Hiburan By: Del14 September 5, 2019 @ 12:49pm

Hantu Jalan Kengkang Ejek Fazura?

Filem seram arahan Glen Goei dan Gavin Yap, dua pengarah yang berasal dari Singapura ini berlatar belakangkan zaman 60an dan pontianak lakonan Nur Fazura ini bukan ‘standard‘ hantu berambut panjang dan serabai ala Kak Limah, tetapi berkebaya pendek dan bersanggul tinggi. Pontianak ini juga bukan seperti mitos yang kita selalu dengar iaitu roh wanita yang  mati semasa melahirkan anak, tetapi dalam cerita ini ia adalah roh seorang wanita yang menyimpan dendam terhadap lelaki kesayangannya yang tidak menunaikan janji cinta mereka apabila dia berkahwin dengan orang lain.

 

Adatlah, kalau cerita hantu..mesti ada kejadian mistik yang berlaku semasa penggambaran. Filem Dendam Pontianak juga tidak terkecuali. Krew penggambaran mengimbas kembali kesukaran yang dilalui sewaktu penggambaran di Hulu Langat. 

 

Salah seorang krew filem Dendam Pontianak ini  berkongsi pengalaman seramnya sewaktu penggambaran filem itu di rumah usang di Hulu Langat. Menurut Syada melalui laman twitternya @Syadaabd_ , lokasi di mana kejadian mistik itu berlaku adalah set yang sama filem Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin. Selain mendengar benda-benda pelik seperti bunyi orang lepak di dalam gelap, suara perempuan gelak waktu Maghrib, bunyi barang jatuh, orang ketuk tingkap…krew juga termasuk Fazura sendiri pernah lihat kelibat ‘orang’ di lokasi terbabit.

 

“Bila part Fazura nak keluar, berkebaya merah, berkuku buruk, ada team wardrobe ni nampak ada orang pakai macam mask kuda kepang tu, jalan kengkang sambil menari.

 

“Katanya, orang tu hidung merah, muka merah, muka bengis macam tengah marah. 

 

“Ohh btw, crew ada guna kemenyan nak buat asap-asap tu. Maybe tu punca dia keluar kot. Then masa Fazura tengah buat scne dia jalan macam tu lah, orang yang sama nampak ada seorang lagi pakai baju kebaya merah sebijik macam baju Fazura pakai, dia jalan belakang Fazura macam mengejek.” jelas Syada

 

“Cara Fazura jalan, agak kengkang tapi macam menganjing cat walk Fazura. Mungkin dia nak jadi model tapi tidak kesampaian. Then break, time makan, Fazura kata ada seseorang tengah tenung dia, perempuan rambut panjang.”  (Eh buat lawak pulak awak ni…kalau saya dah kecut perut dah!!)

 

 

 

“Masa tengah shoot, dia dok gelak kuat, dia dok terbang sana sini. Crew-crew semua nampak kot. Ya Tuhan kau bayangkan kita orang shoot dalam keadaan macam tu,” sambungnya lagi.

 

Krew itu juga berkongsi pengalaman Tony Eusoff yang mempunyai babak naik atas pokok dan “masa dia on the way  naik tu, pokok sebelah dah ada kakak ponti tunggu kat atas.” 

 

 

Haihhhh, kalau akak lah Tony Eusoff, mau kejung kat atas tu terus jatuh pokok! Benda-benda ghaib ni memang wujud. Sebolehnya kalau nak masuk hutan ke apa ke, bacalah ayat-ayat pendinding yang diajar oleh Rasulullah s.a.w seperti baca 3 Qul dan Ayatul Kursi. Tapi memang idok lerrr teman nak jadi krew filem cerita seram kalau macam niiii. Apa-apa pun tak sabar nak tengok Hero Pujaan Malaya, abang Remy dan buah hati Fattah Amin, Nur Fazura dalam Dendam Pontianak 12 September nanti. Mark your calendars people!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Fasha Akhirnya Bagi ‘Hint’ Jawab Teka Teki…

Wahhh…jika betul, tahniah kami ucapkan!

Hiburan Sun, 5 Jan 2020
Hiburan Fri, 19 Apr 2019
Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Idris Khan Akui Dirinya Memang ‘Show Off’, Tayang Gambar Tak Berbaju

Idris Khan memang saja nak show off sengaja tayang gambar tak berbaju di laman instagram miliknya

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Resorts World Genting Returns With Especial Attractions; The VOID, Big Top and IMAGINATRIX

Resorts World Genting is taking entertainment into another whole level; a magnitude no one had ever seen before!

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

LIFESTYLE Fri, 13 Apr 2018

Alamak…Ribut Kuat Jejas Taj Mahal!

Seorang wakil daripada agensi Archaeological Survey of India, Bhubanesh Kumar menyifatkan kerosakan itu sebagaikecil dan akan dibaik pulih oleh satu kumpulan pakar.

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

Fattah Amin Fazura Bakal Nikah Di Mekah?

Dengar-dengar dah bertunang pasangan sejoli ini di Mekah ! Betul ke atau khabar angin sahaja .

Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

| Live TV