kami alu-alukan juga kedatangan pengunjung dari daerah-daerah lain yang berdekatan.” Katanya.

Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama para selebriti yang diterbangkan khas ke Kota Kinabalu seperti Bella Dally, Nafiz Muaz, Shuk GPH, Shuib GPH, Fizie GPH, Megat Mentor, Wani Kayrie, Afieq Shazwan dan Alyssa ICSYV. Selain itu, temui juga personaliti TV seperti Fiza Sabjahan, Fariha Onn, Hazrena Kasim, Anwar Afiq dan juga Zack Merican yang akan membuat siaran lintas langsung di TV3.

Pelbagai aktiviti iaitu Studio A dan Studio B. Bersama Acap dan Zee Tokan yang bakal menggamatkan suasana di Studio A, para pengunjung boleh turut serta dalam aktiviti seperti Tiru Gaya Saya, Lip Sync Battle, Karaoke Boom! dan banyak lagi bersama selebriti di sana.

Manakala, bagi pengunjung yang hadir bersama anak-anak kecil, Studio B pasti menjadi pilihan anda. Harris Alif dan Shah Sulaiman selaku hos yang bakal menghiburkan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti aktiviti DIY, aktiviti permainan untuk kanak-kanak, sesi bergambar di B! Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot  Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia. 

Lebih istimewa lagi, seorang pengunjung bertuah KJH Sabah berpeluang membawa pulang sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star dengan hanya menyertai peraduan Jom Menang Kereta! Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan info terkini mengenai KJH Sabah, jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia. Jumpa nanti ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

伍家辉首制音乐节目差搞砸!傅健颖不惜把新专辑押后

伍家辉首次制作音乐节目《调啤音乐人》差点搞砸!而制作人兼主持人之一的傅健颖不惜为节目把新专辑押后。

Events Mon, 18 Nov 2019
Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

Hiburan Thu, 9 Jan 2020

Suami Bella Dally Diserang Virus Influenza

Suhu badannya juga agak tinggi dan perlu pemerhatian doktor sehingga pulih.

Hiburan Tue, 13 Nov 2018
Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Buat Ucapan Berbayar Di Instastory, Netizen Label Janna Nick Artis Paling B**** 2018?

Janna memberitahu sebuah portal hiburan tempatan, dia meminta netizen tidak melatah memandangkan mempunyai alasan tersendiri mewujudkan perkhidmatan tersebut. Kita tunggu apa agaknya kejutan yang bakal Janna berikan…Sabar ya wak!

Hiburan Mon, 14 Oct 2019

【报名表格】环球透视座谈会:网红炼精术

八度空间《环球透视座谈会:网红炼精术》现已开放网上报名!

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Sat, 9 Nov 2019

| Live TV